Assalamualaikum.wkt
Hei kamu! Sila baca ini.
Orang kata pengalaman selalu
mendewasakan kita. Umur muda atau tua juga belum tentu mematangkan akal
fikiran. Kelebihan dan keistimewaan yang Allah s.wt jadikan manusia ini
berbeza-beza. Tentu sahaja, lahir dengan kelemahan juga. Semakin hari usia kita
meningkat, barangkali banyak juga yang telah kita lalui. Cabaran, dugaan, jatuh
bangun, perit getir dan onak duri. Ketika ini juga, setelah semuanya berlalu
banyak hal menjadi pengajaran berguna buat saya dan kita semua.
Semasa awal remaja, bukan hal
yang saya rancang! Menjadi seorang yang matang, bermisai, berkumis dan
berjanggut. Walaupun tidaklah setebal mana. Cuba untuk menjadi lebih dewasa
dalam segala hal. Menjadi serba tahu dan serba boleh mencuba. Saya kira bukan hanya
saya sahaja, tentu yang lain-lain juga. Penampilan yang matang itu mungkin akan
senang diterima oleh semua orang dan dalam banyak hal dapat menghalalkan tindakan
dan lebih bebas. Ternyata pada usia muda itu, saya mengejar untuk menjadi lebih
dewasa! Bonus apabila lahir dengan fizikal yang bertubuh besar. Tiada ada
apa-apa yang salah pun tentang itu.
Setelah beberapa tahun berlalu.
Semuanya berubah. Rambut yang hitam telah mula putih beruban. Ada teman yang
lain sudah mulai botak. Setiap hari misai dan janggut harus dicukur. Rambut
yang putih setiap minggu harus dihitamkan. Agar nampak lebih kemas dan cantik
dan langsung hati lebih bermotivasi. Semangat menjalani hari-hari yang
mendatang. Kalau lah boleh, masa itu dihentikan agar usia kita tidak berganjak
sedikit pun. Tanpa kedut di muka, uban di rambut atau lemak di perut. Tentu
sahaja bahagia. Tidak perlu memikirkan gaya atau stail. Tidak stress memikirkan
banyak hal. Alangkah ruginya semasa remaja kita berkejar-kejar untuk cepat
dewasa. Apabila dewasa kita cuba menyembunyikan usia kita. Bertanya tentang
umur juga menjadi sesuatu yang sangat sensitif. Ada juga yang selalu mengatakan
ada apa dengan umur? Hati tetap muda. Benar,
pentingnya adalah hati manusia itu sendiri yang harus sedar. Kesedaran yang
sebenarnya hidup kita ini hanya persinggahan dan sementara. Jalani hidup kalian
dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi.
1 comment:
Tetap yang satu, insha allah.....from family kembar tiga
https://danial3balqis.blogspot.com/
Post a Comment