Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

30 January, 2009

30-01-2009

Hari terakhir bekerja pada bulan Januari ini. Paling sedikit saya menulis. Saya sibuk benar. Saya tidak ke mana2 pun. Tiada berita terbaru. Seperti teman2 yang lain juga. Yang ada kalanya terhenti penulisannya di situ. Memandang dengan mata hati. Sukarnya menjadi saya.. Setiap pandangan saya, membuat saya berbicara dalam hati saya. Ya.. begitula memandang dengan hati. Terlalu banyak perancangan saya bulan ini. Namun bukan semuanya tertunai. Bulan depan saya merancang lagi. Harapan saya berjaya juga. Lama tidak mendengar cerita teman2. Ooh ya.. 07-02-2009 nanti saya akan menghadiri Taklimat PPSB di Dewan Bahasa dan Pustaka. Boleh jadi akan jumpa teman2 lama. Banyak cerita yang hendak dikongsikan. Ada berita terbaru? Perkhabarannya Modul PPSB akan berubah mulai perjumpaan ini. Berdebar juga untuk bertemu dengan wira dan wirawati (PLKN) Siri 1/2009 ini. Kepada Cikgu Aznam Tahniah kerana dilantik sebagai Penyelaras Negeri Selangor! Jumpa nanti di sana. Selamat berhujung minggu.

21 January, 2009

Ruangan Sembang-Sembang. (Awas Kalian Sentiasa Diperhatikan) Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti.

Salam sejahtera. Selamat betemu kembali. Walaupun tiada apa2 berita yang menarik sekitar seminggu dua ini. Hari ni saya sempat membuat ruang sembang2. Itupun atas permintaan seorang teman di sebuah blog yang hampir2 glamour juga. Keterujaan membuatkan saya membina ruang sembang2 ini dengan harapan kalian bolehla menulis sesuatu. Tidak hanya bersembang2 atau berbual2 namun sekadar ucapan ringkas pun bisa saja. Terus saya bisa mengenal kalian. Entahla siapa la kalian yang sudi menjengguk ruang sempit saya ini. Barangkali tersesat lalu menjumpai blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih banyak2. harap datang dan selalu datang lagi ya.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahu Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia. Selamat bercuti bersama keluarga dan berhati2 la sewaktu memandu untuk balik ke kampung. Berwapada dan ingatlah orang yang tersayang. Opss.. agak terlalu klise. Saya doakan semuanya selamat. Jumpa lagi ya. Assalamualaikum.

20 January, 2009

Masa Terus Berlalu.

Hari terus berlalu. Selalu sahaja saya melihat2 ke dalam blog ini namun tangan saya masih enggan menulis. Lidah saya kelu untuk berkata, fikiran saya entah tak tahu ke mana. Walaupun banyak blog yang saya baca semuanya tentang Perang Israil. Saya pasti ramai juga yg tertanya2 lama benar saya meninggalkan ruang rasa saya ini. Tiada apa berita yang saya ingin kongsikan bersama kalian sekarang ini. Bercerita tentang Palestin buat hati saya sedih. Saya tidak mahu merojakkan ruang rasa saya ini dengan serba serbi kesedihan, kematian, ketidakadilan. Bukan maksud saya tidak prihatin atau tidak ada belas kasihan. Biarla saya terus begini. Saya berdoa agar negara kita Malaysia aman damai dan Semoga Palestin mendapat hak kemanusiaan yang sewajarnya.

Tidak menulis di sini buat saya melawat blog teman2. Begitulah hebatnya bekerja seharian dengan komputer. Kuasa dihujung jari, dan tiada sempadan. Cuma kadang2 terlewat sedikit. Bagusla kalau teman saya di Bentong tu punya masa untuk bercerita/ bersembang2 di ruang di dalam blog yang penuh glamour itu. Kita tak pernah bergadohkan. Cuma berguau saje.

Malam ini saya berkongsi sedikit mengenai paparan gambar2 lama di sekolah dahulu. Tentang sebabak semasa berlakon di bawah penyarah/pelakon/pengarah yang saya sayangi En. Ahmad Yatim. Bergambar bersama teman2 lama di UiTM, Shah Alam. Bersama teman dan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin sembilan tahun yang lalu. Bersama teman (Mohd Hafiz Rauf, Senawang) sewaktu hari Itiadat Konvokesyen di UiTM serta seorang teman (guru muzik) di UPSI. Masa terus berlalu. Usia terus meningkat. Semoga Tuhan kasihkan kita. Amin. Jumpa lagi.

15 January, 2009

Aman Malaysia! Aman Palestin!

Tangisan Anak Palestin.

Tangis sendu mereka

bagai terngiang di cuping telinga

dekat dan merintih manja

minta belai dan kasih mesra




Tangis anak Palestin itu

bukan cuma sekadar pengharapan

yang kini makin pudar

dimamah gelombang

kesatuan yang kian hilang




Anak Palestin itu

menuntut harap

meminta belas

menagih sekota rasa




Bila Ibu ayah mereka kini syahid

Bila negara mereka dirobek rakus

Bila Hidup mereka kian pupus

Dan Pemimpin mereka kini semulusnya

mengikat janji

malara damai

yang tidak kunjung


kerana bangsa yang menggila itu

bukan pemberi simpati

dan rakusnya mereka meratah

tubuh-tubuh yang tidak bersalah




Bangkitlah laungan kesatuan

dalam perjuangan

dalam pengorbanan

dari segenap alam




Kita sebahagian dari mereka

mereka sebahagian dari kita


Hingga lontaran bebatu kerikil jalanan

menghambat 'Yahudi' durjana

dan Islam yang tercinta

pasti ternobat jua akhirnya




Penulis : Akhi Masrawi. Akhir Said

Mari Menonton Bersama PGL di Istana Budaya 2009!!


08 January, 2009

Lawatan Bomba ke SKPA (2) 08-01-2009




Cerita Tentang Perkahwinan (Along dan Zeti, Raub, Pahang)

Cerita ini telah lama. Namun sampai sekarang belum sempat saya perkatakan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Along (abg Kash dan Kaza) dan Kak Zeti yang selamat sebagai suami isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Maaf atas sebab yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat hadir pada hari yang penuh bermakna itu.

Terima kasih kepada teman yang sudi menghantar mesej bergambar kepada saya petang itu. Sekurang2nya dapatla saya merasai kemeriahan majlis di sana. Sama padan dijunjung sebagai Raja Sehari. Kalau panjang umur kita jumpa lagi.

Pesan Ringkas Tentang Kemaskini.

Lewat petang tadi saya menerima pesanan ringkas dari teman saya yang berada di Bentong itu. Pesananya berbunyi Mengapa tidak update blog lagi? Em.. dalam hati saya tersenyum sambil tergelak2 kecil. Barangkali dia hanya melihat2 sahaja tidak membaca. Hahaha..

Alhamdulilah. Hari ini saya baru dapat kembali bekerja. Kelmarin Cuti Sakit dan semalam saya mengambil Cuti Rehat. Ya cuti untuk berehat. Apalah yang ingin saya katakan kalau saya sendiri tidak sihat. Pasti kalian bosan hanya mendengar cerita2 dan keluhan sakit saya yang tidak sudah2 ini. Hehehe.. Terima kasih kepada teman2 yang bersimpati ya.

Patutla teman yang seorang itu menghantar pesenan ringkasnya. Katanya di sekolah punya WiFi, jadi setiap harilah dia memasuki ruang sempit saya ini. Betul juga.. sehari tidak menulis tidak kemas kini. Patutnya harus terus menerus menulis. Hehehe..

Buat teman2 kemaskinila blog anda ya. Kalian sentiasa dalam kunjungan saya walaupun saya tidak meninggalkan jejak. Selamat sejahtera semua. Jumpa lagi.


06 January, 2009

Hari Ini Saya Cuti Sakit.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Sakitnya saya tanggung hampir sudah 3 hari. Semalam sempat juga saya ke pejabat kerana baru buka persekolahan. Terlalu banyak kerja perlu diselesaikan. Di rumah juga saya ingat pasal kerja. Bagaimana saya mahu bersenang lenang sedangkan kerja melambak2 yang hanya saya yang harus selesaikan. Saya sempat juga mengadu kepada Kak Misnah (Ketua Pembantu Tadbir) yang saya menanggung kesakitan. Pesannya kepada saya kesihatan perlu dijaga. Saya katakan padanya saya mungkin akan ke Klinik esok untuk membuat pemeriksaan. Sekarang ini terlalu banyak penyakit dan sakit. Saya terlalu lemah, bukan senang untuk mengumpul kekuatan untuk ke Klinik dan Hospital itu. Tetapi saya perlu juga keputusan. Tuhan menduga saya.. Alhamdulillah.. saya telah selesai menjalani pemeriksaan. Soft Muscle saya cedera di bahagian dada. Ambil masa untuk sembuh kata doktor itu. Takpela asalkan paru-paru saya tidak dijangkiti kuman. Fikiran saya terlalu mendesak sehingga berfikir yang macam2. saya tidak batuk dan kahak berdarah. Saya pun tidak mengalami sesak nafas. Hahaha.. Semuanya ok kata doktor. Lalu saya minta cuti sakit untuk berehat. Terima kasih banyak.




Kembali ke persekolahan saya menerima cederahati dari luar negara (Eropah). Kerana niat juga seorang cikgu telah menghadiahkan saya kain pelikat. Terima kasih banyak2. Buat bos saya semoga berjaya temuduga di Putrajaya itu. Lepas ini selalu2 la belanja saya. Hahaha. Juampa lagi. Salam.

05 January, 2009

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi.(Buat Teman yang disayangi)



Jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

Andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada Tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

Bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi mengganti,
Sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

Sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

Nyanyian : Yusri KRU.

02 January, 2009

Selamat Tahun Baru 2009!

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. Selamat Tahun Baru 2009! Semoga dengan izin Allah dapatlah kita bersama2 menempuhi pelbagai dugaan dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Diharap jua ada keinsafan dalam diri saya sendiri dan kalian serta dimurahkan rezeki. Juga diampuni dosa2 silam. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. Selamat Tahun Baru 2009!