Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

01 March, 2011

Jengkel.

Alhamdulilah. Hari ini berlalu dengan baik. Hari ini saya mengambil alih tugasan dan tanggungjawab dari Puan El sepenuhnya. Walaupun Tugasan Pecah Belon saya masih belum selesai, namun saya bergelut dengan tugasan wajib saya di pejabat.
Saya melakukan tugasan saya. Mengapa harus ada orang yang mempertikaikannya. Saya faham dan mengerti bidang akademik sangat penting di dalam institusi ini. Saya tahu kegagalan permohonan saya tidak akan sesekali menjatuhkan institusi ini. Saya boleh menerima kenyataan itu. Saya percaya bidang ini tidak sepenting bidang akademik.
Jika ya, katakan ya. Jika tidak gagalkan sahaja. Saya hanya menjalankan tugasan. Kegagalan tidak pernah menjatuhkan semangat saya. Ini yang pertama dan bukan kali yang terakhir. Saya akan selalu berurusan demi pelajar-pelajar di institusi ini. Tolong jadi profesional, jangan bertindak beremosi. Sesungguhnya ianya akan menyusahkan orang lain yang ingin berurusan dan memberi tanggapan yang buruk. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Besar.

4 comments:

PzY said...
This comment has been removed by the author.
PzY said...

Blajau rajin2 yer

zachatta said...

thanks.. :)

AiiCtzAr~ said...

* Like!! *