30 August, 2011

Buat Teman Jauh. (Gombak - Bilut, Sungai Buloh - Kokdiang)

Dari mula kita bertemu, berkenalan sehingga saat kita berpisah. Jarang sekali kita bertemu kembali dan barangkali kita tidak mungkin akan bertemu kembali. Oleh itu, di bulan yang barakakh yang penuh dengan kenikmatan ini, andai bicara saya mengusik jiwa, andai perlakuan saya menyakit hati, biarlah dosa sebesar zarah sekalipun. Saya dengan hati yang ikhlas, setulus suci melutut merendah diri, menghulur tangan, berjabat salam, memohon kemaafan. Dosa2 yang langsung atau diluar kesedaran dan kawalan saya. Harap diri ini dimaafi, mohon peluang menyuci diri. Andai saya berhutang, belum terlunas, mohon disampai, mungkin terlupa, beri masa untuk dilangsaikan. Andai kata dihalalkan amatlah saya hargai. Terima kasih. Apa sahaja kesalahan kamu telah saya maafkan sejak dulu sehingga saya ke akhir hayat. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

29 August, 2011

Salam Kemaafan

Alhamdulillah, telah hampir sebulan berpuasa. di akhir bulan ramadhan yg terakhir ini, sya menyusun jari sepuluh, menghulur tngan, mengukir senyum dibibir, dengan hati yg ikhlas, memohon ribuan kemaafan zahir dan batin di atas kesalahan, kekasaran tutur kata, terlebih lebihan sepanjang perkenalan/ perhubungan bersama teman semua. Sesungguhnya sya insan yg lemah dan tidak sempurna mana. Salam Aidilfitri buat semua walau di mana jua berada. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

10 August, 2011

Cerita Tentang Hilang.

Barangkali pergi dan kehilanganya teman itu adalah suatu rahmat. Ternyata semenjak ketiadaannya, hubungan antara kami retak dan membelah. Berkali-kali saya cuba untuk menyelamatkan keadaan. namun tetap gagal. Saya tidak tahu di mana silapnya. Siapa yang bersalah dan mengapa harus saya dipersalahkan. Atau mengenal dia yang hilang dan dia adalah kesalahan besar.
Bulan Ramadhan sangat mengingat saya tentang dia yang hilang. menjadi kenangan bersama berbuka puasa. Itulah kali terakhir saya melihat wajah, senyum dan rayu dia yang hilang terus meninggalkan saya. Terbayang-bayang menjadi kenangan. Kini dia yang hilang telah hilang dan dia juga tetap menghilang. Kini lebih terasa bila semuanya pergi bersama hilang.
(Syawal itu dia tiada jumpa, merajuk kerana saya tidak menuruti kata-katanya - Maafkan saya, kalau la saya tahu itulah kali terakhir bagi mu..)

02 August, 2011

Selamat Berpuasa!

Sabda Rasullah S.A.W '' Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T. nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu '' Selamat Berpuasa untuk semua teman walau di mana jua berada!






17 June, 2011

Temui Teman Lama.

Assalamualaikum semua. Jumpa saya lagi.

Terima kasih Facebook kerana saya telah temui teman lama saya di USM sekitar tahun 1999. Pernah dulu saya siarkan gambarnya.


















Masa merubah segalanya.

08 June, 2011

Saya Tidak Pernah Diajar Mencarut.

Salam buat teman-teman semua walau di mana jua kalian berada. Alhamdulilah.. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana ketika ini saya di dalam keadaan sihat walafiat dan semakin bersemangat setelah hampir 4 bulan saya bermastautin di Bandaraya Melaka Warisan Dunia ini. Yang telah meninggal pergi, akan terus saya doakan dan kenangi sampai akhir usia. Sepanjang tempoh ini, saya berkenalan dengan ramai orang. Dari kenalan di tempat kerja, pelajar sehinggalah teman sekitar taman. Masing-masing dengan kepelbagaian rasa dan perangai. Saya sebagai orang baru dan merantau ini, cuba untuk berkawan dengan semua orang. Saya manusia yang sederhana dan suka berbuat baik. Maaf kalau kalian akan menganggap saya sekadar memuji diri sendiri. Percaya atau tidak, itulah saya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi mengata orang tidak tentu pasal. Ibu dan arwah bapa saya tidak pernah mengajar saya bercakap kasar atau bermulut celupar. Sukar untuk saya mencarut membabi buta. Saya hormat kepada sesiapa sahaja, kerana bagi saya kita manusia sama di sisi Allah S.W.T. Manusia yang pelbagai ini akan sentiasa mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Saya akui, yang saya juga manusia yang lemah dan tidak sesempurna mana. Kadang-kadang saya juga melakukan kesalahan dan kesilapan. Kelembutan hati dan kejujuran saya kadang-kadang menyebabkan saya selalu di ambil kesempatan. Sukar untuk saya mentafsir hati dan niat seseorang. Semoga Allah S.W.T melindungi saya dari kejahatan manusia. Amin. :)

02 June, 2011

Hanya Pada Mu.

Alhamdulilah.. Bertemu kembali. Berkali-kali niat saya ingin menulis kembali di sini. Terlalu lama rasanya saya berdiam diri terus. Bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi ketika ingin mula menulis saya selalu terhenti dengan gangguan kerja. Buka dan sekadar hanya melihat teman-teman yang singgah lalu di sini. Sekadar menghantar gambar-gambar dan lirik-lirik lagu sebagai tanda yang ruang sempit ini saya kunjungi dan dikemaskini walaupun saya tidak berbicara.


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd Zulfahmee Ismail, Pegawai Kebudayaan dan Perlancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menjemput saya membuat persembahan di Malam Puisi Riong MBSA- Berita Harian pada 06-05-2011, di laman Budaya Shah Alam, Selangor. Maaf kerana baru sekarang saya berkesempatan mengucapkannya secara rasmi. Terima kasih juga kepada adik Amal (tingkatan 3) dari SMK Kepong, Frim, Selangor yang mengiringi saya pada malam itu dengan petikan gitar akustiknya.


Berbicara sekitar dua minggu lepas, Hati saya benar-benar teruji. Barangkali teman-teman juga mengerti. Catatan saya terdahulu, hanya sempat memaparkan gambar arwah. Bibir saya terkunci rapat, lidah saya kelu membisu. Pemergian seorang teman baik saya menyebabkan saya kesedihan dan kemurungan. Saya bukanlah seorang yang sukar untuk menerima kenyataan yang kematian itu adalah pasti. Tetapi pemergiannya mengejutkan. Semalaman juga saya berdoa, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Kerana janji, sesungguhnya arwah sahabat saya sehingga ke akhirnya. Alhamdulilah, saya lega kerana niat untuk ziarah ke pusara arwah tertunai juga walaupun selepas genap seminggu arwah meninggal dunia. Terlalu sebak dada dan pilu hati saya dipusaranya. Merenung kembali, berkawan dengan arwah, meningalkan kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat.


Al-Fatihah..



















Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...