27 December, 2008

MESTI BACA!! : Cara Buat Rakan Serumah Gila.


Bengang dengan rakan serumah? Tak tahu apa nak buat? Bersediala..

1. Setiap hari Jumaat, kemaskan segala barang anda dan beri tahu rakan serumah anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde org kat rumah. Kemaskan semula segala barang anda dan masuk tidor.

2. Setiap kali rakan serumah anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung rakan serumah anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7. Duduk di depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”


8. Setiap kali rakan serumah balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat rakan serumah “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila rakan serumah anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat rakan serumah tu bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau rakan serumah anda suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa rakan sewrumah anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai rakan serumah anda.


14. Bila rakan serumah anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

25 December, 2008

Juara Futsal Karnival Belia Sifar Dadah 'Lurah Bilut, Pahang.

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera. Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya. Akhirnya saya kembali menulis setelah beberapa lama menyepi dan hanya mengutuskan gambar2 sahaja. Menulis juga perlu ada cerita. Barangkali cerita saya tidaklah sebagus pemerhatian kalian terhadap gambar2 yang saya utuskan. Biarla kalian sediri menilainya. Kadang2 terasa blog ini bagai album gambar. Biarla apa panggilan sekali pun pengisiannya mengundang hati saya senang. Harap kalian begitu juga.
Pulang dari karnival dan pulang ke pejabat buat saya kembali sibuk. Akhirnya minggu ini baru saya punya masa untuk mengurus diri sendiri juga. Tahniah kepada seorang rakan saya yang berada di Puchong itu kerana berjaya menempatkan diri di Maktab Perguruan di Ipoh (mengikuti KPLI)Tak sangka akhirnya anda ke bidang perguruan/ pendidikan juga!! Ya.. rezeki manusia tidak siapa yang tahu. Kepada teman yang berada di Klang itu jangan mudah putus asa ya. Merayulah sehingga cita2 anda kesampaian.
Kepada teman yang berada di MBSA tu selalu2 menghubungi saya di sini. Jangan mendiamkan diri serta selalu2 la update blog ya agar saya tahu apa yang anda lakukan.. Selamat bercuti kepada semua. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!Semoga kalian sukses. Terimala gambar2 yang lewat saya terima tetang juara futsal Karnival Belia Sifar Dadah. Tahniah!!

13 December, 2008

Karnival Belia Sifar Dadah, Lurah Bilut, Pahang.

Salam. Letihnya sesudah segalanya selesai. Saya bukanla orang penting dalam organisasi ini namun setiap tahun saya dijemput untuk membantu dalam menguruskan perjalanan program ini. Dari penyediaan khemah hinggala ke acara kemuncak program. Terima kasih kepada yang menjemput kerana percaya kepada saya. Terimala sedikit paparan buat semua.

11 December, 2008

Pemergian dan Berakhirnya Penderitaan. / Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat semua. Malam ini saya agak letih kerana seharian bertungkus lumus menyediakan bagi menjayakan Karnival Belia Benci Dadah Peringkat Felda Luruh Bilut. Sebelum itu semalam saya cuti rehat setelah berkerja pada hari raya ke-2 aidiladha yang lepas. Semua ini telah saya rancang awal2 lagi. Semalam juga saya menerima pesanan ringkas yang memberitahu bahawa seorang cikgu di sekolah saya sedang nazak. Dalam fikiran saya mungkin beginila pengakhirannya. Lewat malam tadi saya dikejutkan dengan rakan serumah yang memberitahu cikgu itu utelah meninggal dunia.Dalam hati saya sayu.
Sebenarnya saya tidakla terlalu rapat dengan arwah, namun seingat saya dan saya mempercayainya sewaktu dia meminta pertolongan dengan dengan saya dia akan mengucapkan terima kasih selepas itu. dan perkara yang menjadi kenangan saya tentang arwah ini ialah sewaktu dia pulang dari berkursus di Pulau Pinang setahun lepas dia ada membawa ole-ole (pelbagai jeruk buah)untuk rakan2 di pejabat termasuk saya. Sejak dari itu saya sangat suka dengan Jeruk Salak yang sebelum itu saya tidak pernah makan.Takziah saya ucapkan kepada keluarga Arwahyarhamah Suhanom binti Mohd Salleh di atas pemergian arwah.Alhamdulilah keseksaan, kesakitan arwah selama ini berakhir. Maaf saya tidak dapat hadir kerana tidak punya masa. Saya mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan ahli syurga. Amin.
Buat Guru Besar saya sayangi Tuan Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias,PJK,BPC,saya mengucapkan Tahniah di atas penganugerahan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) pada Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tahniah!
Ketika ini saya masih di Felda Bilut, Bentong Pahang. Nantikan berita2 terbaru dari saya. Terima kasih..

Selamat Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 63!


09 December, 2008

Keterujaan


Salam. Bertemu kembali. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada teman semua. Hari ini saya bekerja seperti biasa. Cuti sehari sahaja iaitu semalam yang sepanjang hari hujan terus menerus. Kata teman saya lewat malam tadi walaupun hujan rumahnya pada hari raya semalam namun rumahnya tetap didatangi penggunjung. Saya kata katakan padanya mungkin kerana mereka ingin menikmati masakan air tangan ibunya. Hahaha.. Memang terbukti masakan ibu teman saya ini memang sedap2.


Hampir 2 minggu ini teman saya ini selalu benar menghubungi saya. Selalu bercerita tentang teman barunya.Keluar makan2 di kfc, beriadah di kolam air panas, sembang2 di kedai karaoke. Em.. sampai saya teruja untuk bertemu mereka. Tidak sabar menanti saya berkunjung di sana.Lewat malam tadi yang terbaru dia menghubungi saya. Saya merancang akan ke sana hari Khamis cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Berkira2 menunggu masa.


Kedatangan saya ke sana juga bukan sekadar suka2. Saya akan membuat liputan sebuah majlis. Jadi nantikan berita2 dari saya. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Selamat Bercuti.

Ehsan : afdlin Shaufi
Jom tonton Los


03 December, 2008

Tahniah!!! Selamat menulis.. (Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Akan Jadi Kenyataan)




Tahniah kepada seorang teman baik saya yang berada di Klang itu kerana akhirnya membuka blognya. Selamat menulis.. dan jemputla datang selalu..
Cantiknya baju melayu.. tampak segak.. Cantik juga lampu kayu itu.. Lama tak jumpa.. Selamat Hari Raya Aidiladha..

02 December, 2008

Bicara Tentang Teman


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.Dan dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa ingin kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Karena yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Karena cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Karena dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.


Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Karena dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan gairah segar kehidupan.


-Khalil Gibran
(Gambar sekadar)




Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...