26 August, 2023
Penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Kerajaan Negeri Melaka.
03 January, 2023
Selamat Pagi Dunia 2023!
01 January, 2023
07 October, 2022
Sudah Bersediakah Kalian Menghadapi Sebarang Kemungkinan dan Dugaan.
Kemalangan tidak berbau. Dalam sekelip mata, sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku contohnya kemalangan jalan raya, bencana alam, kehilangan pekerjaan, atau masalah kesihatan.
Saya sendiri mengalaminya. Memang sukar dan berat untuk saya kongsikan tetapi barangkali ini sebagai kenangan yang mungkin menjadi sejarah dalam hidup saya. Pada 8 Mei 2022 (ahad) saya kemalangan di rumah dan mengakibatkan patah tulang kaki dan tulang buku lali kaki kanan. Ambulan dari Alor Gajah menghantar saya ke Hospital Besar Melaka, namun setelah beberapa jam di zon hijau saya memohon untuk dipindahkan ke Hospital Putra Melaka.
Saya mengikuti saranan dari Kak Hamidah (staf bersara di pejabat saya) untuk menjalani pembedahan di Hospital Putra Melaka, dan menerima cuti sakit selama 153 hari. Kejadian ini mengubah hidup saya dan menguji sejauh mana saya bersedia menghadapi dugaan.
Saya bersyukur kerana saya belajar banyak dari pengalaman ini, terutamanya dalam menguatkan mental dan emosi. Dukungan keluarga dan rakan-rakan banyak membantu saya menghadapi tempoh pemulihan. Kesihatan fizikal juga tidak boleh diabaikan, pemulihan memerlukan disiplin dan kesabaran. Selain itu, Insuran dan kestabilan kewangan amat penting untuk menampung kos rawatan dan kehidupan harian, menjadikan simpanan kecemasan satu keperluan. Ilmu pertolongan cemas dan langkah keselamatan juga berguna dalam situasi tidak diduga. Sokongan sosial pula memberi semangat untuk terus kuat.
Kita harus selalu berfikiran positif kerana setiap dugaan adalah ujian untuk kita menjadi lebih kuat. Perkongsian ini diharap menjadi ikhtibar buat semua. Sesungguhnya, setiap kejadian ada hikmahnya. Lebih baik bersedia daripada menyesal kemudian. Jadi, sudah bersediakah kita? Saya bangkit dari kejatuhan yang amat dalam. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu. Doakan saya untuk tetap kuat bertahan menjalani hari menuju masa hadapan yang lebih baik.
Sekian, jumpa lagi.
12 February, 2020
Program Hari Yala 2020, Thailand.
YALA, 7 Februari 2020 – Pelajar-pelajar dari Kelab SENCETRA (Kelab Tarian Seni Dance Tradisional) dari Persatuan Kebudayaan & Kesenian di bawah Pengurusan Unit Kebudayaan & Kesenian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka telah terpilih menyertai dan membuat persembahan di Program Hari Melayu Yala 2020. Penyertaan merupakan koloborasi bersama penari-penari dari Institut Warisan Melaka (INSWA) yang menerima jemputan dari Consul General Of Malaysia in Songkhla, Thailand.
Program telah berlangsung mulai 7 Februari 2020 hingga 9 Februari 2020 adalah anjuran Majlis Perbandaran Changpuak Park, Wilayah Yala dan merupakan sambutan tahunan kali ke-7. Majlis ini telah dirasmikan oleh Real Admiral Somkeart Phonprayoon, Secretary General of Southern Border Provinces Administrative Centre, H.E. Mr. Chaisit Phanitchphong, Governor of Yala, H.E. Mr. Muhammad Ridzuan Abu Yazid, Consul General of Malaysia in Songkhla, Malaysia, H.E. Mr. Fachry Sulaiman, Consul of Republic of Indonesia in Songkhla, Indonesia. Turut hadir adalah tetamu kehormat yang lain yang merupakan ahli majlis tertinggi di bawah pentadbiran Wilayah Selatan Thailand.
INSWA diketuai oleh Encik Nurman Bin Mohd Baroldin, Pengurus Besar INSWA dan Encik Zairi Bin Suboh, Pengurus Besar, Tourism Melaka serta seramai 25 orang peserta yang terdiri dari penari, pemuzik dan penyanyi. Turut hadiri adalah Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan (Dondang Sayang) iaitu Datuk Mohd Baharim Bin Sharip dan Yasser Fikri Juara Kategori Nyanyian Dondang Sayang bagi Pertandingan Suara Melayu Tahun 2019.
Objektif utama program ini dianjurkan untuk mengangkat kebudayaan dan warisan Melayu kepada masyarakat setempat di Wilayah Selatan, Thailand. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat Melayu di tiga negara iaitu Malaysia-Indonesia- Thailand. Secara tidak langsung juga pada kesempatan ini dapat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Antara pengisian sepanjang program berlangsung adalah persembahan nyanyian, tarian, muzik kebudayaan dan kesenian daripada Negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Selain itu juga terdapat perarakan jalanan, pameran-pameran oleh badan kerajaan dan NGO dari negara-negara asia, jualan makanan, minuman, pakaian, kraftangan dan lain-lain lagi.
Di samping itu juga telah dijalankan Pertukaran Pembelajaran Kebudayaan Persembahan Daerah Kepulauan Melayu. Antara panel penceramahnya adalah Ibu Derliati, SST.M.Pd (Tarian Minangkabau), Kepala Bidang Pengembangan Ekonomi Kreatif Dinas Pariwisata, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, Bapak Asben Hendri, SE, M.M, (Pengembangan Kain Tenun Songket di Sumatera Barat, Puan Noriah Binti Ahmad, (Dondang Sayang dan Joget Lambak) Institut Warisan Melaka (INSWA), Malaysia
23 July, 2019
Kepercayaan yang dikhianati.
Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...
-
Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman. Harus saya katakan semua penulisan saya ini adalah coretan dari hati yang tidak a...
-
Salam hormat pembaca yang budiman! Hidup ini tak pernah sunyi dari pandangan orang. Setiap langkah yang kita ambil, pasti akan ada mata yan...
-
Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman. Apa khabar? semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat. RM50? Kalau anda jumpa d...


















