20 December, 2023

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rakan seperjuangan merentasi seluruh negeri, staf, pelajar-pelajar Kebudayaan UiTM Cawangan Melaka yang sentiasa memberi sokongan, bantuan, kerjasama dan doa buat saya. Alhamdulillah.. anugerah ini milik kita bersama! Semoga menjadi motivasi dan penyuntik semangat kepada semua! Perjuangan kita masih belum selesai! ❤️‍🔥🙏

23 October, 2023

Penerima Anugerah Pengerak Seni Budaya - Anugerah Seni Budaya Negeri Melaka 2023.

Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Alhamdulillah atas rahmat Allah.SWT. Jutaan terima kasih kepada Rektor UiTM Cawangan Melaka, Jawatankuasa Eksekutif Negeri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pelajar- Pelajar Kebudayaan, Teman-teman sekerja, Teman seperjuangan  yang menyokong dan mendoakan kejayaan ini. Tahniah Cik Ezlina Alias  dan JKKN Melaka FanPage atas penganjuran Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri (ASBN) Melaka 2022/2023.

Kategori : Anugerah Pengerak Seni Budaya

26 August, 2023

Penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Kerajaan Negeri Melaka.

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama Tun. Terima kasih juga kepada Rektor dan Pengurusan Pentadbiran UiTM Cawangan Melaka atas pencalonan ini. 🎖

03 January, 2023

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak 
Atas segala tindak
Api makan api 
Tanah makan tanah 

Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara 
Membakar nyata di hari tua 
Semua akan ditanya tentang siapa?






07 October, 2022

Sudah Bersediakah Kalian Menghadapi Sebarang Kemungkinan dan Dugaan.

Kemalangan tidak berbau. Dalam sekelip mata, sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku contohnya kemalangan jalan raya, bencana alam, kehilangan pekerjaan, atau masalah kesihatan. 

Saya sendiri mengalaminya. Memang sukar dan berat untuk saya kongsikan tetapi barangkali ini sebagai kenangan yang mungkin menjadi sejarah dalam hidup saya. Pada 8 Mei 2022 (ahad) saya kemalangan di rumah dan mengakibatkan patah tulang kaki dan tulang buku lali kaki kanan. Ambulan dari Alor Gajah menghantar saya ke Hospital Besar Melaka, namun setelah beberapa jam di zon hijau saya memohon untuk dipindahkan ke Hospital Putra Melaka.

Saya mengikuti saranan dari Kak Hamidah (staf bersara di pejabat saya) untuk menjalani pembedahan di Hospital Putra Melaka, dan menerima cuti sakit selama 153 hari. Kejadian ini mengubah hidup saya dan menguji sejauh mana saya bersedia menghadapi dugaan.

Saya bersyukur kerana saya belajar banyak dari pengalaman ini, terutamanya dalam menguatkan mental dan emosi. Dukungan keluarga dan rakan-rakan banyak membantu saya menghadapi tempoh pemulihan. Kesihatan fizikal juga tidak boleh diabaikan, pemulihan memerlukan disiplin dan kesabaran. Selain itu, Insuran dan kestabilan kewangan amat penting untuk menampung kos rawatan dan kehidupan harian, menjadikan simpanan kecemasan satu keperluan. Ilmu pertolongan cemas dan langkah keselamatan juga berguna dalam situasi tidak diduga. Sokongan sosial pula memberi semangat untuk terus kuat.

Kita harus selalu berfikiran positif kerana setiap dugaan adalah ujian untuk kita menjadi lebih kuat. Perkongsian ini diharap menjadi ikhtibar buat semua. Sesungguhnya, setiap kejadian ada hikmahnya. Lebih baik bersedia daripada menyesal kemudian. Jadi, sudah bersediakah kita? Saya bangkit dari kejatuhan yang amat dalam. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu. Doakan saya untuk tetap kuat bertahan menjalani hari menuju masa hadapan yang lebih baik.

Sekian, jumpa lagi.


Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...