16 September, 2008

Kalian Sentiasa Dalam Ingatan (2000-2003)





Nota Ringkas (2)

Salam.Bertemu kembali. Saya memohon maaf kepada teman2 yang menunggu saya di perjumpaan berbuka puasa pada petang itu. Atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat bertemu kalian semua. Terima kasih kepada teman yang terus sahaja menghubungi saya untuk mengetahui kehadiran saya. Kepada pihak penganjur (Jess@Ajaq) syabas diucapkan kerana sekurang2nya berjaya menyatukan teman2 yang telah lama tidak berjumpa. Kalau ada umur panjang, pasti kita akan bertemu juga.

Wah.. Cikgu Mat marah benar dengan saya.. Jangan lupa pergi kelas yang telah lama tidak dihadiri itu. Sampaikan salam saya pada Lan di UPSI itu. Kalau singgah di rumah ayahda di Tanjung Malim itu kirim salam pada mereka ya. Lama tidak ke sana..

Beberapa hari sebelum itu, saya menerima pesanan ringkas dari kawan lama (asal Kelantan) yang telah terputus. Bukan sengaja, tetapi kerana telefon bimbit saya hilang awal tahun ini, jadi teman ini semacam dilupakan. Syukurlah kerana teman ini menghubungi saya lewat hujung minggu ini. Kalau ada peluang insyallah saya akan datang ke sana juga.Semoga kita jumpa lagi.


Lewat malam tadi sempat menghubungi Ariff yang berada di Felda Mempaga. Susah juga untuk menghubungi orang yang sedang sakit. Bimbang sekiranya menganggu waktu rehatnya. Ternyata sangkaan saya silap, hari ahad lepas Ariff telah pulang dari Hospital Temerloh. Alhamdulillah.. Barangkali sudah tidak membimbangkan. Elok la begitu. Saya doakan semoga anda cepat sembuh..

Tahniah juga kepada teman yang baru mendapat cahaya matanya yang pertama (Angah@Fazil).

Sudah 16 hari berpuasa. Macam2 rasa di dalam diri saya. Semoga saya tetap iman sampai tiba waktu berbuka. Terima kasih banyak kepada semua yang sentiasa mengikuti perkembangan saya. Jaga diri kalian
baik2. Salam.




Nik namanya..

12 September, 2008

Nota Ringkas.


Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera. Bertemu kembali di Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Maaf, lama benar saya tidak menulis di sini. Semuanya kerana tidak punya masa dan agak keletihan. Diruang yang sesingkat ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi juga dari mengawal pandang, mengawal percakapan dan menahan perbuatan/tingkahlaku. Sabar ya menanti petang berbuka.


Kepada teman2 lama yang telah lama tidak berjumpa, insyallah sekiranya saya punya masa kita akan bertemu juga di perjumpaan itu ya. Kalau tidak, janganla marah saya tetap mengingati kalian. terima kasih banyak2 kepada teman2 yang dari mula sudah memujuk2 untuk saya hadir ke perjumpaan itu. Emm.. Bimbang juga saya untuk bertemu dengan teman2 yang Glamour ini. Dunia yang semakin lama sudah saya tinggalkan. Yang ada cuma kenangan..


Kepada Ariff di Hospital Temerloh, Semoga anda kuat semangat dan semoga cepat sembuh. Semoga juga kita dapat berjumpa lagi.. Terima kasih kepada Cikgu Mat yang menyampaikan perkhabaran ini.. Bersabarla.



Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...