06 May, 2012

Festival Tari Tun Dr. Siti Hasmah 2012, Cyberjaya.


Program Integrasi Nasional Pertukaran Budaya 1 Malaysia UiTM Siri 4/2012.


Alhamdulillah selama mulai 18 April 2012 sehingga 24 April 2012 saya berada di Dungun, Terengganu menggringi pelajar saya menyertai Program Integrasi Nasional Pertukaran Budaya 1 Malaysia UiTM Siri 4/2012.

UiTM Cawangan Melaka. Johan bagi Pertandingan Tarian Zapin Asli yang disertai oleh 10 buah cawangan UiTM seluruh Malaysia.

Teman baru saya di UiTM Dungun, Terengganu. Bertugas sebagai pensyarah di UiTM Segamat, Johor.
Teman-teman seperjuangan yang bersama-sama mengiringi pelajar masing-masing dari setiap cawangan.

16 April, 2012

Makan Malam Kedai Along, Pengkalan.


Alhamdulillah. Selesai sudah makan malam bersama teman serumah. Kali pertama keluar makan malam di sini. Kebetulan, Jumaat lepas sarapan pagi bersama dengan Puan Azila dan Pn. Siti Halijah di sini. Sebenarnya mahu ke Kedai Kak Mai yang laluan sehala ke Tampin tu ( Mee Kari memang lazat). Tetapi sesat, maklumlah masing-masing baru je menetap di Alor Gajah, Melaka ini. Saya ke kedai ini pun baru je dalam 4 atau 5 kali. Itu pun semasa keluar makan bersama En. Ahmad Nizam (HEP) dan En. Mohd Helman (Kaunseling)

Malam ni saya memesan Nasi Goreng USA dan teman saya Nasi Goreng Sotong. Apa yang istimewanya sampai saya mahu menulis di sini? Erm.. Kalau kalian mahu tahu datang sahaja ke mari. Biarlah saya berahsia dan berteka-teki. Selamat malam semua.

Juri Pertandingan Bercerita Sirah Rasul, Majlis Bandaraya Shah Alam. PKNS, Shah Alam, (8 April 2012)

Sepi dan Kosong.

Halaman rumah saya yang sepi dan kosong. Ini bukan iklan Rumah Untuk Disewa ya. Beginilah, apabila cuti semester. Lengang dari hiruk pikuk pelajar UiTM. Selamat bercuti semua ya. Selamat bercuti semua warga Negeri Melaka!! 16 April 2012 - Hari Bandaraya Melaka! :) 

15 April, 2012

Kita Terpaksa Bermusuhan.

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku menduga mu
Kuat nya kasih mu
Pada aku
Di ketika itu

Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasih mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya

Engkau ucapkan
Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebab nya

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan...



[foto hiasan semata-mata]




09 April, 2012

Pusat Latihan UiTM, Kg. Gajah, Perak.

Kalian sentiasa dalam Ingatan. :)

(26 Mac 2012 - 5 April 2012)

Surat Buat Kamu!


Hai jodoh.. tahu kah kamu? Aku mulai letih, ketemu orang yang salah terus selama ini.. kamu dimana? Jangan sembunyi terus, kamu tidak  mahu kan aku direbut sama yang lain?
Jodoh.. aku rasa kamu cuma lagi main teka dan teki. Tunggu ya, aku pasti menemukanmu.
Tapi.. kalau kamu tidak mahu muncul juga, boleh tidak aku memohon sama Tuhan untuk mengganti jodoh yg lain?
Jodoh.. kalau pada akhirnya nanti kita ketemu, aku harap kamu jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Aku harap, aku adalah satu-satunya yg ada dihati kamu. Tidak ada yg kedua, ketiga…
Aku harap, kamu adalah seseorang yg sangat romantis. Selalu mengalunkan keindahan dalam bentuk apapun untuk mengundang senyumku :)
Jodoh.. pokoknya, kalau nanti kita ketemu, aku ingin kamu langsung terus bersamaku. Jodoh.. berapa orang lagi yg harus jadi seseorang sampai aku bisa ketemu kamu?
Tolong akhiri kisah cintaku yg sudah sangat meletihkan ini.



Hari yang berlalu.

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurnianya saya tetap masih di sini. Berkali- kali saya kembali ke sini untuk menulis tetapi sampai ada masanya saya terhenti seolah-olah tiada apa yang saya ingin perkatakan.


Bila punya facebook, saya kurang menulis di sini. Barangkali kerana facebook terus langsung dari mata terus ke hati. Tanpa perlu berfikir  panjang dan mendalam. Sekadar melihat-lihat. Ternyata sehingga ruangan sempit sepi ini menjadi sepi dan sunyi.


Berkali kali teman menyuruh saya mengemaskini blog saya ini. Sehinggalah hari-hari terus berlalu.



Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...