15 August, 2008

Seronoknya Kalau Dapat Bercuti..

Salam. Bertemu kembali. Erm.. Saya tidak punya banyak masa. Kalau la ada masa yang panjang boleh juga sembang2 lebih lama. Akhirnya masa yang ditunggu hampir sebulan setengah akan tiba juga. Semua rancangan tetah disusun.Terima kasih banyak2 kepada En Latiff (Jurukamera Jong2 Inai)kerana banyak membantu saya dalam menyelesaikan rakaman suara yang terakhir itu. Harap2 memenuhi rasa.. Hahaha..
Melihat2 blog teman2 ternyata teman saya di SUK, Shah Alam itu benar2 berseronok. Sempat juga dia bermain boling dan keluar makan2. Bagusla kalau anda gembira..Hidup ini terlalu singkat..

Saya masih tetap di sini. Saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru2 di Malaysia. Kepada pelajar2 ambilla masa untuk berehat. Harap2 saya begitu juga. 2-3 minggu ini kalian sendiri tahu saya agak sibuk mengejar masa. Terima kasih kepada semua yang selalu berkunjung ke sini ya. Ada baiknya kalian meninggalkan jejak agak saya tahu siapa anda. Nanti boleh sembang2 lebih lanjut. Jumpa di Segmen Jong2 Inai, Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya,
18-08-2008!! Selamat berehat..salam.

14 August, 2008

Latihan Jong2 Inai -SKPA 2 (14-08-2008)





Getaran Jiwa





















Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
.
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu


Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa


Terjemahan :

The Stirring of My Soul

The stirring of my soul
Overcomes my heart
Arranged by the notes
Of rhythm and song
If it's only modest
Nevermind
Perhaps it could stir
Realise all you mortals
.
Never will they vanish
Rhythm and song
It will bloom
It will always linger
If they be seperated
The song and rhythm and song
They'll be soulless and weak
And empty


12 August, 2008

Pesanan Ringkas.



Lantas saya terus menghantar sms kepadanya. Saya katakan padanya Salam. Saya salah memandang atau memang benar awak ketahui saya? Jadi balasnya kepada saya ’’xtau sape’’ (Tidak tahu siapa). Kemudian saya membalas pesanan yang serba ringkas itu. Jadi pandangan dan senyum awak tadi kepada saya itu, cuma kebetulan?Baiklah.. Selamat Malam. Saya tamatkan perbualan ringkas itu. Agak lambat benar saya terima pesanannya. Lalu dia menjawab ’’Senyum 2 sedekah. Ok, nite.


Sebelum itu, saya keseorangan makan malam. Terbangun lewat malam, perut lapar benar... keluar dan singgah di JFA Conner. Pesan Burger Ayam Istimewa dan Jus Epal Susu. Mata memandang sekeliling. Masih ramai walau pun telah lewat malam. Pandangan ke televisyen, masing2 fokus kerana cerita hantu.


Tiba2 orang yang saya kenali masuk ke dalam kedai. Lalu saya capai telefon bimbit untuk berkongsi cerita dengan seorang teman. Walaupun saya telah lama menyimpan nom. telefonnya. Mana mungkin sewenang wenangnya saya menghubungi orang yang dikenali itu.Terima kasih kepada teman itu yang sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk berjuang atas apa yang saya percaya. Maaf saya tidak memakai susuk!! Hahaha...


Berbalik, saya kekaunter untuk membayar minuman yang hampir sejam saya berakar di kerusi itu. Di situlah bermulanya cerita ini..


Saya nekad dan akhirnya...
Opss. rakaman Jong2 Inai telah berakhir.. Akhirnya sudah juga..

Terima kasih banyak2.

Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...