01 December, 2011

Persembahan Dalam Program Muzika Bersama Datuk Bandar Shah Alam (Laman Budaya, 29-10-2011)


Nite Run (Tribute To Palestine) Pusat Sukan, UiTM Shah Alam, Selangor. (28-11-2011






























































Berdiri, Berlari, Langkah Untuk Damai – Palestin.


Tanah itu,
Dari dulu,
Berkisar sama,
Sejarah,
Cerita tentang penjarah,
Cerita tentang penjajah,
Cerita tentang berang, Serang dan Perang
Kemarahan yg terus bermula dan bermula
Bagi membagi
Yang itu dan ini
Antara muslim dan Israel
Kematian Syahid dan berani mati
Nanah, parah, berdarah..


Hujan peluru membasah dada bumi,
Banjir merah bah,
Berombak mengalun derita sedih, perih dan pedih
Gugur, terkorban
Bangkitlah!!
Bangkitlah!!
Peletin,
berakit..


Bumi itu,
Tanah Tumpah Darah Mu
Biar seribu Tahun Lagi dirimu terpenjara
Biar seribu Tahun Lagi Dirimu terseka
Biar seribu Tahun lagi menangung derita


Malam ini
Berdiri, berlari,
langkah aku masih lagi mampu untuk kamu,
langkah aku masih lagi jitu juga untuk kamu
langkah ini demi jiwa nurani insani,
aku sedar langkah mu lebih perit,
lebih sakit
jiwa ditindas kerana mereka yang tidak pernah malu itu
mengaku bahawa tanah air mu bukan milikmu..


Malam ini semua diatur
Agar dunia tahu
Berdiri, Berlari, Langkah ini demi kebenaran yang Satu
Menjulang menyanjung mereka yang pergi dahulu
Doa untuk Baitulmuqadis agar terus kukuh, teguh di situ.


Angin malam
Bawakan langkah ini ..
Seperti menderap di tanah itu.
terus kukuh di situ
ikhlas beribu kaki bergerak terus laju,
moga anak-anakmu tahu asal usulmu.

30 August, 2011

Buat Teman Jauh. (Gombak - Bilut, Sungai Buloh - Kokdiang)

Dari mula kita bertemu, berkenalan sehingga saat kita berpisah. Jarang sekali kita bertemu kembali dan barangkali kita tidak mungkin akan bertemu kembali. Oleh itu, di bulan yang barakakh yang penuh dengan kenikmatan ini, andai bicara saya mengusik jiwa, andai perlakuan saya menyakit hati, biarlah dosa sebesar zarah sekalipun. Saya dengan hati yang ikhlas, setulus suci melutut merendah diri, menghulur tangan, berjabat salam, memohon kemaafan. Dosa2 yang langsung atau diluar kesedaran dan kawalan saya. Harap diri ini dimaafi, mohon peluang menyuci diri. Andai saya berhutang, belum terlunas, mohon disampai, mungkin terlupa, beri masa untuk dilangsaikan. Andai kata dihalalkan amatlah saya hargai. Terima kasih. Apa sahaja kesalahan kamu telah saya maafkan sejak dulu sehingga saya ke akhir hayat. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

29 August, 2011

Salam Kemaafan

alhamdulillah, telah hampir sebulan berpuasa. di akhir bulan ramadhan yg terakhir ini, sya menyusun jari sepuluh, menghulur tngan, mengukir senyum dibibir, dengan hati yg ikhlas, memohon ribuan kemaafan zahir dan batin di atas kesalahan, kekasaran tutur kata, terlebih lebihan sepanjang perkenalan/ perhubungan bersama teman semua. Sesungguhnya sya insan yg lemah dan tidak sempurna mana. Salam Aidilfitri buat semua walau di mana jua berada. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

10 August, 2011

Cerita Tentang Hilang.

Barangkali pergi dan kehilanganya teman itu adalah suatu rahmat. Ternyata semenjak ketiadaannya, hubungan antara kami retak dan membelah. Berkali-kali saya cuba untuk menyelamatkan keadaan. namun tetap gagal. Saya tidak tahu di mana silapnya. Siapa yang bersalah dan mengapa harus saya dipersalahkan. Atau mengenal dia yang hilang dan dia adalah kesalahan besar.
Bulan Ramadhan sangat mengingat saya tentang dia yang hilang. menjadi kenangan bersama berbuka puasa. Itulah kali terakhir saya melihat wajah, senyum dan rayu dia yang hilang terus meninggalkan saya. Terbayang-bayang menjadi kenangan. Kini dia yang hilang telah hilang dan dia juga tetap menghilang. Kini lebih terasa bila semuanya pergi bersama hilang.
(Syawal itu dia tiada jumpa, merajuk kerana saya tidak menuruti kata-katanya - Maafkan saya, kalau la saya tahu itulah kali terakhir bagi mu..)

02 August, 2011

Selamat Berpuasa!

Sabda Rasullah S.A.W '' Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T. nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu '' Selamat Berpuasa untuk semua teman walau di mana jua berada!






17 June, 2011

Temui Teman Lama.

Assalamualaikum semua. Jumpa saya lagi.

Terima kasih Facebook kerana saya telah temui teman lama saya di USM sekitar tahun 1999. Pernah dulu saya siarkan gambarnya.


















Masa merubah segalanya.

08 June, 2011

Saya Tidak Pernah Diajar Mencarut.

Salam buat teman-teman semua walau di mana jua kalian berada. Alhamdulilah.. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana ketika ini saya di dalam keadaan sihat walafiat dan semakin bersemangat setelah hampir 4 bulan saya bermastautin di Bandaraya Melaka Warisan Dunia ini. Yang telah meninggal pergi, akan terus saya doakan dan kenangi sampai akhir usia. Sepanjang tempoh ini, saya berkenalan dengan ramai orang. Dari kenalan di tempat kerja, pelajar sehinggalah teman sekitar taman. Masing-masing dengan kepelbagaian rasa dan perangai. Saya sebagai orang baru dan merantau ini, cuba untuk berkawan dengan semua orang. Saya manusia yang sederhana dan suka berbuat baik. Maaf kalau kalian akan menganggap saya sekadar memuji diri sendiri. Percaya atau tidak, itulah saya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi mengata orang tidak tentu pasal. Ibu dan arwah bapa saya tidak pernah mengajar saya bercakap kasar atau bermulut celupar. Sukar untuk saya mencarut membabi buta. Saya hormat kepada sesiapa sahaja, kerana bagi saya kita manusia sama di sisi Allah S.W.T. Manusia yang pelbagai ini akan sentiasa mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Saya akui, yang saya juga manusia yang lemah dan tidak sesempurna mana. Kadang-kadang saya juga melakukan kesalahan dan kesilapan. Kelembutan hati dan kejujuran saya kadang-kadang menyebabkan saya selalu di ambil kesempatan. Sukar untuk saya mentafsir hati dan niat seseorang. Semoga Allah S.W.T melindungi saya dari kejahatan manusia. Amin. :)

02 June, 2011

Hanya Pada Mu.

Alhamdulilah.. Bertemu kembali. Berkali-kali niat saya ingin menulis kembali di sini. Terlalu lama rasanya saya berdiam diri terus. Bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi ketika ingin mula menulis saya selalu terhenti dengan gangguan kerja. Buka dan sekadar hanya melihat teman-teman yang singgah lalu di sini. Sekadar menghantar gambar-gambar dan lirik-lirik lagu sebagai tanda yang ruang sempit ini saya kunjungi dan dikemaskini walaupun saya tidak berbicara.


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd Zulfahmee Ismail, Pegawai Kebudayaan dan Perlancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menjemput saya membuat persembahan di Malam Puisi Riong MBSA- Berita Harian pada 06-05-2011, di laman Budaya Shah Alam, Selangor. Maaf kerana baru sekarang saya berkesempatan mengucapkannya secara rasmi. Terima kasih juga kepada adik Amal (tingkatan 3) dari SMK Kepong, Frim, Selangor yang mengiringi saya pada malam itu dengan petikan gitar akustiknya.


Berbicara sekitar dua minggu lepas, Hati saya benar-benar teruji. Barangkali teman-teman juga mengerti. Catatan saya terdahulu, hanya sempat memaparkan gambar arwah. Bibir saya terkunci rapat, lidah saya kelu membisu. Pemergian seorang teman baik saya menyebabkan saya kesedihan dan kemurungan. Saya bukanlah seorang yang sukar untuk menerima kenyataan yang kematian itu adalah pasti. Tetapi pemergiannya mengejutkan. Semalaman juga saya berdoa, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Kerana janji, sesungguhnya arwah sahabat saya sehingga ke akhirnya. Alhamdulilah, saya lega kerana niat untuk ziarah ke pusara arwah tertunai juga walaupun selepas genap seminggu arwah meninggal dunia. Terlalu sebak dada dan pilu hati saya dipusaranya. Merenung kembali, berkawan dengan arwah, meningalkan kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat.


Al-Fatihah..



















22 May, 2011

Dalam Kenangan.


Allahyarham Muhammad Shaufi Shahaider.


10-01-1987
~ 21-05-2011

Al Fatihah..
Catatan saya yang terdahulu mengenai teman ini :

http://zachatta.blogspot.com/2008/04/salam.html

19 May, 2011

Siapa kita?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Minah Dibok, UiTM Melaka.

15 May, 2011

Malam Puisi Riong Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Berita Harian 2011.

Catatan Buat Bumiayu.

Ketika teman-teman,
Tersungkur, tersangkar, terpenjara di daerah duka,
Dibelenggu perasaaan teraniaya
Bersalah di atas dosa-dosa diri
Bergelumang di dalam ombak lautan kaca hitam berduri

Bumi yang di sana itu bergetar,
Meranap, menghancur, membelah,
Tembok batu berkecai,
Merobek hati-hati kecil,
Tiada lagi air mata,
Tiada lagi senyum tawa,

Ketika kita lena,
Membuai fantasi duniawi
Cerita sakit, perit dan pedih
Sengketa, derita,
Mengalir di sisi,



Apa guna punya teliga?
Tidak bisa mendengar, terusan pekak,
Apa guna punya mata?
Tidak melihat, memandang langsung memejam
Apa guna punya lidah, bibir di mulut
Terkunci rapat, kelu dan membisu?
Apa guna punya otak,
Senang -lenang buntu, membeku.

Pentas ini bukan tempat sekadar
Berkata-kata, berbicara
Pentas ini bukan tempat sekadar
Mengatur rentak, membuka langkah, menyusun bunga,

Pentas ini,
Medan untuk bersuara,
Pentas ini,
Medan untuk bercita-bercita
Pentas ini,
Medan untuk berjuang
Medan ini untuk mempertahan,

Biarkan pohonan hijau merendang nun jauh di sana
Biarkan kicauan burung melayang terbang
melagukan irama
Biarkan jernih sungai mengalir deras hingga ke kuala
Biarkan perbukitan gagah mencengkam alam maya
Biarkan embunan menitis suci membasah bumi

Pentas ini,
Bumiayu,
Bersujud aku,
Syukur kepada Allah yang satu,
Kita masih tetap di sini,
Meniti Bumiayu menanti hari-hari terakhir.

07 April, 2011

Cerita Tentang Siapa ini?

Pandang langit dan pejam mata....
Bila awak senyum kat lelaki lain, saya anggap awak senyum kat kawan awak je.. Tetapi bila saya tengok perempuan lain, awak terus cubit saya..
Bila ada perempuan lain call saya, apatah lagi kalau saya yang call perempuan lain, saya terus beritahu awak, bukan untuk buat awak cemburu, tetapi saya tak sedap hati nak belaku curang kat awak..
Tapi bila awak call lelaki lain, awak tak pernah pun beritahu saya, kalau lelaki yang call awak, lagi la awak tak akan beritahu.
Bila awak call saya waktu saya mengantuk, saya terus je terjaga, terus hilang mengantuk.. Tapi, bila saya call awak waktu awak mengantuk, awak cakap awak nak tidur lepas tu terus letak telefon.. Kadang-kadang awak cakap sambil mamai je.. saya tunggu je.. tengok-tengok awak dah terlena
Bila awak nak pakai duit, awak cakap je nak berapa, kalau saya ada, terus saya bagi, kalau tak ada, kad bank lagi saya bagi.. Semua nombor pin bank saya awak tahu..
Tapi, kalau awak, saya ajak keluar pun, awak dah cakap takde duit, belum lagi saya cakap suruh awak belanja..
Bila awak cakap nak makan pizza, saya suruh awak tunggu kat tempat biasa, saya sanggup batalkan berkaraoke dengan kawan-kawan..
Tapi bila saya cakap, tolong belikan nasi, sebab saya tak larat nak keluar, awak cakap, “oh, tidak”.. Bila awak ajak saya keluar, walaupun esok pagi-pagi saya ada mesyuarat pun saya sanggup keluar lagi.. Tapi bila saya ajak awak keluar, awak cakap awak nak duduk kat bilik je, tak larat..
Bila saya nak sambut birthday awak, awak tidur, langsung awak tak hargai.. Tapi bila birthday saya, seharian awak tak contact saya.. Bila, saya tegur awak, awak selalu cari kesalahan saya nak tutup kesalahan awak.. Tapi bila awak marah saya, saya diam je, walaupun saya tak salah.. Bila saya buat salah, saya akan minta minta ngaku salah saya.. Tapi bila awak wat salah, saya juga yang akan mintak minta maaf.. Bila kawan saya call depan awak, saya cakap kejap je, tak nak awak terasa.. Tapi bila kawan awak call, awak boleh je biarkan saya tunggu awak sejam..
Bila awak call masa saya tengah cakap phone, saya terus putuskan talian, angkat awak call.. Tapi, bila saya call masa awak ngayut, awak biarkan je saya kat talian lama-lama.. Bila awak call masa saya buat kerja, saya terus berhenti buat kerja..
Tapi, bila saya call awak masa awak buat kerja, awak cakap macam nak tak nak je, apa lagi kalau nak awak berhenti buat kerja..
ihsan : Blogger Crew

17 March, 2011

Mengapa Manusia Suka Berpura-Pura?

Kenapa manusia harus menjadi seorang munafik? terkadang mengingkari hati dan perasaan sendiri, mengingkari keyakinan dan mengkhianati diri, hanya untuk sebuah pengakuan. Ingin diakui dunia, ingin dihormati, ingin disanjung, hanya itu tidak lebih. Tapi kenapa terkadang manusia melakukan itu dengan membuang rasa malu hingga kehilangan harga diri. Kenapa harus mengkhianati hati nurani dan menjadi seorang pecundang? hanya untuk sebuah pengakuan duniawi yang sebenarnya fana? Kenapa sampai melupakan bahwa Tuhan itu ada dan tidak tidur? Adakah semua itu menjadikan hidup ini bahagia? Ah semua pertanyaan yang hanya kita sendirilah yang bisa menjawabnya, menjawab untuk diri sendiri. tak terkecuali saya..

27 February, 2011

Minggu Pecah Belon (Kelakar Bukan..?)

Alhamdulillah.. Walaupun kadang-kadang saya dihimpit oleh kesibukan bertugas namun sempat juga saya menulis di sini. Memang benar sepanjang minggu lalu, pelbagai program di sini berlangsung. Tinggal lagi saya mahu hadir atau tidak. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang menjemput saya dengan kad yang hadir di pejabat saya.
Minggu ini saya masih belum menyelesaikan tugasan Pecah Belon. Kelakar bunyinya tetapi tetapi tindakannya sangat bermakna. Dalam bahasa yang indah 'Minggu Suai kenal dengan orang-orang besar dan berpangkat besar di sini. Rasionalnya, kerana dengan ini dapat saya mengenali orang-orang di sekeliling saya. Barangkali ada di antara mereka yang saya akan bekerjasama di dalam menjalankan tanggungjawab saya. Barangkali di sini jugalah saya mengenal siapa yang berkuasa, sikap dan personaliti mereka. Insyallah, saya akan selalu menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, cermat, baik dan menurut perintah. Sudah sebati di dalam diri saya, saya perlu menurut perintah, walaupun saya punya pandangan secara peribadi dan kewajaran. Saya tidak mahu membesar-besarkan hal yang remeh-temeh ini.
Saya menilai seseorang itu bukan kerana paras rupa atau sifat luaranya semata-mata. Ianya hanyalah sesuatu yang tidak kekal dan boleh berubah pada bila-bila masa dengan ketentuan yang maha Esa. Saya menilai seseorang itu dengan hati budi kerana itulah yang abadi. Maaf saya hanya manusia biasa, barangkali kalian yang berpangkat besar dan punya kuasa juga. Tetapi saya percaya di sisi Tuhan, kita manusia sama. Yang membezakan antara manusia dengan manusia yang lain adalah amalan dan kebaikan selama hidupnya.

22 February, 2011

Salam dari jauh. (Bisikan Ayat-Ayat Cinta)

Salam. Akhirnya saya di sini. Baru sehari dua saya bertugas tetapi banyak acara2 besar yang berlangsung, menyebabkan saya agak sibuk. Persekitaran dan suasana kerja yang memang sangat berbeza. Semuanya menjadi menguat semangat kepada saya untuk bangkit lebih berani. Kerja2 begini telah saya tinggalkan lebih 10 tahun yang lalu. Walau ada sekalipun cuma di dalam kelas di dalam kem2 PLKN dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara sejak Tahun 2005 sehingga sekarang.

Sesungguhnya saya telah bersedia. Cuma kadang2 bertemu dengan orang2 besar dan berpangkat di sini menyebabkan saya cangung. Barangkali kerana saya terlalu baru dan masih belum dapat mengerti sikap dan kemahuan orang2 besar ini. Saya masih ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk pagi ini. Ya, staf baru yang masih belum dikenali. Saya faham tugas kalian, dan saya tidak pernah mengalanginya. Bersabarlah ya.

Dalam 2-3 minggu ini saya akan menghadiri beberapa majlis. Akan saya kongsi bersama-sama kalian sedikit masa nanti. Pada Minggu Aspirasi Komunikasi Islam 2, oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media : Antaranya 'Hembusan Ayat-Ayat Cinta'. Pada pandangan saya perkataan 'hembusan' itu agak keterlaluan pada tanggapan makna disebaliknya. Saya lebih suka perkataan 'Bisikan'. Kewajarannya adalah sebagai contoh, hembusan jampi serapah, manakala bisikan ayat-ayat cinta lebih menyentuh hati dan perasaan. Ayat-ayat cinta juga tidak dilafazkan secara keterlaluan. Ianya akan menyebabkan orang lain geli hati, menyampah dan menganggap orang yang melafazkannya gila. Jadi wajarlah saya memetik perkataan Bisikan Ayat-Ayat Cinta.

Tunggu ya.

17 February, 2011

Mulai berkhidmat di Universiti Tekologi MARA Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Alhamdulillah, akhirnya saya telah tiba di sini. 16-02-2011 saya mula bertugas di tempat serba baru dan tanggungjawab baru. Bukan mudah saya membuat keputusan meninggalkan kerja lama, namun inilah keputusan yang harus saya buat demi masa hadapan.
Selamat berkenalan kepada semua warga UiTM, Kampus Alor Gajah, Melaka. Terimalah kehadiran saya ini dengan sokongan dan tunjuk ajar. Maaf,sekiranya saya yang serba baru ini terlalu banyak bertanya dan semoga kita dapat berkerjasama dalam menjalankan amanah yang diberikan.

11 February, 2011

Selamat Tinggal SK Puncak Alam (2)

Salam.
Akhirnya, masa yang dijanjikan telah tiba juga. Mulai 15-02-2011 secara rasminya saya tidak lagi bertugas dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2). Terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-Guru serta teman-teman staf di SKPA2 yang selama saya berkhidmat ini, memberi tunjuk ajar, pengalaman, sokongan dan kerjasama yang baik.
Walaupun sedih saya terpaksa membuat keputusan yang sewajarnya demi masa hadapan. Saya doakan semoga kalian sihat sejahtera dan menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan, kegemilangan SKPA2. Saya memohon ribuan maaf, halal di dunia dan akhirat, sekiranya terdapat salah dan silap sewaktu saya menjalankan tugas di SKPA2 sama ada di dalam sedar atau pun tidak.

Saya akan bertugas di Bah. Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA, Kampus Alor Gajah, Melaka. Saya percaya, sekiranya umur panjang, dapat kita berjumpa lagi di suasana yang berbeza. Sekian, jumpa lagi.

02 February, 2011

Selamat Tahun Baharu Cina 2011!!

ANTARA BARU DAN BAHARU : YANG MANA YANG BETUL?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan

Kedua-dua ejaan baru dan baharu (kata sifat) boleh digunakan jika merujuk pada "new", contohnya rumah baharu atau rumah baru, manakala baru (kata bantu) tidak boleh digantikan dengan baharu, contohnya baru-baru ini dia mengalami sakit kepala atau dia baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur.


Pantun (1 Malaysia)

Terbang di awan si rama-rama,
Hinggap tempua di dahan jambu,
1 Negara, 1 Malaysia,
Seia sekata rakyat bersatu.

Pedagang seberang membawa kelapa,
Menebang jati di hutan hulu,
Pelbagai kaum, 1 bangsa,
1 Malaysia bersayu padu.

Dari Utara menuju selatan,
Singgah bermalam di rumah nyonya,
Hormat menghormati sesama insan,
Walau berbeza fahaman dan agama.

Ambil santan kelapa puan,
Ambil lada di atas para,
Rakyat didahulukan, pencapaikan diutamakan,
Menjadi teras 1 Malaysia.

Pergi ke laut menjala tenggiri,
Dapat pula ikan gelama,
Negara Malaysia aman harmoni,
Terkenal masyhur di antarabangsa.

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...