02 February, 2011

Pantun (1 Malaysia)

Terbang di awan si rama-rama,
Hinggap tempua di dahan jambu,
1 Negara, 1 Malaysia,
Seia sekata rakyat bersatu.

Pedagang seberang membawa kelapa,
Menebang jati di hutan hulu,
Pelbagai kaum, 1 bangsa,
1 Malaysia bersayu padu.

Dari Utara menuju selatan,
Singgah bermalam di rumah nyonya,
Hormat menghormati sesama insan,
Walau berbeza fahaman dan agama.

Ambil santan kelapa puan,
Ambil lada di atas para,
Rakyat didahulukan, pencapaikan diutamakan,
Menjadi teras 1 Malaysia.

Pergi ke laut menjala tenggiri,
Dapat pula ikan gelama,
Negara Malaysia aman harmoni,
Terkenal masyhur di antarabangsa.

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...