17 November, 2010

Salam Eidul Adha.

Ya Allah, telah munculnya Eidul adha yang penuh barakah ini. Engkau muliakan pembaca, teman-teman di blogku ini, berkati keluarganya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, ampuni segala dosanya, suburkan benih keimanan dengan penuh pengorbanan dan rasa kasih sayang serta takwa kepada Mu. Salam Eidul adha buat kalian walau di mana jua berada.

Dondang Sayang

[Perempuan]
Limau lelang di tepi lubang
Petik benihnya di hujung dahan
Harimau garang duduk menyangkung
Kalau kau berani, lalu di depan

[Lelaki]
Angkut-angkut membuat sarang

Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati

[Perempuan]
Tinggi, tinggi rumah Chek Long

Di bawahnya dibuat kedai kain
Alangkah bisa ular tedung
Bolehkah di tangkap buat main?

[Lelaki]
Tinggi tinggi rumah Chek Long,

Dibawahnya dijual air pokok,
Gua tak takut ular tedung,
Kerana gua ular senduk.

Api-api sepanjang pantai
Nibung terlentang di Tanjung Tuju,
Niat di hati jikalau sampai
Niat cantik tentu tertumbuh

Orang kaya bersuka-suka
Membuang wang tiada berhingga
Kesian miskin apakah daya
Tiada makan tiada belanja

*Pantun ini dilagukan dalam Dondang Sayang

Bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah (12-11-2010 hingga 13-11-2010)













































































































































































09 November, 2010

Selamat Pengantin Baru! Semoga Berbahagia Hingga Kekal ke Akhir Hayat. (Rizal Mutalib dan Suhaizan Zamri)

Direnjis-renjis dipilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur
disirami air mawar

Duduk muda sejoli
atas pelamin berseri
dihias intan baiduri
sebagai raja sehari

ulang # (2x)

Lepas duduk bersanding
jalan rapat berganding
salam bersalam keliling
sambil mata menjeling

ulang #

Riang pengantin barugurau senda bercumbu
aman damai selalu
samai ke anak cucu

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...