14 October, 2013

Perjalanan.

Assalamualaikum.wkt dan Salam Aidil Adha.

Saya mengharapkan kalian, sentiasa tenang dan senang di kala menyambut Hari Raya Aidil Adha esok. Saya biasa-biasa sahaja. Tentu sahaja ada yang bermain-main difikiran saya ketika lewat malam begini. 

Terima kasih kepada teman yang menghantar ucapan di wechat. Begitu mudah sekarang ini ya. Tidak perlu untuk membuat panggilan, sekadar mesej ringkas sahaja sudah cukup. Lewat dua hari ini tentu sahaja saya teruja untuk berjalan-jalan. Rencananya sudah lama, tetapi kerna kesibukan kerja dan sambutan segala hari menyebabkan semuanya tertunda. Nah.. walaupon harinya sudah sampai tiba saya lagi sibuk memikirkan apa sahaja keperluan yang mahu dibawa. 

Oh.. jangan marah saya. Ada kalanya saya begitu inginkan sendirian. Pasti kalian melihat saya sebagai melarikan diri. Janganlah kalian khuatir, saya sengaja menjalani hari-hari saya ini dengan serba kejutan dan menjalani pengalaman-pengalaman yang baru. Sesungguhnya inilah yang mendewasakan saya. Banyak berjalan, luas permandangan dan banyak pengalaman. ;)

Kesempatan yang lahir dari kejutan dan kerahsiaan ini membawa saya menemui teman saya yang berbulan-bulan saya tidak jumpa. Memang dari dulu pun tidak serapat ini, cuma masa yang memberi ruang dan kesempatan untuk lebih mengenal teman ini. Pengalaman bersama teman-teman ini memberi saya satu pemikiran dan kepercayaan yang lain. Biar saya sahaja yang mengetahuinya. Kesusahan dan kebergantungan antara satu sama lain sangat penting lebih-lebih lagi di tempat asing dan perantauan.

Oh.. maaf. Saya bukan penulis, tetapi saya menulis sekadar berkongsi cerita bersama teman-teman. nantikan coretan cerita dari saya. Tentu sahaja banyak yang ingin saya berkongsi bersama. Cuma cukuplah setakat ini sahaja. Sampai jumpa lagi.



06 October, 2013

Puisi Buat Teman.

Barangkali kamu terlalu sibuk
Tidak punya waktu untuk aku
Sehinggakan melupai aku
Sampai kamu menjauh

Apa lagi?
Sampai kapan harus bagini
Semudah itu melupai segala
Salah aku mendiam
Salah kamu terus membisu?

Doaku dalam diam
Buat mu teman yang menjauh

Jaga diri sampai pulang


Hai Teman!

Kalau asyik bercerita tentang sakit tentu sahaja membosankan sesiapa sahaja. Memanglah kita ni manusia biasa, yang tidak sempurna mana, selalu sahaja sakit, demam, batuk selsema, selalu sahaja ditimpa dengan masalah. Kalau bukan masalah sendiri, barangkali masalah keluarga yang akhirnya terkait dengan diri kita mahupon teman rapat yang punya masalah-masalah tersendiri. Saya sendiri senang menjadi teman mendengar masalah teman-teman.
Kadang-kadang mahu sahaja saya berkongsi dengan teman-teman tentang apa-apa pun mengenai diri saya ini. Tetapi sampai suatu ketika seolah-olah saya mahu berkongsi pekong di dada pula. Jadi biarlah saya berahsia sedikit ya. Biar kalian tertanya-tanya sampai kalian menemui jawaban.
Bila punya facebook, twitter buat saya jarang sekali menulis di sini. Ternyata masing-masing punya kelebihan yang tersendiri. Biar saya aktif di facebook, atau jarang-jarang di twitter, namun tidak mungkin saya meninggalkan blog saya yang serba sederhana ini. Di sini saya mencurah segala rasa dan perasaan.
Oh, saya sudah berpindah rumah. Dalam 2 tahun lebih, ini kali ke empat saya berpindah rumah. Semuanya meletihkan dan membebankan. Biarlah ini kali terakhir saya berpindah. Terima kasih kepada yang membantu saya berpindah rumah lewat 5 hari yang lepas. Semoga saya akan tenang dan terus bersemangat di sini. Kepada En. Nasaruddin, saya mohon maaf kerana tidak dapat tinggal lebih lama di rumah lama. Insyallah, tentu sahaja ada yang mahu menduduki rumah saya tinggalkan itu.

Selamat malam, sampai ketemu lagi.

Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...