Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

28 May, 2008

Antara Tanjung Malim-Rawang dan Selayang.



























Salam.. Tahniah kepada rakan saya iaitu Hazril Yusof (Klang) di Majlis Graduasi, Adat Istiadat Konvokesyen UiTM, Shah Alam pada ahad yang lepas. Sudah menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perhubungan Awam ya. Maaf, anda menjemput saya terlalu lewat, saya tidak dapat hadir kerana berada di Bentong, Pahang. Bila mahu melawat saya? Erm.. Khabarnya mendapat tawaran Tutur di Unisel, Shah Alam. Hebatnya.. Teringat pula semasa tahun pertama di UiTM Shah Alam, jalan2 di kompleks Shah Alam (PKNS) dan tertidur di dalam bas mini menuju ke kampung di Klang semasa bulan puasa. Begini membuat saya tersenyum seorang. Hahaha...

Selama 3 hari saya berulang alik dari Tanjung Malim ke Rawang/ Selayang saya berjumpa dengan ramai orang. Antaranya seorang dari kenalan (juniur di UPSI) kawan saya (Che Mat) yang menjadi FC di kem itu. Saya perkenalkan Lan (bukan nama sebenar). Pada hari kedua saya bersama Che Mat makan tengahari di rumah Lan. Berkenalan dengan keluarga Lan. Saya mengenali Ibunya, adik perempuannya yang berumur 9 tahun dan 2 orang adik lelakinya yang berumur 21 dan 17 tahun. Gembira bertemu dengan kalian semua. Dunia terasa aman dan bahagia. Terima kasih banyak2 kerana makan2, menumpang bersalin pakaian dan perhatian. Kepada Lan.. Saya fikir anda seorang yang sombong, tetapi sebaliknya pula. Bila nak ke Genting bersama2.Sampaikan salam saya pada keluarga ya. Kepada Ejat(Asyraf) dan Amy yang berada di Behrang Ulu, jangan lupa kat saya. Bawa saya jalan2 di Sg. Bil nanti ya.

Hari ini saya mendapat arahan lagi. Kali ini saya diarahkan bertugas di Kem Bina Semangat, Ampang pecah Kuala Kubu Bharu. Seingat saya sudah lama benar saya tidak bertugas di sana. (Kum. 1/2007) Kali terakhir saya sempat bermain air di kolam air panas di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. Berkenalan dengan penduduk setempat antaranya Baim, Yus. Di manakah anda sekarang?? Masih di tempat kerja lama? Baiklah.. Kerja harus diselesaikan. Saya tidak mahu meninggalkan kerja yang tidak selesai, akan datang saya juga yang akan menyelesaikannya juga. Hari ini saya akan meninggalkan Puncak Alam menuju ke Tanjung Malim. Di sanalah akan bermula cerita yang akan datang. Jumpa lagi..

Antara FU dan KF.

Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bertemu kembali dalam saat2 saya dalam keadaan tidak sihat.. Kerana cuaca mungkin, sebentar panas, sebentar mendung, entah bila mahu hujan. Akhirnya selesai juga tugas saya di Kem Temasya Rimba Templer. Ermrr.. Benar seperti yang dijangka pada awal2 dulu. Permulaan yang agak kurang baik, apabila program yang dirancang telah menjadi rancangan yang lain. Gangguan elektrik di dewan, bagaimana saya harus bekerja? Menjadi FU bukan hanya bekerja disebalik KF tetapi lebih dari itu juga. Bergandingan dengan KF yang baru pertama kali memang menjadi pengalaman dan pengajaran kepada saya. Saya tidak banyak soal dalam banyak perkara, saya jarang2 mencampuri urusan orang lain. Saya akur menurut perintah. Saya bukan sekali menjadi FU tetapi 4 kali. Itu belum lagi menjadi FC dalam masa yang sama saya menjalankan tugas FU. Hampir 13 kali saya bertugas di dalam kem semenjak tahun 2005. Bermacam2 jugalah dari segi pengurusan sehinggalah kepada kelakuannya sendiri. Manusia bermacam2 perasaan dan perangai. Tuhan Maha Besar. Terima kasih kepada yang banyak membantu dan memahami kerja saya. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Tetapi bekerjalah dengan ikhlas tanpa menunjuk2. Banyak mana mengata orang akhirnya terkena pada diri sendiri juga. Maaf, salah silap saya selama ini. Terimala sedikit paparan gambar2 dari rakaman kamera telefon saya. Selamat..


23 May, 2008

Catatan Dari Luar Kem...

Salam.. maaf terlalu lama saya meninggalkan ruang ini. Saya tidak punya masa yang banyak untuk terus bercerita. Terlalu penat, berulang alik dari Rawang ke Tanjung Malim. Teruslah melihat2 ke ruang ini untuk mengetahui apa yang terjadi dalam masa yang terdekat ini. Yang baru mula berkunjung, Selamat Datang.. Jemput masuk.. Nantikan kemunculan berita saya dari dalam kem.. Jumpa lagi..

20 May, 2008

Panggilan Kem PLKN Temasya Rimba Templer

Hi.. Selamat Petang.Hari ini saya telah menerima surat lantikan rasmi daripada yang pihak berkuasa untuk menjalankan tugas rasmi yang telah hampir 4 tahun saya lakukan. Kali pertama saya ditugaskan di kem ini. Mungkin terlalu asing bagi saya. Berdebar2 menanti hari esok. Tertanya2 bagaimana penerimaan mereka terhadap kehadiran saya yang pertama kali disitu. Terima Kasih kepada KF kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menguruskan program yang akan berlangsung. Emrmm... Bila la agaknya saya akan kembali berkarya dan mengeksperimen pelatih2 yang ada. Sampai masanya akan tiba juga. Baiklah seorang teman dalam perjalanan ke rumah di Puncak Alam ini. Malam ini saya akan ke Tanjung Malim, Perak, bermalam semalam dan bertolak ke Rawang pada esok petang. Jumpa nanti ya.

19 May, 2008

1 Jun yang dinanti2kan.



Setiap tahun hari ini dinanti2kan. Walaupun tiada banyak yang dirancang namun hari ini memberi makna yang sangat mendalam. Hari ini membawa makna saya sudah semakin berusia. Pelbagai pengalaman telah menjadi warna dalam meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran. Daripada lumpuh akibat kemalangan sehingga la saya bangkit mengumpul semangat yang hilang. Berkat kesungguhan, dorongan arwah ayah dan ibu tercinta, kehidupan ini terasa sangat dihargai dan dicintai.

Oh... Berbalik 1 Jun. Sekembali saya ke kampung hujung minggu baru2 ini, sekali lagi saya menerima kad Undangan Perkahwinan rakan sekelas saya yang hampir sepuluh tahun tidak bertentang muka. Mungkin masing2 sibuk, tiada masa untuk jumpa. Akhirnya mereka akan berkawin juga. Kerana jodoh, perkenalan mereka di SMK Jeram membawa kepada gerbang rumah tangga. Tahniah!!! Walaupun masanya belum tiba. Tapi saya percaya persiapannya sedang berlangsung bukan?? Semoga hubungan kalian akan kekal ke anak cucu ke akhir hayat. [Abu Zaidi dam Azian ] Kepada adikku [Norjohari Ikhsan] bersama bakal isterinya yang juga akan menjadi Raja Sehari pada hari yang sama, Tahniah!!! Terima Kasih kerana masih mengingati abang yang jauh.. Sekiranya ada kelapangan, pasti saya akan hadir pada majlis kalian. Alangkah bahagianya saya pada Ulang Tahun Hari Lahir saya berlangsung majlis persandingan teman2 yang disayangi.. Salam.

16 May, 2008

Selamat Hari Guru 2008!!



Assalamualaikum kepada anda semua. Saya sentiasa mendoakan semoga anda sihat sehtera di samping orang2 yang disayangi.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru Tahun 2008!!! kepada semua insan2 yang bergelar Guru!! Teringat kepada Guru2 saya di Sek. Ren. Keb Jeram Batu 20 dan di Sek. Men. Keb. Jeram. Tak lupa juga kepada Cikgu Shahnon Ahmad (Penulis/ Pensyarah di USM, Pulau Pinang) saya sentiasa mengingat anda. Kerana anda saya disini dan tetap menulis disini. Terlalu cepat masa beredar.. Namun Jasa baik dan pengobanan kalian yang bergelar Guru akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Terima kasih.

Guru Oh Guru..

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada Negara,

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ’cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke Akhir hayat.

Oleh :Usman Awang.



















Gambar Sekadar Hiasan.

12 May, 2008

Selamat Malam..[Selamat Hari Ibu]

Selamat buat semua.. Baru sekarang saya sempat menjengguk ruangan sempit ini. Berkali2 saya teringin untuk melihat2 tapi atas desakkan kerja semuanya tak tertunai. Saya masih penuh dengan keterujaan, semakin hari semakin menjadi2. Gambar2 yang saya paparkan semakin menjadi terlalu istimewa. Jangan marah, saya tidak punya masa untuk menulis panjang lebar. Sempena hari yang berbahagia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu2. Ingatlah jasa baik Ibu kalian masing2. Anda tahu sendiri kesenangan dan kesusahan Ibu anda. Jadi berbuat baik kepadanya sementara masih di dunia ini. Ingatlah di mana Syurga..

Nazam Ibu Mengandung...





































Ibu mengandung 9 bulan,
Lebih dan kurang tak ditentukan,
Lahirkan dikau berapa kesakitan,
Berpantang pula minum dan makan,

Cukuplah masa sampai ketika,
Lahirlah engkau ke dalam dunia,
Barulah suka ibu dan bapa,
Kepada engkau sangat kasihnya,

Harap ibumu bukan sedikit,
Tinggilah harap darinya bukit,
Lama ibumu merasa sakit,
Sembilan bulan tidak berbangkit,

Setelah kamu sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu jaga,
Tidurpun tidak barang seketka,
Makan dan minum tidak berasa,

Berapalah dian dengannya tanglung,
Diangkat dituam lalu dibendung,
Sudahla jaga lalu didukung,
Kasih dan sayang tidak tertanggung,

Tidaklah tentu siang dan malam,
Bangun memangku di dalam kelam,
Terkejut jaga di tengan malam,
Tidurpun tidak lekat di tilam.

Warna Sari Sastera Melayu Tradisional hal. 367-370

09 May, 2008

Harapan [Fazli Zainal]

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,

Kuundur diri bersama harapan.
Tidak kesampaian cinta kita,

Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …
Tiada penyesalan kasihku korbankan

Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…

Selepas hampir seminggu..





















Salam semua.. Hari Jumaat datang kembali.. Pejam celik sudah seminggu berlalu.. Agak bosan juga kalau asyik bercerita tentang perkara2 yang lepas.. Erm.. Apa rancangan hujung minggu ini? Saya ternanti2 kawan yang sudah lama tidak berkunjung ke sini. Boleh juga jalan2 di sekitar Kuala Selangor. Pernah dulu saya bersamanya melawat Bukit Malawati dan sekitar Pesisir Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor. Sudah lama benar.. Fikir2 la sendiri, macam kata Nabil, Juara Raja Lawak Astro tu.. (",)
Atau balik kampung.. Rindu juga dengan ibu tercinta.. Harap2 sentiasa sihat.. Kepada teman yang menghubungi saya berkenaan blog saya ini, terima kasih banyak2 kerana sudi melawati ruang sempit yang penuh dengan warna2 cerminan kehidupan ini. Harap2 dapat memuaskan hati semua teman2. Boleh juga menjadi kenangan yang amat indah.. Ada permintaan yang akan saya tunaikan buat seorang teman dalam masa yang terdekat ini.. Apa ya? tunggu saja.. Oh.. Hujung minggu ini saya balik kampung!! Muktamat!!! Salam kepada semua.. Semoga sentiasa sihat.. Terima kasih sayang.. Wasalam.

08 May, 2008

Selamat Malam..

Hai.. Salam kembali.. Lewat malam saya masih berjaga. Saya masih teruja untuk mengunjugi blog ini berkali2. Semuanya kerana tersimpannya pelbagai cerita yang mana hanya dapat dinikmati apabila melihat dengan mata hati sehingga dapat meyejukkan jiwa. Petang tadi sempat saya menghubungi kawan yang berada di SUK Shah Alam itu. Ya.. Dialah yang membuatkan saya membuka ruang sempit ini kepada pandangan dunia. Dia masih seperti dulu.. akrab seperti biasa. Kalau diingat hampir sembilan tahun saya mengenali dia. Semakin hari bertambah2 kenal akan diri dia. Walaupun sudah bertahun2 juga tidak bertentang mata. Itulah namanya kawan. Pernah juga dia meminjamkan wang ketika saya susah dahulu. Jujurnya saya bukan.. Ermm.. semua orang tahu bukan senang nak jadi senang. Semuanya harus berusaha.. Dia juga kuat berusaha. Katanya kepada saya, melihat2 gambar yang terpapar di blog ini membuatkan dia tertawan dengan seseorang dan.. Siapakah yang bertuah itu?? emr.. biarlah menjadi rahsia saya. Alahai kasihanya kepada teman saya yang tertinggal pengecas bateri tefefon bimbitnya di kampung. Macam mana saya boleh menghubungi anda selama dua minggu ini..? Mesti banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.. Harap2 anda buka laptop di Tanjung Malim itu dan membaca cerita ini.Berkali2 harus saya ucapkan terima kasih kerana banyak membantu saya. Emm.. jaga diri baik2. Saya menanti anda di sini.. Bila nak datang Puncak Alam? Selamat Tidur.. Semoga mimpi indah.

Selamat Sejahtera..

Heloo.. Selamat kepada semua..! Hari yang meletihkan.. Semunya yang dirakam telah selamat saya paparkan buat tatapan kalian. Dari kursus sehinggalah ke majlis perkahwinan seorang teman pada hujung minggu lepas.. Hahaha.. banyak kerja yang ditinggal, kena selesaikan dulu ya. Banyak yang ingin saya katakan, pelbagai perasaan dalam hati selama 2-3 minggu lepas. Barangkali saya ini tidak setabah seorang teman saya. Sedang asyik berseronok tiba2 mengalir air mata pula. Erm.. Terima kasih banyak2 (Che Mat) yang banyak memberi semangat dan bantuan di saat2 memerlukan. Kepada Teman2 baru di Lembah Bilut (Saiful dan Tam@Azwan) Jaga diri baik2. Ada masa kita jumpa lagi.. Kepada Angah dan Akin jangan lupa kat saya.. Salam.

Karak,KFC Bentong dan Air Terjun Chamang [04-05-2008]