17 June, 2011

Temui Teman Lama.

Assalamualaikum semua. Jumpa saya lagi.

Terima kasih Facebook kerana saya telah temui teman lama saya di USM sekitar tahun 1999. Pernah dulu saya siarkan gambarnya.


















Masa merubah segalanya.

08 June, 2011

Saya Tidak Pernah Diajar Mencarut.

Salam buat teman-teman semua walau di mana jua kalian berada. Alhamdulilah.. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana ketika ini saya di dalam keadaan sihat walafiat dan semakin bersemangat setelah hampir 4 bulan saya bermastautin di Bandaraya Melaka Warisan Dunia ini. Yang telah meninggal pergi, akan terus saya doakan dan kenangi sampai akhir usia. Sepanjang tempoh ini, saya berkenalan dengan ramai orang. Dari kenalan di tempat kerja, pelajar sehinggalah teman sekitar taman. Masing-masing dengan kepelbagaian rasa dan perangai. Saya sebagai orang baru dan merantau ini, cuba untuk berkawan dengan semua orang. Saya manusia yang sederhana dan suka berbuat baik. Maaf kalau kalian akan menganggap saya sekadar memuji diri sendiri. Percaya atau tidak, itulah saya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi mengata orang tidak tentu pasal. Ibu dan arwah bapa saya tidak pernah mengajar saya bercakap kasar atau bermulut celupar. Sukar untuk saya mencarut membabi buta. Saya hormat kepada sesiapa sahaja, kerana bagi saya kita manusia sama di sisi Allah S.W.T. Manusia yang pelbagai ini akan sentiasa mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Saya akui, yang saya juga manusia yang lemah dan tidak sesempurna mana. Kadang-kadang saya juga melakukan kesalahan dan kesilapan. Kelembutan hati dan kejujuran saya kadang-kadang menyebabkan saya selalu di ambil kesempatan. Sukar untuk saya mentafsir hati dan niat seseorang. Semoga Allah S.W.T melindungi saya dari kejahatan manusia. Amin. :)

02 June, 2011

Hanya Pada Mu.

Alhamdulilah.. Bertemu kembali. Berkali-kali niat saya ingin menulis kembali di sini. Terlalu lama rasanya saya berdiam diri terus. Bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi ketika ingin mula menulis saya selalu terhenti dengan gangguan kerja. Buka dan sekadar hanya melihat teman-teman yang singgah lalu di sini. Sekadar menghantar gambar-gambar dan lirik-lirik lagu sebagai tanda yang ruang sempit ini saya kunjungi dan dikemaskini walaupun saya tidak berbicara.


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd Zulfahmee Ismail, Pegawai Kebudayaan dan Perlancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menjemput saya membuat persembahan di Malam Puisi Riong MBSA- Berita Harian pada 06-05-2011, di laman Budaya Shah Alam, Selangor. Maaf kerana baru sekarang saya berkesempatan mengucapkannya secara rasmi. Terima kasih juga kepada adik Amal (tingkatan 3) dari SMK Kepong, Frim, Selangor yang mengiringi saya pada malam itu dengan petikan gitar akustiknya.


Berbicara sekitar dua minggu lepas, Hati saya benar-benar teruji. Barangkali teman-teman juga mengerti. Catatan saya terdahulu, hanya sempat memaparkan gambar arwah. Bibir saya terkunci rapat, lidah saya kelu membisu. Pemergian seorang teman baik saya menyebabkan saya kesedihan dan kemurungan. Saya bukanlah seorang yang sukar untuk menerima kenyataan yang kematian itu adalah pasti. Tetapi pemergiannya mengejutkan. Semalaman juga saya berdoa, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Kerana janji, sesungguhnya arwah sahabat saya sehingga ke akhirnya. Alhamdulilah, saya lega kerana niat untuk ziarah ke pusara arwah tertunai juga walaupun selepas genap seminggu arwah meninggal dunia. Terlalu sebak dada dan pilu hati saya dipusaranya. Merenung kembali, berkawan dengan arwah, meningalkan kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat.


Al-Fatihah..



















22 May, 2011

Dalam Kenangan.


Allahyarham Muhammad Shaufi Shahaider.


10-01-1987
~ 21-05-2011

Al Fatihah..
Catatan saya yang terdahulu mengenai teman ini :

http://zachatta.blogspot.com/2008/04/salam.html

19 May, 2011

Siapa kita?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Minah Dibok, UiTM Melaka.

15 May, 2011

Malam Puisi Riong Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Berita Harian 2011.

Catatan Buat Bumiayu.

Ketika teman-teman,
Tersungkur, tersangkar, terpenjara di daerah duka,
Dibelenggu perasaaan teraniaya
Bersalah di atas dosa-dosa diri
Bergelumang di dalam ombak lautan kaca hitam berduri

Bumi yang di sana itu bergetar,
Meranap, menghancur, membelah,
Tembok batu berkecai,
Merobek hati-hati kecil,
Tiada lagi air mata,
Tiada lagi senyum tawa,

Ketika kita lena,
Membuai fantasi duniawi
Cerita sakit, perit dan pedih
Sengketa, derita,
Mengalir di sisi,

Apa guna punya teliga?
Tidak bisa mendengar, terusan pekak,
Apa guna punya mata?
Tidak melihat, memandang langsung memejam
Apa guna punya lidah, bibir di mulut
Terkunci rapat, kelu dan membisu?
Apa guna punya otak,
Senang -lenang buntu, membeku.

Pentas ini bukan tempat sekadar
Berkata-kata, berbicara
Pentas ini bukan tempat sekadar
Mengatur rentak, membuka langkah, menyusun bunga,

Pentas ini,
Medan untuk bersuara,
Pentas ini,
Medan untuk bercita-bercita
Pentas ini,
Medan untuk berjuang
Medan ini untuk mempertahan,

Biarkan pohonan hijau merendang nun jauh di sana
Biarkan kicauan burung melayang terbang
melagukan irama
Biarkan jernih sungai mengalir deras hingga ke kuala
Biarkan perbukitan gagah mencengkam alam maya
Biarkan embunan menitis suci membasah bumi

Pentas ini,
Bumiayu,
Bersujud aku,
Syukur kepada Allah yang satu,
Kita masih tetap di sini,
Meniti Bumiayu menanti hari-hari terakhir.

Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...