27 July, 2009

Tonton Teater 'Menanti Perang Berakhir' - Arahan dan Olahan : Kamarul A.R, Skrip Asal : Muhaimin Sulam. (25-07.2009)


Kesempatan yang panjang setelah siangnya saya menghabiskan masa di FRIM, Kepong dan Selayang Mall sampai lewat petang. Tidak dirancang pun untuk saya dan teman-teman menonton teater pada malam itu. Semuanya di saat akhir. Benar kad jemputannya pernah sampai dan seorang teman (Az Rai) selalu sahaja menghantar pesanan ringkas bertanyakan pergi atau tidak. Namun sukar juga saya membuat keputusan dengan masa-masa yang terdesak dan kesuntukan. Sehinggala akhirnya nekad untuk pergi. Bermacam-macam rintangan juga untuk sampai dewan tonton. Lupa pada malam itu pasukan Bola Sepak Selangor beraksi di Stadium Shah Alam. Kami terkandas di simpang-simpang jalan bersama-sama peminat fanatik bola sepak. Berdebar-debar juga sama ada sempat atau tidak. Sehingalah sampai sesat ke Seksyen 15 kerana lama benar saya tidak bertandang ke Bandaraya Shah Alam ini lebih-lebih lagi bila menjelang malam. Jam 9.00 malam saya telah duduk dan menyaksikan persembahan teater ini.

Sedikit kritikan tentang ‘Menanti Perang Berakhir’. Saya bukanla profesional, tetapi inilah subjek major saya di Universiti Tekonologi MARA. Penyarah saya Faisal Tehrani. Sewaktu di Universiti Sains Malaysia, dia kenalan saya ketika berselisih menghadiri kuliah penulisan dengan penulis/pengarang Shahnon Ahmad. Terus, mana mungkin saya boleh berdiam diri melihat aksi-aksi dan limpahan emosi yang hampir keterlaluan itu. Lama benar saya tidak menyaksikan teater secara langsung kerana sengkangan kerja dan masa. Mulanya saya berdebar-debar, kemudian saya rasa biasa-biasa sahaja, terus saya mulai merasa bosan sedikit. Saya faham naskah yang sebegini tidak akan mengundang keseronokan. Namun sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mesej-mesej dari penulis.

Tidak sempurna. Ada beberapa watak yang agak melepaskan dialog tanpa perasaan. Skrip seolah-olah dibaca begitu sahaja. Saya bukan menuntut kesempurnaan, namun eloklah sekirannya dipertimbangkan beberapa perkara tentang konsep persembahan serta pemilihan pelakon dibuat sebenarnya-benarnya. Pujian untuk pelakon wanita utama yang tentu sahaja berjaya dengan cemerlang dengan watak dan perwatakannya. Agak aneh melihat pelakon bertukar pakaian sambil melipat pakainnya di atas pentas kemudian terus dengan lakonan yang berbeza situasinya. Elok sahaja lakukan di tepi tirai. Juga produksi sepatutnya menggunakan tutupan tirai untuk menyusun set ketika babak di luar sisi pentas. Mata penontong tetap di tengah pentas. Yang menonton tentu sahaja mengerti apa yang saya katakan. Syabas kepada semua.

Saya pulang lewat malam itu.


Selamat Malam.
































































14 comments:

mamai said...

dahsyat tu tengok teater aku terigin nak tengok teater juga

zachatta said...

Susahnya nak cari teman-teman yang punya hobi yang sama "menonton Teater' :)

Jom, bila-bila..

Teratakerapung said...

photo saya pun ada jugak. terima kasih datang menonton.

Anonymous said...

Terima kasih. Hadir menonton kerana dipaksa menonton atau... apapun, sesuatu karya yang dipentaskan, itulah yang perlu diakui kerana bukan semua yang terhidang akan memuaskan setiap jiwa yang hadir menonton. Tetapi percayalah pabila kita terus mendekatinya, ia akan tetap dekat dan terjawab segala apa yang menjadi kesangsiannya... Teater Memanusiakan teater. Begitukan?.

zachatta said...

Sama-sama. Terima kasih

Anonymous said...

Hai Teratakerapung anda ke yang macam membaca tu? HeHeHe. Perang belum berakhir juga...

Anonymous said...

Dalam teater ni hanya Rosli Rahman Adam dan Emma Akma yang buka dan tukar pakaian luar yang masih ada pakaian dalam untuk babak yang berikutnya, apa salahnya... Teater ni ada 3 scene, scene flashback... logiknya, pentas tidak eluk dibiarkan kosong dan teknik inilah yang terbaik untuk teater bentuk ini?

Susahlah zachatta, ilmu tu pengarah dapat daripada Dr. Zainal Latiff, pensyarah di USM?.

Kalau teater Inggeris yang buka-buka hingga ke aras yang menggairahkan tu tak apa??? Tak apalah, saya perlu belajar dari saudara...

zachatta said...

Salam. Maksud saya sebelum ini bukan adegan buka membuka pakaian seperti yang saudara maksudkan.. Tetapi pertukaran pakaian yang dilakukan seorang pelakon di hadapan pentas sambil melipat kemas, sepatutnya tidak diketahui oleh penonton. Kemudian pelakon itu terus sahaja berlakon. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk pelakon bertukar/bersalin pakaian di belakang untuk babak yang seterusnya. Namun saya percaya ada pendekatan lain yang harus difikirkan bersama. Saya percaya bukan mudah teks ini diangkat menjadi persembahan pentas. Bukan semua dapat ditunjukkan dengan jelas seperti naskahnya yang asal. Terima kasih kerana respon kalian.

zachatta said...

Teratakerapung hebat.. Walaupun sekadar pelakon sampingan.

Anonymous said...

Memang teratakerapung hebat. Malangnya Kak Mazz komen dah jujur. Dia kata, Datuk Jalaluddin Hassan saja yang hebat? Buta ke mata si Kak Mazz ni.. Dia nampak lawa... bolehlah bawa masuk team ppsb

zachatta said...

Salam. Kak Mazz mana pula ni? Berkenaan dengan Dato' Jalaluddin Hassan.. Persembahan beliau tiada yang luar biasa pun. Bukan tidak hebat. Cuma wataknya yang sebegitu tiadalah lebih dari sekadar pencerita atau narator. Pilihla sesiapa sahaja, mungkin akan sama hebat. Pemilihan beliau tentu sahaja kerana pembawakan diri serta populariti beliau. Hebat di mata Kak Mazz belum tentu di mata-mata lain yang melihat. Namun tidaklah saya menidakkan kepercayaan Kak Mazz itu. Salam.

Anonymous said...

Saudara Hatta,
Kak Mazz kata dia pernah berlakon di UiTM dulu...

Dan dia kata, dia hadir menonton MPB pada malam ketiga pementasan (Hari Sabtu malam Minggu)

Dan dia kata, teater MPB hanya Dato' Jalaludin sahaja yang OK. Yang lain tak OK. Kesian pelakon-pelakon lain tu... komen dia tak adil. Tak kanlah kawan-kawan Hatta seperti Milyana, Nazri, Mior, Mansor, Shahrul Nizam, Halim 'gagal' bawa watak mereka dalam pementasan itu?

Nak tahu komen, kak mazz pergi ke blognya http://mass.nasyeed.my klik menanti perang berakhir - menonton teater.

Kalau boleh, saya nak bawa dia jumpa Pengarah teater ni, Encik Kamarul AR.

zachatta said...

Salam. Saya tidak mengenali siapa Kak Mazz yang dimaksudkan. Saya telah membaca tulisan dan kritikan beliau di dalam blog tersebut. Pada pandangan saya, tulisan dan kritikannya sekadar pandangan dari fikirannya semata-mata yang berlandaskan pengetahuannya sebagai pelakon teater (di UiTM)tetapi bukan sebagai seorang yang profesional. Saya mendengar tetapi saya tidak akan mudah percaya apa pun yang diperkatakan oleh beliau. Teman-teman saya seperti Milyana, Halim, Meor, Nazri semuanya memberi lakonan yang baik. Janganlah kerana mereka tidak popular kita menidakkan kehebatan mereka. Walaupun sekadar pelakon sampingan.

Pada pandangan saya Kak Mazz belum lagi layak untuk diberi tanggungjawab sebagai cikgu di dalam PPSB. Biarkan beliau terus bergiat. PPSB tidak melihat kepada muka yang cantik atau tulisan/ kritikan yang belum tentu benar dan betul dari mata-mata lain yang memandang. Melihatla dari mata hati..

Anonymous said...

Nasib kaulah Kak Mazz, kena kau dari Hatta?...

Usahkan PPSB, nak dijadikan calon isteri pun susah nak dipertimbangkan. Kerana apa?... Kerana dia tidak jujur?...

Kalau dia ke PPSB, teruk dia kena godam dik PN?.

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...