30 July, 2024

Mengikuti Program Certified Human Resource Officer (CHRO) Public Sector, Pejabat Pendaftar UiTM dan Malaysian Institute Of Human Resource Management (MIHRM)

Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Saya kembali setelah sekian lama. 

Drama yang berlaku di Bulan Jun 2024 sangatlah menguji jiwa, hati nurani saya. Sambutan Hari Lahir yang sederhana dan penuh dengan emosi. Terima kasih Iman dan Encik Helman yang tidak pernah melupai dan tetap meraikan tiap kali 1 Jun. Hari-hari berlalu dengan keadaan Ibu yang uzur dan nazak sehinggalah beliau menutup usia membawa kepada keadaan tubuh badan saya turut lemah dan sakit. Terima kasih kepada semua yang mendoakan roh arwah Ibu saya yang meninggal dunia pada 28 Jun 2024 (Jumaat) jam 1.22 Petang. Allah juga yang mampu membalas jasa kalian. Al fatihah. Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada semua terutama adik beradik dan sanak saudara sekiranya terdapat salah dan silap saya, daripada perbuatan hinggalah kata-kata. Sesungguhnya saya ini lemah dan kekurangan. Janganlah kalian mengambil hati dan menyimpan dendam. Dunia ini hanya pinjaman dan sementara. 

Menjalani hari-hari, terasa seperti memulai babak baru dalam hidup. Lama juga saya berfikir tentang ini. Mengikutinya akan membuat saya terlalu sibuk kerana kuliah dijalankan pada hari sabtu dan ahad, bertempat di UiTM Shah Alam. Saya perlu kuat, sihat serta menguruskan biaya sendiri termasuk perjalanan, penginapan untuk menjalani hari-hari ke depan. Keputusan untuk mengikuti Program Certified Human Resource Officer (CHRO) Public Sector, anjuran Pejabat Pendaftar UiTM dan Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) adalah langkah gigih dan berani bagi menyahut cabaran UiTM Vice Chancellor Special Project (VCSP) P403.  


Jutaan terima kasih Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM,  Ts. Mohd Rafizi Rahmad (Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat TNC PJI) selaku Pengarah Program CHRO dan Encik Abdul Qaiyum Abdul Razak (Penolong Pendaftar Kanan. ILD), Penyelaras Program CHRO serta sahabat seperjuangan, Mohd Zulfahmee Ismail, Encik Mohd Saiful Nizam Suhaimi (AJK ILD), Encik Mohd Ali Ahmad (AJK ILD) yang memberi bantuan, dorongan dan semangat. Doakan saya mengikuti program ini sehingga selesai dan jayanya. Tahniah kepada semua peserta CHRO Batch 1/ 2024! Tidak lupa juga terima kasih kepada Encik Shamsol Kamal Shrriffudin, CHRM (Timbalan Pendaftar Kanan, KPSK) kerana sudi menjadi Mentor saya dalam program CHRO ini. Tunggu kehadiran saya.

Jumpa nanti. Salam.




20 December, 2023

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rakan seperjuangan merentasi seluruh negeri, staf, pelajar-pelajar Kebudayaan UiTM Cawangan Melaka yang sentiasa memberi sokongan, bantuan, kerjasama dan doa buat saya. Alhamdulillah.. anugerah ini milik kita bersama! Semoga menjadi motivasi dan penyuntik semangat kepada semua! Perjuangan kita masih belum selesai! ❤️‍🔥🙏

23 October, 2023

Penerima Anugerah Pengerak Seni Budaya - Anugerah Seni Budaya Negeri Melaka 2023.

Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Alhamdulillah atas rahmat Allah.SWT. Jutaan terima kasih kepada Rektor UiTM Cawangan Melaka, Jawatankuasa Eksekutif Negeri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pelajar- Pelajar Kebudayaan, Teman-teman sekerja, Teman seperjuangan  yang menyokong dan mendoakan kejayaan ini. Tahniah Cik Ezlina Alias  dan JKKN Melaka FanPage atas penganjuran Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri (ASBN) Melaka 2022/2023.

Kategori : Anugerah Pengerak Seni Budaya

26 August, 2023

Penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Kerajaan Negeri Melaka.

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama Tun. Terima kasih juga kepada Rektor dan Pengurusan Pentadbiran UiTM Cawangan Melaka atas pencalonan ini. 🎖

03 January, 2023

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak 
Atas segala tindak
Api makan api 
Tanah makan tanah 

Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara 
Membakar nyata di hari tua 
Semua akan ditanya tentang siapa?






Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...