29 April, 2008

Semuanya telah berakhir..

Erm.. Lega... Semuanya telah berakhir.. Semuanya telah selesai..Bukan mudah untuk sampai ke hari ini. Terlalu banyak dugaan yang sentiasa menguji kesabaran. Dari membahu laptop setiap hari sehinggalah membetulkan microfon di atas pentas yang mana pengucapnya tidak biasa meletak di bibir. Erm.. Mendengar perintah dari segala arahan oleh Mak Nenek yang sekejap panas.. sekejap sejuk buat saya menyampah.. Hidup bukan susah sangat tetapi ada sahaja yang menyukarkan saya. Biarlah sehingga ini, saya tidak mahu mengingat terus hal yang buat saya tidak tidur malam. Tak sangka saya jumpa juga orang biasa yang seolah2 mahukan kuasa. Menafikan kuasa orang lain dengan harapan mendapat sokongan ramai. Tiada siapa yang mahu bersusah payah untuk suatu perkara yang sekadar seronok2. Ada matlamat yang lebih penting untuk dicapai. Utama didahulukan.. Terima kasih kepada rakan yang memahami (Subki). Tanpa anda 10 hari terasa 100 hari.. Pagi menjelang, saya akan pulang. Rindu benar pada Ibu... Yang tersayang... Malam ini saya mahu tidur dengan nyenyak.. Mimpi indah. Wasalam... Opss.. Jumpa lagi...

27 April, 2008

Perjalanan Merentas Samudera..















































































Perjalanan Mengelilingi Pulau Pangkor.






















Rakan sekerja yang bersama-sama berkursus turut bersama-sama mengambil peluang mengelilingi Pulau Pangkor.
Sempat juga bergaya di kaunter bayaran di Kilang Produk Laut.
Sempat berkunjung ke kilang membuat ikan kering dan produk hasil laut.
Bergambar bersama- sama seorang peserta kursus dari Melaka .



























Batu Bersurat Peniggalan Tentera Belanda yang menduduki Pulau Pangkor.
















Bersandar pada Kota tinggalan Tentera Belanda.



25 April, 2008

Rindu pada yang ditinggalkan..

Assalamualaikum. Apa khabar? Saya mengharapkan kalian sentiasa sihat sejahtera. Bagaimana hati tak tertawan? Erm.. Segalanya telah selesai pada hari ini. Lega.. Dapat saya meluangkan masa sebentar untuk menulis di sini. Walaupun esok masih ada untuk segala cerita dan kerja. Banyak mana pun, saya perlu menghabiskannya jua.Saya masih di sini....di Pulau Pangkor. Rindu benar dengan Ibu tersayang sehingga termimpi2. Di harap Ibu senang dan sihat hendaknya. Rindu juga dengan orang yang dicintai.. Kadang2 ambil masa menghantar pesanan sms menyatakan rindu dan sayang. Tapi tidak habis di situ.. Semakin lama di sini semakin rindu.. Erm.. Tunggula saya pulang 30-04-2008 nanti. Kepada rakan sekerja di pejabat tu, kerja rajin2 ya. Ambilla masa untuk belajar mengerti untuk masa depan juga.. Pengalaman itu mendewasakan kita.. Terima kasih..

23 April, 2008

Assalamualaikum..

Salam.. Saya kembali menulis walaupun ditengah2 pulau Pangkor ini. Maaf lama benar saya tidak dapat menjengok2 ke ruangan ini. Pasti ramai yang tertanya2. Saya bukan bercuti tetapi atas urusan rasmi.. Ermm,,, walau penat saya gagahkan diri untuk meninggalkan kesan disini. Saya mesti menulis!! nantikan berita saya dari pulau ini. Buat masa ini saya belum bersedia untuk berkongsi pandangan dan pengalaman yang sudah masuk 4 hari 5 malam di sini.. Takpe tunggula masanya akan sampai juga... Kepada Che Mat jaga diri baik2. Bila nak datang rumah?? Jumpa lagi..

14 April, 2008

Maaf saya tidak punya masa..

Assalamualaikum.. bertemu kembali.. Saya mengharapkan kalian sihat walafiat di samping orang yang tersayang.. Hari Sabtu terus berlalu meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi seorang yang memuja. Erm.. biarlah saya seorang saja yang tahu. Mana mungkin rahsia perlu diceritakan.. Tiada lagi rahsia.. Benar sampai suatu hari terlalu beban menanggung, terpaksalah saya ceritakan juga.. Tapi tunggula sampai bila ya...
Syg.. Maaf kerana tidak dapat berbuat seperti yang dijanji. Jangan Risau, janji tetap janji. Sampai masa pasti akan tertunai juga. Berilah saya masa.. Semuanya berlaku tiada terduga. Saya tidak punya masa untuk berbuat apa.. Tunggu saya akan tiba juga..

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...