Tentang Saya

My Photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

06 May, 2012

Festival Tari Tun Dr. Siti Hasmah 2012, Cyberjaya.


Program Integrasi Nasional Pertukaran Budaya 1 Malaysia UiTM Siri 4/2012.



Alhamdulillah selama mulai 18 April 2012 sehingga 24 April 2012 saya berada di Dungun, Terengganu menggringi pelajar saya menyertai Program Integrasi Nasional Pertukaran Budaya 1 Malaysia UiTM Siri 4/2012.

UiTM Cawangan Melaka. Johan bagi Pertandingan Tarian Zapin Asli yang disertai oleh 10 buah cawangan UiTM seluruh Malaysia.



Teman baru saya di UiTM Dungun, Terengganu. Bertugas sebagai pensyarah di UiTM Segamat, Johor.



Teman-teman seperjuangan yang bersama-sama mengiringi pelajar masing-masing dari setiap cawangan.

16 April, 2012

Makan Malam Kedai Along, Pengkalan.


Alhamdulillah. Selesai sudah makan malam bersama teman serumah. Kali pertama keluar makan malam di sini. Kebetulan, Jumaat lepas sarapan pagi bersama dengan Puan Azila dan Pn. Siti Halijah di sini. Sebenarnya mahu ke Kedai Kak Mai yang laluan sehala ke Tampin tu ( Mee Kari memang lazat). Tetapi sesat, maklumlah masing-masing baru je menetap di Alor Gajah, Melaka ini. Saya ke kedai ini pun baru je dalam 4 atau 5 kali. Itu pun semasa keluar makan bersama En. Ahmad Nizam (HEP) dan En. Mohd Helman (Kaunseling)

Malam ni saya memesan Nasi Goreng USA dan teman saya Nasi Goreng Sotong. Apa yang istimewanya sampai saya mahu menulis di sini? Erm.. Kalau kalian mahu tahu datang sahaja ke mari. Biarlah saya berahsia dan berteka-teki. Selamat malam semua.

Bakat JoHaRa - Syahiran

Saya Anak Malaysia

Saya Anak Malaysia