23 July, 2010

Jumpa Saya di Karnival Mari Membaca SKPA(2) 2010 (24-07-2010)


Lama Tidak Menulis

Bagaimana saya harus meneruskan, sedangkan telah berbulan-bulan saya meninggalkan ruangan ini tanpa menulis. Teman-teman, berikan masa buat saya untuk meneliti tarikh-tarikh terakhir sebelum saya berlepas ke Jakarta itu. Berbolak balik juga saya, memikirkan saya tidak dapat mengambil PTK Jun 2010 yang telah didaftarkan awal2 dulu. Ternyata Surat kelulusan penangguhan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia itu membuat saya lega dan langsung senang untuk meneruskan percutian saya itu.
Terima kasih kepada teman-teman saya di Indonesia. Walaupun saya tidak mengikuti pelayaran kapal Fujimaru tetapi sudah tersurat saya mengenali kalian. Terima kasih kepada Ratih dan Mas Dino kerana menjemput kami di Airport Sukaerno-Hatta tempoh hari. Terima kasih kepada Mas Uddin dan Oby Rizka kerana menyediakan tempat tinggal selama saya dan Che Mat di sana. Terima kasih kepada Muklis dan Prima kerana menemani kami bermalam di Bogor. Terima kasih kepada Intan, Anjeng, Kantrina kerana menemani kami makan2, pusing2 dan membeli belah. Tidak lupa juga kepada Danuk dan ....... Senang sekali mengenali kalian. Terima kasih, terima kasih, terima kasih dan semoga sampai ketemu lagi.

Berbalik... terima kasih kepada teman saya di MBSA itu yang mengingatkan bahwa blog saya yang sudah lama tidak dikemaskini. Katanya kepada saya menuulislah mengenai apa sahaja.. Tidak hanya tentang saya tetapi isu-isu semasa seperti tentang harga minyak naik, harga gula naik dan lain2. Kata saya kepadanya bukan saya tidak mahu berbicara tentang isu-isu ini tetapi saya lebih senang berdiam diri sahaja. Namun berdiam diri itu bukan bererti mati.
Sudah punya facebook buat saya lupa dan malas. Mengapa saya senang di facebook tetapi begitu malas menulis di blog? Mungkin kerana di facebook itu bicara saya bisa terus langsung bersama-sama teman. Kemudian mendapat perhatian yang wajar d
an pantas. Barangkali kerana itulah teman saya yang berada di Klang itu terus tidak menulis lagi. Tidak mengapa.. Saya akan terus menulis di sini tanpa akan berhenti. 2-3 minggu akan datang ini, saya akan kembali sibuk. Nantikan berita2 dari saya. Jumpa lagi.

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...