02 January, 2019
25 December, 2018
Di Hujung Disember.
Punya mata tapi tidak melihat. Punya telinga namun tidak mendengar. Punya hati namun tidak cuba memahami.
Selamat Malam Dunia..!
19 December, 2018
Suka Duka Hujung Tahun 2018.
Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman.
Masa berlalu begitu pantas. Setiap hari berlalu dengan segala pengajaran. Ada suka, ada duka yang mengiringi hati dan lubuk jiwa saya. Alhamdulillah..sehingga ketika ini Allah SWT masih mengizinkan saya bernafas dan memberikan kesihatan yang baik. Saya mengharap kalian begitu juga.
Hujung tahun ini terlalu penat dan lelah, menjalani hari yang ada. Melangsaikan tanggungjawab yang telah direncanakan. Masih belum sempat bercuti. Maaf pada Mak di kampung, saya sudah jarang dan lama tidak pulang. Terima kasih kepada semua yang bersama-sama saya selama ini. Terima kasih kepada rakan serumah yang tetap bertahan sehingga akhirnya selamat berbahagia hendaknya.
Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya, serasa keluarga bagi saya yang merantau ini (biarlah di dalam hati sahaja), Boss yang memberi kepercayaan dan sokongan, anak-anak Kebudayaan KAG yang bersusah senang bersama beraktiviti dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan pujian dan bayaran. Saya percaya semua itu akan datang dengan sendirinya. Tanpa kalian semua siapalah saya yang serba kekurangan ini. Saya cuma manusia biasa yang serba tidak sempurna. Kalianla yang memberi semangat dan kekuatan untuk saya lebih kuat meniti hari-hari yang mendatang.
Anak - Anak Kebudayaan KAG
Sampai Jumpa Lagi.
Alhamdulillah, terima kasih di atas Anugerah Pentadbir Terbaik 2018, UiTM Cawangan Melaka.
18 December, 2018
17 October, 2018
22 September, 2018
Redha.
Oleh kerana di akhirnya pandangan manusia terhadap kita adalah berdasarkan apa yang mereka fikir dan rasa, maka tak perlu berlelah berlebih lebihan untuk tampak baik di mata manusia kerana redha manusia adalah tujuan yang tak pernah dapat kita capai.Cukuplah dengan redha Allah.
27 August, 2018
Hei! Sila Baca!
Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera pembaca yang terhormat.
Orang kata pengalaman selalu
mendewasakan kita. Umur muda atau tua juga belum tentu mematangkan akal
fikiran. Kelebihan dan keistimewaan yang Allah s.wt jadikan manusia ini berbeza-beza. Tentu sahaja, lahir dengan kelemahan juga. Semakin hari usia kita
meningkat, barangkali banyak juga yang telah kita lalui. Cabaran, dugaan, jatuh
bangun, perit getir dan onak duri. Ketika ini juga, setelah semuanya berlalu
banyak hal menjadi pengajaran berguna buat saya dan kita semua.
Semasa awal remaja, bukan hal
yang saya rancang! Menjadi seorang yang matang, bermisai, berkumis dan
berjanggut. Walaupun tidaklah setebal mana. Cuba untuk menjadi lebih dewasa
dalam segala hal. Menjadi serba tahu dan serba boleh mencuba. Saya kira bukan hanya
saya sahaja, tentu yang lain-lain juga. Penampilan yang matang itu mungkin akan
senang diterima oleh semua orang dan dalam banyak hal dapat menghalalkan tindakan
dan lebih bebas. Ternyata pada usia muda itu, saya mengejar untuk menjadi lebih
dewasa! Bonus apabila lahir dengan fizikal yang bertubuh besar. Tiada ada
apa-apa yang salah pun tentang itu.
Setelah beberapa tahun berlalu.
Semuanya berubah. Rambut yang hitam telah mula putih beruban. Ada teman yang
lain sudah mulai botak. Setiap hari misai dan janggut harus dicukur. Rambut
yang putih setiap minggu harus dihitamkan. Agar nampak lebih kemas dan cantik
dan langsung hati lebih bermotivasi. Semangat menjalani hari-hari yang
mendatang. Kalau lah boleh, masa itu dihentikan agar usia kita tidak berganjak
sedikit pun. Tanpa kedut di muka, uban di rambut atau lemak di perut. Tentu
sahaja bahagia. Tidak perlu memikirkan gaya atau stail. Tidak stress memikirkan
banyak hal. Alangkah ruginya semasa remaja kita berkejar-kejar untuk cepat
dewasa. Apabila dewasa kita cuba menyembunyikan usia kita. Bertanya tentang
umur juga menjadi sesuatu yang sangat sensitif. Ada juga yang selalu mengatakan
ada apa dengan umur? Hati tetap muda. Benar,
pentingnya adalah hati manusia itu sendiri yang harus sedar. Kesedaran yang
sebenarnya hidup kita ini hanya persinggahan dan sementara. Jalani hidup kalian
dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kepercayaan yang dikhianati.
Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...
-
Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman. Harus saya katakan semua penulisan saya ini adalah coretan dari hati yang tidak a...
-
Salam hormat pembaca yang budiman! Hidup ini tak pernah sunyi dari pandangan orang. Setiap langkah yang kita ambil, pasti akan ada mata yan...
-
Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman. Apa khabar? semoga kalian dalam keadaan sihat walafiat. RM50? Kalau anda jumpa d...











