21 March, 2016

Jangan Gentar! Dunia Ini Sementara!

Alhamdulillah.. bertemu kembali!
Menyambung kembali bicara minggu lepas. Ya. Kelas saya yang terakhir bagi semester ini. Setelah itu, tidak punya masa untuk menulis. Sekadar melihat-lihat blog teman-teman.

Ternyata saya begitu simpati melihat manusia yang suka menjaja cerita serta selalu mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Apabila kita percaya yang setiap manusia itu punya kelebihan dan kelemahan diri masing-masing, mengapa kita perlu persoalkan hal-hal yang lainnya? Telah saya katakan tiada manusia yang sempurna. Terima dan redha apa yang seadanya. Tidak perlu nak berlagak siapa yang hebat dan siapa yang terbaik.

Lain manusia, lain caranya, lain juga kepimpinannya? Cara lama yang baik jadikan pengajaran, yang kurang baik dijadikan sempadan. Sebagai manusia yang menurut perintah, memang bosan juga asyik menurut hal yang sama. Sesekali punya ketua yang 'happy go lucky', hipster, mencabar bukan? Oh. masa beredar, zaman bersilih ganti. Semuanya harus seiring. Mengapa harus gentar? Selalu perlu cermin diri sebelum menegur teman-teman yang lain. Cermin bukan sekadar melihat wajah, tetapi muhasabah diri. Jangan biarkan hati kita busuk dan hitam. Kadang-kadang kita yang menegur ini lebih kurang sama saje yang ditegur. Ada baiknya kita berdiam diri dari bercakap yang bukan-bukan. Semua orang boleh sahaja memaki hamun, mengherdik orang tak tentu pasal. Tetapi untuk apa ya? Ada baiknya menjaga mata dan hati.

Salam damai.


Bersama Ibu Seniwati Fauziah Nawi.

17 March, 2016

Masa yang mendewasa.

Hello.. Kembali lagi, Lewat saya di sini tentu sahaja saya melihat-lihat teman di blog. Membaca satu persatu tulisan yang mereka telah lama tinggalkan dulu. Ternyata ramai juga yang tidak menulis lagi. Mungkin mereka juga sama seperti saya. Sampai satu ketika, akan kekeringan idea untuk berkata-kata. Benar ya, sampai bila blog ini akan bercakap tentang perasaan dan hati. Bercakap tentang itu dan ini. Terlalu banyak berkongsi sehingga tiada apa yang tinggal sebagai rahsia. 

Alhamdulillah, tahniah kepada bloger baru! teruskan menulis ya. Jangan seperti saya yang asyik berangan mimpi ingin sampai ke bintang tetapi tetap di sini. Mungkin media sosial yang banyak ini menjadi punya saya jarang benar ke ruang sempit ini. Mulai dengan menulis status di FB, kemudian di twiiter langsung terus ke Instram. Jangan tanya apa Insta saya. Saya tidak punya ramai pengikut. Kalau ada pun entah dari mana. Saya terima seadanya. 

Sebentar ya. Saya harus pergi dulu. Ada yang memangil-mangil dari tadi. Kelas terakhir!

16 March, 2016

Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Assalamualaikum.wkt.

Apa khabar kalian semua? Saya mengharapkan kebahagian dan kesejahteraan ke atas kalian. Lamanya tidak menulis di sini. Alhamdulillah, saya kembali lagi di sini. Sebenarnya banyak juga yang terjadi sepanjang tahun yang berlalu ini. Cuma saya senang untuk berdiam diri dan tidak berkongsi sebarang cerita. Duka, sedih, pahit dan manis itu hal yang biasa. Saya tetap tidak akan menulis tetang politik! Saya orang Melayu! Tiada manusia yang sempurna dan menjadi alasan untuk kita mengakui kelemahan diri ini. Manusia juga mudah berubah, tetapi baiknya kalau berubah menjadi seorang yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Sesungguhnya masa telah banyak mengajar saya. Bertemu dan bekerja dengan ramai orang, Berhadapan dengan sikap manusia yang pelbagai menginsafkan diri saya. Saya yang serba sederhana ini, sering berdukacita memahami hati-hati manusia ini? Saya cuba untuk memahami diri saya sendiri, memahami manusia sekeliling. Ada manusia yang bergantung harap kepada kita, tetapi dalam masa yang sama menolak dan mementingkan diri sendiri. Ada yang berkawan baik akhirnya menjadi musuh atas sebab yang tidak rasional dan tidak tahu punca. Allah Maha Mengetahui.. Mungkin di akhirnya saya boleh mempersoalkan mengapa dan untuk apa kita berkawan. 

Menangani soal kerja yang serba mencabar ini, sememangnya menduga akal dan fikiran. Menguji kesabaran dan kadang kala kemarahan itu menjadi bara yang menjadi-jadi. Melayan karenah kepelbagai sikap manusia yang kurang matang dan kurang bijak ini membuatkan saya sendiri kadang kala stress sendirian. Tentu sahaja saya boleh bersuka-ria, bersenang lenang, tetapi bukan itu cara saya. Saya meletakkan tanggungjawab dan kerja yang utama. (maafkan saya mak, sudah 2 bulan saya tidak pulang..) Biarlah saya bersusah payah berminggu-minggu, tidak cukup tidur, tidak cukup rehat tetapi semua mendapat peluang dan ruang untuk pergi lebih jauh lagi. Janganlah ada yang membandingkan kerja saya. Lain orang, lain caranya. Tiada apa apa yang saya perlu buktikan.

Buat teman yang berada di Abu Dhabi. Selama bertugas di negara orang, selamat pergi dan selamat kembali. Terima kasih di atas khabar berita. Saya tunggu ole-ole dari sana. Tunggu updated saya! Terima kasih.



02 March, 2016

Sepanjang Tahun 2015!

Festival Teater Negeri Selangor 2015
MATIC, Kuala Lumpur
#akses #anomalist 
(6 - 15 November 2015)


KOLEKTIF anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Moderator : Syarahan Umum 1 : Seni Budaya bersama En. Mazlan Tahir (UiTM) dan Dr. Muhammad Fazli Taib Saerani (UPSI)
(Galeri Shah Alam, Selangor - 28 Nov. 2015)



Bersama Sasterawan Negara SN Dato' Dr. Zurinah Hassan, SN Datp' Anwar Rethwan dan Dato' Dr. Ibrahim Ghaffar


Libur di Jogjakarta, Indonesia. (23 Okt. 2015 - 26 Okt. 2016)
1. Lawatan ke Pusat Kebudayaan, Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, Indonesia.
2. Keraton Jogjakarta.
3. Borubudur
4. Ulan Sentayu

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...