27 December, 2008

MESTI BACA!! : Cara Buat Rakan Serumah Gila.


Bengang dengan rakan serumah? Tak tahu apa nak buat? Bersediala..

1. Setiap hari Jumaat, kemaskan segala barang anda dan beri tahu rakan serumah anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde org kat rumah. Kemaskan semula segala barang anda dan masuk tidor.

2. Setiap kali rakan serumah anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung rakan serumah anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7. Duduk di depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”


8. Setiap kali rakan serumah balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat rakan serumah “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila rakan serumah anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat rakan serumah tu bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau rakan serumah anda suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa rakan sewrumah anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai rakan serumah anda.


14. Bila rakan serumah anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

25 December, 2008

Juara Futsal Karnival Belia Sifar Dadah 'Lurah Bilut, Pahang.

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera. Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya. Akhirnya saya kembali menulis setelah beberapa lama menyepi dan hanya mengutuskan gambar2 sahaja. Menulis juga perlu ada cerita. Barangkali cerita saya tidaklah sebagus pemerhatian kalian terhadap gambar2 yang saya utuskan. Biarla kalian sediri menilainya. Kadang2 terasa blog ini bagai album gambar. Biarla apa panggilan sekali pun pengisiannya mengundang hati saya senang. Harap kalian begitu juga.
Pulang dari karnival dan pulang ke pejabat buat saya kembali sibuk. Akhirnya minggu ini baru saya punya masa untuk mengurus diri sendiri juga. Tahniah kepada seorang rakan saya yang berada di Puchong itu kerana berjaya menempatkan diri di Maktab Perguruan di Ipoh (mengikuti KPLI)Tak sangka akhirnya anda ke bidang perguruan/ pendidikan juga!! Ya.. rezeki manusia tidak siapa yang tahu. Kepada teman yang berada di Klang itu jangan mudah putus asa ya. Merayulah sehingga cita2 anda kesampaian.
Kepada teman yang berada di MBSA tu selalu2 menghubungi saya di sini. Jangan mendiamkan diri serta selalu2 la update blog ya agar saya tahu apa yang anda lakukan.. Selamat bercuti kepada semua. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!Semoga kalian sukses. Terimala gambar2 yang lewat saya terima tetang juara futsal Karnival Belia Sifar Dadah. Tahniah!!

Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...