01 September, 2009

Selamat Hari Kebangsaan!! 31 Ogos 2009!! Tahniah dan Selamat Bertugas Buat Teman.

alam. Bertemu kembali. Emm.. Selamat Berpuasa. Ya.. Selamat Hari Kebangsaan yang ke 52 tahun buat semua teman-teman tidak kira di mana berada sekali pun. Hujung minggu yang telah lalu, saya bersenang-senang sahaja di rumah. Bulan puasa buat saya kebaringan terus sambil menonton televisyen. Dari pagi hingga malam. Sesekali menghantar pesanan ringkas kepada teman-teman bertanya khabar dan mengucapkan selamat berpuasa.

Ramai yang tertanya-tanya. Siapakah teman yang saya kunjungi di Port Dickson lewat 15hb Ogos yang lepas. Saya sengaja membiarkan teman-teman tertanya-tanya terus. Saya tinggalkan kenangan di sana menjadi tatapan kalian. Langsung baru sekarang saya dapat menyiarkan gambar teman saya yang baru menamatkan latihannya di kem Port Dikson itu. Sekarang ini beristirehat sebelum memulakan tugasannnya di kem yang dekat benar dengan saya ini. Buat teman itu Selamat Berehat, Selamat Bertugas dengan penuh tanggungjawab. Saya berbangga dengan anda. Semoga anda akan terus sukses! Hari Raya jangan lupa datang rumah.

Buat (Cikgu SMK Kepong) Che Mat yang akan ke Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu atas urusan rasminya. Selamat berseronok-seronok di Sabah ya. Jangan lupa pulang sudah la. Macam mana rancangan berbuka puasa bersama Alumnai FSP? Opss.. Nantila saya fikirkan ya. Lama juga tidak bertemu dengan teman-teman lama. Tentu banyak cerita yang ingin diceritakan.

Selamat Berpuasa.. Selamat Hari Merdeka!!

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...