Kalau
asyik bercerita tentang sakit tentu sahaja membosankan sesiapa sahaja. Memanglah
kita ni manusia biasa, yang tidak sempurna mana, selalu sahaja sakit, demam,
batuk selsema, selalu sahaja ditimpa dengan masalah. Kalau bukan masalah
sendiri, barangkali masalah keluarga yang akhirnya terkait dengan diri kita
mahupon teman rapat yang punya masalah-masalah tersendiri. Saya sendiri senang
menjadi teman mendengar masalah teman-teman.
Kadang-kadang
mahu sahaja saya berkongsi dengan teman-teman tentang apa-apa pun mengenai diri
saya ini. Tetapi sampai suatu ketika seolah-olah saya mahu berkongsi pekong di
dada pula. Jadi biarlah saya berahsia sedikit ya. Biar kalian tertanya-tanya
sampai kalian menemui jawaban.
Bila
punya facebook, twitter buat saya jarang sekali menulis di sini. Ternyata masing-masing
punya kelebihan yang tersendiri. Biar saya aktif di facebook, atau
jarang-jarang di twitter, namun tidak mungkin saya meninggalkan blog saya yang
serba sederhana ini. Di sini saya mencurah segala rasa dan perasaan.
Oh,
saya sudah berpindah rumah. Dalam 2 tahun lebih, ini kali ke empat saya
berpindah rumah. Semuanya meletihkan dan membebankan. Biarlah ini kali terakhir
saya berpindah. Terima kasih kepada yang membantu saya berpindah rumah lewat 5
hari yang lepas. Semoga saya akan tenang dan terus bersemangat di sini. Kepada
En. Nasaruddin, saya mohon maaf kerana tidak dapat tinggal lebih lama di rumah
lama. Insyallah, tentu sahaja ada yang mahu menduduki rumah saya tinggalkan
itu.
Selamat
malam, sampai ketemu lagi.
No comments:
Post a Comment