Putera Adam membunuh - terbunuh dalam pertarungan menang - kalah
dan kematian demi kematian dinyanyikan di mana-mana
dan dilanjutkan sehingga segala tanah menjadi pusara
Jika kita menyesali kematian atas seseorang
dan hati tidak berdenyut untuk kematian yang lain
maka kemanusiaan tidak wukid di mahkota kebenaran
sebab bukanlah kemanusiaan bila ia ada perbatasan
dan kini tiap kota menangis dan mengucap kata
kerana sewajarnya kemanusiaan itu berdenyut dan terasa
tapi tak seorang pun akan menangis
untuk pembunuhan yang bakal tiba
Beliau akan berkata, mari kita padamkan segala api sengketa
sesiapa yang merasa dan kehilangan kesayangannya
menangislah
Dunia telah didandankan, kehidupan adalah kematian yang berdarah.
No comments:
Post a Comment