07 August, 2008

Lirik Pilihan-06

Buatmu Ibu

Ibu, bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu,

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan Kasihanilah, Tuhan.

Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

04 August, 2008

Terima Kasih Kerana Percaya dan Memahami Saya.

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Saya mengharapkan kalian sihat sejahtera di samping orang yang tersayang. Pagi ini saya kembali ke pejabat setelah beberapa hari berada di luar. Tidak banyak kerja2 yang harus saya buat. Semuanya telah saya selesaikan sebelum saya bekerja diluar. Jutaan terima kasih kepada Boss saya kerana dengan izin dan kepercayaannya saya dapat bekerja dan meninggalkan pejabat dengan senang hati sebelum ini. Banyak peluang yang diberikan kepada saya kerana kecenderungan dan minat saya. Saya tidak akan pernah sia2kan kepercayaan yang selama ini sukar untuk saya terima.

Kepada pelajar2 saya di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang Siri 3 yang baru ini, kesukaran mengajar anda memberi pengajaran kepada saya. Kepada pelajar2 yang terdahulu, saya tidak pernah lupa akan kalian. Terus sahaja menjengguk ke ruang sempit ini selalu ya. Barangkali kalian kenal dengan pelajar2 cikgu yang baru ini. Nikmatilah paparan2 yang istimewa ini khas untuk kalian semua. Terima kasih banyak2.
Kepada teman yang berada di SUK, Shah Alam itu, Tahniah kerana berjaya mendapatkan semula Jaket yang sangat berharga itu. Walaupun tidak selalu mengemaskini blog anda, saya tetap berkunjung. Berpada2 la Berbuat Baik, Berbuat Jahat Jangan sekali.. Kepada Si pencuri, semoga anda insaf..
Terima Kasih, Jumpa lagi.

Kem Temasya Rimba Templer, 31.07.2008 - 02.08.2008 (Siri 3/2008) Part: 05





































































Sumpit Beracun. (C4)
Ahmad Mustaqim Bin Che Ibrahim (Mus) , Azwan Bin Mohd (Azuan), Choy Hon Tuck, Delucia Jempai Anak Janin (DJ), Frestelin Buton, Izanusi Bin Wijan, Lafazlim Bin Lauji, Law Ngee Hong, Lee Wai Nam, Mohamad Riduan Bin Mohammad Nor, Mohd Azwan Bin Hashim, Mohd Hamidi Bin Mohd Salleh, Mohd Izli Bin Abu Bakar, Mohd Nazir Helmi Bin Elias, Mohd Nazri Bin Rahim, Mohd Nazrin Bin Mohd Sabee, Mohd Rafis Bin Yusoff, Mohd Rizalman Bin Awang, Mohd Sayiruddin Nor Bin Mohd Daud, Mohd Zulkifli Bin Samioun, Muhamed Zulkifli Bin Hassan, Muhammad Khairul Azhar Bin Rajab, Muhammad Syarif Bin Ramlee, Nantha Sabal A/L Ayasamy, Ng Chung Leong,Nicholas Danggat Anak Omar, Raymond Rentap Anak Dim, Wan Hafiz Azwan Bin Wan Hassan, Wong Fook Wah, Nurul Atiqah Binti Abdul Raman, Sam Mei Yoke, Siti Nur Aziemah Binti Ismail, Tiong Hie Hung, Yu Hui Ying dan Zaimah Binti Sufri.

Kem Temasya Rimba Templer, 31.07.2008 - 02.08.2008 (Kump. 3/2008) Part: 04








Kem Temasya Rimba Templer, 31.07.2008 - 02.08.208 (Kump.3/2008) Part: 03










Kem Temasya Rimba Templer, 31.07.2008 - 02.08.2008 (Kump. 3/2008) Part: 02






Kem Temasya Rimba Templer, 31.07.2008 - 02.08.2008 (Kump. 3/2008) Part: 01



























Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...