Hai.. Salam kembali.. Lewat malam saya masih berjaga. Saya masih teruja untuk mengunjugi blog ini berkali2. Semuanya kerana tersimpannya pelbagai cerita yang mana hanya dapat dinikmati apabila melihat dengan mata hati sehingga dapat meyejukkan jiwa. Petang tadi sempat saya menghubungi kawan yang berada di SUK Shah Alam itu. Ya.. Dialah yang membuatkan saya membuka ruang sempit ini kepada pandangan dunia. Dia masih seperti dulu.. akrab seperti biasa. Kalau diingat hampir sembilan tahun saya mengenali dia. Semakin hari bertambah2 kenal akan diri dia. Walaupun sudah bertahun2 juga tidak bertentang mata. Itulah namanya kawan. Pernah juga dia meminjamkan wang ketika saya susah dahulu. Jujurnya saya bukan.. Ermm.. semua orang tahu bukan senang nak jadi senang. Semuanya harus berusaha.. Dia juga kuat berusaha. Katanya kepada saya, melihat2 gambar yang terpapar di blog ini membuatkan dia tertawan dengan seseorang dan.. Siapakah yang bertuah itu?? emr.. biarlah menjadi rahsia saya. Alahai kasihanya kepada teman saya yang tertinggal pengecas bateri tefefon bimbitnya di kampung. Macam mana saya boleh menghubungi anda selama dua minggu ini..? Mesti banyak cerita yang ingin dikongsi bersama.. Harap2 anda buka laptop di Tanjung Malim itu dan membaca cerita ini.Berkali2 harus saya ucapkan terima kasih kerana banyak membantu saya. Emm.. jaga diri baik2. Saya menanti anda di sini.. Bila nak datang Puncak Alam? Selamat Tidur.. Semoga mimpi indah.
08 May, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga Tetap Kuat!
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...
-
Kesempatan yang panjang setelah siangnya saya menghabiskan masa di FRIM, Kepong dan Selayang Mall sampai lewat petang. Tidak dirancang pun u...
-
Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Saya kembali setelah sekian lama. Drama yang berlaku di Bulan Jun 2024 sangatlah menguji jiwa, h...
-
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...
No comments:
Post a Comment