26 June, 2009

Lamanya Tidak Menulis.

Selamat Sejahtera. Bertemu kembali..Banyak perkara yang ingin katakan sehingga sampai ketika saya berfikir.. dan akhirnya terus saya lupakan. Ya setelah dipertimbangkan secara rasional, walaupun saya tetap menyatakan yang emosi itu penting agar saya tidak dirasakan tidak punya perasan. Em.. beberapa minggu lepas, rakan sekerja saya yang saya anggap kakak telah dinaikan pangkat dan mulai 1 Julai 2009 beliau akan berpindah. Sedih bukan? Pernah saya juga saya terfikir untuk turut mengisi borang berpindah. Tetapi saya percaya GB saya tidak akan menyokong perpindahan saya ini. Saya bukan la orang besar, tetapi saya orang yang kuat bekerja. Ramai juga yang mengerti perasaan saya memujuk-mujuk saya terus bekerja di sini. Entahla.. mungkin dalam masa yang terdekat ini saya akan berfikir tentang ini.

Sesekali saya pun baran. Entahla.. remaja-remaja di Bandar Puncak Alam ini masih ada yang kurang ajar. Bukan sekali dua kenderaan saya di usik (dengan niat jahat). Saya tidak mahu bercerita tentan rempit atau samseng jalanan. Hanya itu! Barang kali anda tidak punya wang.. Kalau ya, tiada wang.. anda perlu kuat bekerja. Kalau fikir anda tidak pandai untuk memohon kerja yang bagus-bagus, ya kerja sahaja apa pun. Rezeki yang halal. Jangan menyusahkan orang lain yang punya itu dan ini tetapi tidak anda.. Awas!! Anda sentiasa saya perhatikan! Menyakitkan hati sahaja. Ini pun buat saya tidak senang duduk di Bandar Puncak Alam ini.

Bercerita ziarah di Hospital Sungai Buloh.. Buat pengetahuan semua abang ipar saya masih ditidurkan dan ditempatkan di Wad ICU. Keadaannya byat masa ini memang tidak stabil. Takut juga melawat ke hospital yang menyimpan ramai pesakit virus sensasi tu. Ahad ini saya akan melawatnya setelah berakhirnya Karnival Kebajikan SKPA(2) 28-06-2009. Buat penduduk Bandar Puncak Alam jangan lupa bertemu saya di gerai ice cream & popcorn! Membeli sambil Menderma!

Buat teman saya di Bentong, rancangan saya ke sana minggu ini masih agak samar-samar lagi. Em.. sibuk benar saya.. Jika saya punya masa insyaallah saya akan sampai.

Terima kasih buat teman saya yang mengunjungi saya baru-baru ini. Lama benar saya tidak jumpa. Lama juga tidak berjumpa dengan abangnya. Jaga diri baik-baik. Sampai ketemu lagi. Selamat malam semua.











18 June, 2009

Syair Tak Tercapai Akal Insani. Karya : Zurinah Hassan

Marilah kita bertafakur,
Luas alam tidak terukur,
Berputar cakerawala dengan teratur,
Segala kejadian tunduk dan akur,

Lihat langit seperti bumbung,

Bulan bintang bagai terapung,
Bintangnya banyak tidak terhitung,
Dalam edaran tidak bertembung,

Burung dan serangga pelbagai warna,

Dengan tekun sarang dibina,
Namun teguh seperti istana,
Kita memandang terpesona,

Dari gunung setitis air,

Mencipta sungai terus mengalir,
Batu yang keras menjadi pasir,
Maknanya dalam jika ditafsir,

Lihatlah bijian halus dan kering,

Jatuh ke tanah dibawa angin,
Dari benih hanya sekeping,
Menjadi pohon tumbuh beranting,

Di waktu siang suria memancar,
Bila malam bulan bersinar,
Hari berganti minggu bertukar,
Supaya kita insaf dan sedar,

Takjublah lagi kejadian diri,

Setitis darah sedenyut nadi,
Tak terjangkau akal insani,
Segalanya dalam ilmu Ilahi,

Segala pohon menjadi kalam,

Segala lautan dakwat yang hitam,
Tidak tertulis tidak terakam,
Ilmu Allah luas dan dalam,

Walaupun manusia diberi akal,

Ilmu dikurnia hanyalah dangkal,
Jika tidak bertawakal,
Sesat hujung hilanglah pangkal,

Alam menyimpan hikmah dan rahsia,

Tiap kejadian tak sia-sia,
Allah menjadikan kita manusia,
Untuk berbakti sepanjang usia,

Kita ini umpama tetamu,

Di atas dunia tempat bertemu,
Umat terbaik antara kamu,
Yang bertakwa dan berilmu,

Bila ajal sampai diambang,

Ke negeri abadi kita pun pulang,
Bagai pohon rebah dan tumbang,
Meningalkan buah untuk ditimbang.


Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...