17 June, 2011

Temui Teman Lama.

Assalamualaikum semua. Jumpa saya lagi.

Terima kasih Facebook kerana saya telah temui teman lama saya di USM sekitar tahun 1999. Pernah dulu saya siarkan gambarnya.

Catatan saya yang terdahulu :http://zachatta.blogspot.com/2009/03/teman-lama-yang-lama-menghilang-tahun.html











Masa merubah segalanya.

08 June, 2011

Siapakah Teman? - Ikhsan : econpolic.blogspot.com


Bagaimana harus saya melupakan dirimu? :'( Semakin hari semakin terasa kehilangan mu..

Saya Tidak Pernah Diajar Mencarut.

Salam buat teman-teman semua walau di mana jua kalian berada. Alhamdulilah.. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana ketika ini saya di dalam keadaan sihat walafiat dan semakin bersemangat setelah hampir 4 bulan saya bermastautin di Bandaraya Melaka Warisan Dunia ini. Yang telah meninggal pergi, akan terus saya doakan dan kenangi sampai akhir usia. Sepanjang tempoh ini, saya berkenalan dengan ramai orang. Dari kenalan di tempat kerja, pelajar sehinggalah teman sekitar taman. Masing-masing dengan kepelbagaian rasa dan perangai. Saya sebagai orang baru dan merantau ini, cuba untuk berkawan dengan semua orang. Saya manusia yang sederhana dan suka berbuat baik. Maaf kalau kalian akan menganggap saya sekadar memuji diri sendiri. Percaya atau tidak, itulah saya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi mengata orang tidak tentu pasal. Ibu dan arwah bapa saya tidak pernah mengajar saya bercakap kasar atau bermulut celupar. Sukar untuk saya mencarut membabi buta. Saya hormat kepada sesiapa sahaja, kerana bagi saya kita manusia sama di sisi Allah S.W.T. Manusia yang pelbagai ini akan sentiasa mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Saya akui, yang saya juga manusia yang lemah dan tidak sesempurna mana. Kadang-kadang saya juga melakukan kesalahan dan kesilapan. Kelembutan hati dan kejujuran saya kadang-kadang menyebabkan saya selalu di ambil kesempatan. Sukar untuk saya mentafsir hati dan niat seseorang. Semoga Allah S.W.T melindungi saya dari kejahatan manusia. Amin. :)

02 June, 2011

Hanya Pada Mu.

Alhamdulilah.. Bertemu kembali. Berkali-kali niat saya ingin menulis kembali di sini. Terlalu lama rasanya saya berdiam diri terus. Bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi ketika ingin mula menulis saya selalu terhenti dengan gangguan kerja. Buka dan sekadar hanya melihat teman-teman yang singgah lalu di sini. Sekadar menghantar gambar-gambar dan lirik-lirik lagu sebagai tanda yang ruang sempit ini saya kunjungi dan dikemaskini walaupun saya tidak berbicara.


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd Zulfahmee Ismail, Pegawai Kebudayaan dan Perlancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menjemput saya membuat persembahan di Malam Puisi Riong MBSA- Berita Harian pada 06-05-2011, di laman Budaya Shah Alam, Selangor. Maaf kerana baru sekarang saya berkesempatan mengucapkannya secara rasmi. Terima kasih juga kepada adik Amal (tingkatan 3) dari SMK Kepong, Frim, Selangor yang mengiringi saya pada malam itu dengan petikan gitar akustiknya.


Berbicara sekitar dua minggu lepas, Hati saya benar-benar teruji. Barangkali teman-teman juga mengerti. Catatan saya terdahulu, hanya sempat memaparkan gambar arwah. Bibir saya terkunci rapat, lidah saya kelu membisu. Pemergian seorang teman baik saya menyebabkan saya kesedihan dan kemurungan. Saya bukanlah seorang yang sukar untuk menerima kenyataan yang kematian itu adalah pasti. Tetapi pemergiannya mengejutkan. Semalaman juga saya berdoa, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Kerana janji, sesungguhnya arwah sahabat saya sehingga ke akhirnya. Alhamdulilah, saya lega kerana niat untuk ziarah ke pusara arwah tertunai juga walaupun selepas genap seminggu arwah meninggal dunia. Terlalu sebak dada dan pilu hati saya dipusaranya. Merenung kembali, berkawan dengan arwah, meningalkan kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat.


Al-Fatihah..



















Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...