27 August, 2018

Hei! Sila Baca!


Assalamualaikum.wkt
Hei kamu! Sila baca ini.
Orang kata pengalaman selalu mendewasakan kita. Umur muda atau tua juga belum tentu mematangkan akal fikiran. Kelebihan dan keistimewaan yang Allah s.wt jadikan manusia ini berbeza-beza. Tentu sahaja, lahir dengan kelemahan juga. Semakin hari usia kita meningkat, barangkali banyak juga yang telah kita lalui. Cabaran, dugaan, jatuh bangun, perit getir dan onak duri. Ketika ini juga, setelah semuanya berlalu banyak hal menjadi pengajaran berguna buat saya dan kita semua.

Semasa awal remaja, bukan hal yang saya rancang! Menjadi seorang yang matang, bermisai, berkumis dan berjanggut. Walaupun tidaklah setebal mana. Cuba untuk menjadi lebih dewasa dalam segala hal. Menjadi serba tahu dan serba boleh mencuba. Saya kira bukan hanya saya sahaja, tentu yang lain-lain juga. Penampilan yang matang itu mungkin akan senang diterima oleh semua orang dan dalam banyak hal dapat menghalalkan tindakan dan lebih bebas. Ternyata pada usia muda itu, saya mengejar untuk menjadi lebih dewasa! Bonus apabila lahir dengan fizikal yang bertubuh besar. Tiada ada apa-apa yang salah pun tentang itu.  

Setelah beberapa tahun berlalu. Semuanya berubah. Rambut yang hitam telah mula putih beruban. Ada teman yang lain sudah mulai botak. Setiap hari misai dan janggut harus dicukur. Rambut yang putih setiap minggu harus dihitamkan. Agar nampak lebih kemas dan cantik dan langsung hati lebih bermotivasi. Semangat menjalani hari-hari yang mendatang. Kalau lah boleh, masa itu dihentikan agar usia kita tidak berganjak sedikit pun. Tanpa kedut di muka, uban di rambut atau lemak di perut. Tentu sahaja bahagia. Tidak perlu memikirkan gaya atau stail. Tidak stress memikirkan banyak hal. Alangkah ruginya semasa remaja kita berkejar-kejar untuk cepat dewasa. Apabila dewasa kita cuba menyembunyikan usia kita. Bertanya tentang umur juga menjadi sesuatu yang sangat sensitif. Ada juga yang selalu mengatakan ada apa dengan umur? Hati tetap muda.  Benar, pentingnya adalah hati manusia itu sendiri yang harus sedar. Kesedaran yang sebenarnya hidup kita ini hanya persinggahan dan sementara. Jalani hidup kalian dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi.



Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...