29 August, 2008

Selamat Hari Merdeka yang ke 51 Tahun!!!














Salam. Bertemu kembali. Hari yang indah untuk suatu Sambutan Hari Kemerdekaan.. Tiada yang istimewa.. Cuma melihat pelbagai rupa penghayatan hari yang penuh bersejarah dan bermakna ini bagi setiap Rakyat Malaysia.

Bagi saya kesopanan, adab sopan yang lahir sejak dari kecil lagi serta kewarasan kerana keinginan untuk belajar harus dikekalkan demi mengekalkan Negara Malaysia yang Aman dan Damai..

Kemanusian yang tinggal ini, harus terus dipelihara agar generasi sekarang dan akan datang akan menikmati kehidupan yang tenang dan selamat.

Selamat Hari Merdeka!! Terima kasih kepada Pejuang2 Bangsa.. Jasamu tetap dikenang... Salam.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 51 - SKPA (2) Part: 03





Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 51 - SKPA (2) Part: 02





Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 51 - SKPA (2) Part: 01






28 August, 2008

Lirik Pilihan-06

Bukan Kerana Nama- Ramli Sarip & A Romzie (Mohamad Bakri Johari)

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Gang Starz (Making The Next Super Group) 24-08-2008

























Selamat sejahtera. Terimala sedikit paparan di Konsert Gang Starz TV3 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor hari ahad lepas.
Di atas permintaan terimalah paparan ini buat adik2 yang menyertainya. Semoga kalian mendapat pengalaman berharga dan menjadi kenangan paling indah serta istimewa.

Tahniah kepada One Nation Emces kerana cemerlang pada malam itu. Semoga kalian terus sukses dalam industri hiburan tanahair. Tahniah!!

26 August, 2008

Kunjungan Seorang Teman dan Ole2 Dari Pantai Timur.

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Hari ini saya kembali ke pejabat setelah Cuti Rehat semalam kerana tidak sihat. Hari sabtu lepas saya ke Kuala Lumpur menjemput seorang teman lama dari Kuala Terengganu. Buat pertama kalinya teman ini menjejakkan kakinya ke Puncak Alam. Hajat saya, biarla kali ini saya menjemputnya, ya kemuadiannya boleh terus saja datang sendiri. Pusing2 sekitar Bandar Puncak Alam. Walaupun tiada yang menarik, namun semuanya perlu saya jalani. Biar dia tahu besar mana Puncak Alam ini yang ada ketikanya pagi berkabus tebal dan dingin sekali. Petang itu hujan.. berehat lama di cafe cyber. Menjengguk ruang sempit saya ini berkali2. Sampai jemu terus keluar dan santai di rumah sambil menonton astro. Emm.. teman ini ternyata terus menerus menonton bola.

Malam tadi saya menghantarnya ke Stesen Teksi Klang. Sampai jam 9.30 malam saya menunggu sehingga bertolak. Harapan saya teman itu pulang dengan tenang dan senang. Kalau ada masa kita jumpa lagi.

Pagi ini di pejabat. Meja saya ada ole2. Serondeng daging dari Ustazah Hasizam yang pulang bercuti di kampung (Kelantan).Keropok ikan dari Cikgu Kamarul Hisham yang baru pulang di kampung, Dungun, Terengganu. Terima kasih banyak2 kerana ingat kepada saya. Entah bila la saya nak sampai ke Kelantan dan Terengganu itu..

Petang ini, ternyata pintu rezeki saya masih terbuka. GPK 1 saya yang dari dulu ingin menjamu saya KFC ternyata menunaikan janjinya. Em.. memeranjatkan sungguh. Berkali2 saya menolak tapi kerana niat. Saya terima dengan ucapan terima kasih. Terpaksala saya bawa pulang kerana anda tahu mengapa..

Kepada Che Mat, nasib baik tidak apa2. 3 hari tidak dapat dihubungi agak membimbangkan juga. Banyak memikirkan perkara2 negatif, barang kali telefon bimbitnya dicuri orang atau hilang. Mahal pula tu, saya percaya ramai yang berkira2 untuk memilikinya. Syukurla ya. Jumpa lagi.

21 August, 2008

Tahniah En. Mohd Zulfahmee Bin Ismail!!



Selamat bertemu kembali. Lewat petang semalam saya dihubungi oleh seorang teman yang berada di SUK, Shah Alam itu. Laju2 sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya. Katanya kepada saya, disampaikan 2 berita. Berita sedihnya dia akan meninggalkan kerjanya di SUK Shah Alam itu. Dan yang baiknya dia mendapat pekerjaan berjawatan Tetap di Majlis Bandaraya Shah Alam Sebagai Pegawai Kebudayaan B41. Tahniah.. Akhirnya berjaya juga. Teringat kembali pesanan saya sendiri yang beriya2 menyuruhnya memohon di MBSA itu walaupun teman itu sibuk dengan acara2 rasminya. Apa2 pun Tahniah!! Semoga senang dan tenang dengan pekerjaan baru..

20 August, 2008

Bertemu Kembali..



















Salam. Bertemu kembali setelah selesai Kemuncak Malam Jong2 Inai yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor hujung minggu lepas. Program Kementerian Pelajaran Malaysia ini dianjurkan Oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Maaf, lensa saya tidak dapat merakam peristiwa yang bersejarah itu dengan baik. Tugas saya di bahagian teknikal bunyi/tatacahaya di dewan itu lebih penting.Saya fikir tugasan telah selesai. Tugas saya tidak berakhir di prapengambaran dan penulisan teks tokoh pelajar. Tugas saya berlanjutan ke malam yang cukup gilang gemilang. Gementar dari pagi sehingga malam. Tugasan yang menjadi tanggungjawab ini mencerminkan diri sendiri. Bagaimana seseorang itu bertindak di saat-saat kecemasan.Bermacam orang yang saya kenali. Bagitu jugala hati mereka harus dijaga. Bekerja dengan ramai orang, bermacam2 karenah, sehingga ada yang menegur. Maaf, saya percaya ianya untuk pengajaran. Sifat saya yang dari dulu tidak suka menonjol membuatkan saya selamat. Saya Lulusan Diploma Seni Persembahan Major Pengurusan Seni. Lebih tepat lagi hal2 yang berkaitan dengan dewan, lampu, bunyi telah saya pelajari lama dulu. Namun menjadi orang yang seperti tidak tahu lebih baik. Maka.. orang yang serba tahu itu akan lebih ingin membantu.. Bijak Bukan? terima kasih banyak2 kepada En. Guna, En Azimin, En. Johan, En. Roslan (Staff MBPJ) dan lain2 yang membantu saya dalam kelancaran prog.Terima kasih banyak. Kepada kalian semua, terimala sedikit paparan pada malam itu. Semoga terhibur.

Kemuncak Malam Jong2 Inai (Prog. Kecemerlangan Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan) Part: 02












Kunjungan Teman di Petang Kemuncak Malam Jong2 Inai.






Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...