Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman.
Apa khabar? semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat.
RM50? Kalau anda jumpa di dompet, nilainya tetap RM50. Kalau terjatuh di lantai, ia masih bernilai RM50. Walau dikeronyok, dipijak, atau kotor, nilainya tetap tidak berubah, masih RM50.
Apa yang berlaku tidak mengurangkan nilainya. Begitu juga dengan kita. Kadang-kadang kita diuji, dikecewakan, dikritik atau dilupakan. Ada masa kita rasa diri ini tidak dipedulikan. Orang sekeliling mungkin tidak nampak apa yang kita mampu buat. Potensi kita seolah-olah tenggelam dalam kebisingan dunia.
Tapi ingat apa yang berlaku pada kita tidak menentukan nilai sebenar kita. Jika dunia tidak nampak keistimewaan kalian, jangan cepat menilai diri sebagai tidak berharga. Mungkin kita cuma belum berada di tempat yang betul, belum bersama orang yang tepat, dan belum diberi peluang yang sesuai.
Jangan ubah siapa diri kalian semata-mata untuk diterima. Sebaliknya, cari ruang yang mengenal nilai. Cari persekitaran yang menyuburkan potensi kalian. Bergeraklah ke arah yang membawa kalian lebih dekat kepada erti sebenar diri kita.
Kerana walau dikeronyok atau dipijak, nilai kita tetap tinggi, jika kalian sendiri percaya padanya.
Sekian, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment