Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

20 April, 2010

Malam Puisi Riong - Selangor Darul Ehsan.




Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)bersama Berita Harian dengan sokongan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan penglibatan Komiti Akar akan mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor" dengan mengangkat tema (Wasilah Cinta pencipta & manusia). Program Malam Puisi ini akan berlansung pada 30 April 2010(Jumaat) bermula pada jam 8.00 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam.Malam puisi tersebut akan membariskan Sasterawan Negara iaitu Y.Bhg Dato A.Samad Said dan Y.Bhg Dato Dr Anuar Rethwan. Antara penggiat seni yang lain ialah Pak Agi, Faisal Tehrani,Ahmad Shukri Abdullah dan penggiat muda seprti Fynn Jamal, Mohd Zulfahmee, Ashraf Ishak, Mohd Suffian, Mohd Hatta Mohd Yatim, Siti Fariha, Fazleena Hishamudin dan Noor Azah Ahmad.Bacaan puisi dan lagu juga akan didendangkan oleh penyanyi Aishah, Rizu Bintang Realiti (OIAM) dan Rini (AF7). Orang ramai juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.B Puan Rodziah Ismail dan juga Y.Bhg Dato Mzalan Mat Nor (Datuk Bandar Shah Alam). Penganjuran program ini digarap dengan menggabungkan puisi dan elemen gerak tari dan muzik. Bacaan puisi bertemakan kemanusian dan Ketuhanan.Program ini akan mengumpulkan tokoh-tokoh seni dan generasi muda.Sementelahan itu juga, para pengunjung juga berperluang untuk melihat pameran lukisan dan fotografi.Tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, mempromosi Negeri Selangor sebagai Negeri yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej Kemanusian dan Ketuhanan kepada masyarakat.Sekian



Mohd Zulfahmee Ismail
Pengarah Projek bersama
Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor

07 April, 2010

Berbudi?

Puas sudah hamba berpadi,
Nenas juga dipandang orang,
Puas sudah hamba berbudi,
Emas juga dipandang orang
.

Salam. Bertemu kembali ya. Lewat hujung bulan lepas, teman saya yang berada di MBSA, Shah Alam itu menghubungi saya. Katanya saya dijemput untuk membuat persembahan semasa Malam Puisi Selangor yang akan berlangsung di Laman Budaya, Shah Alam,30 April 2010 nanti. Saya tenang sahaja, menerima tawarannya itu. Lama benar saya tidak mendiamkan diri. Semenjak bertugas di pejabat, pergerakkan saya semuanya terbatas. Jika adapun kerana memenuhi tuntutan menjadi Cikgu/ Fasilitator bagi Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Program Latihan Khidmat Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka semenjak tahun 2005 lagi.Ternyata tawaran tersebut membuat saya tenang. Malam itu juga katanya lagi akan dihadiri oleh Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said. Lama benar saya tidak ketemu. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah di sebuah kedai di KLCC sewaktu saya sebagai (Timbalan Pengurus Besar Anjung Seni di UiTM (Didaftarkan di ROS sebagai Anak Seni)) meminta izin agar menggunakan karyanya iaitu 'Di Mana Bulan Selalu Retak' dipentaskan di Auditorium Muzium Negara lewat penghujung tahun 2003. Pada malam itu juga katanya lagi akan dihadiri penulis buku terkenal tanahair iaitu Faizal Tehrani. Emm.. Bekas pensyarah saya juga tu. Lama benar, saya tidak ketemu denganya. Hari ini saya menerima surat rasmi dari Jabatan Korporat, MBSA tentang jemputan tersebut. Jadi dalam tempoh beberapa hari ini saya perlu bersedia untuk itu. Kepada teman-teman yang punya masa, ketemu saya pada malam tersebut ya. Semoga kalian sihat sejahtera. Kepada teman saya di MBSA itu, terima kasih di atas jemputan itu ya. Jumpa di sana.

04 April, 2010

Selamat Pengantin Baru Effa & Nazri! Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat.







Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku, apa salah ibuku,
Hidupku dirundung pilu,
Tak ada yang mau, dan menginginkan aku ,
Tuk jadi pengobat pilu,
Tuk jadi penawar rindu ,
Tuk jadi kekasih hatiku ,

Timur ke barat, selatan ke utara ,
Tak juga aku berjumpa ,
Dari musim durian, hingga musim rambutan ,
Tak kunjung aku dapatkan ,
Tak jua aku temukan ,
Oh Tuhan inikah cobaan..

Ibu-ibu, bapak-bapak,
Siapa yang punya anak,
Bilang aku aku yang tengah malu ,
Sama teman-temanku ,
Karna cuma diriku, yang tak laku-laku .

Pengumuman-pengumuman ..
Siapa yang mau bantu,
Tolong aku, kasihani aku ,
Tolong carikan diriku, kekasih hatiku,
Siapa yang mau..

Kenapa Saya Masih Single?

“Kenapa saya masih single?” seperti sebuah pertanyaan yang berkonotasi buruk bahawa menjadi single seolah kutukan, tidak laku.

Ibu pernah menasihati saya supaya rajin Solat Hajat, banyak doa supaya dibukakan pintu jodoh seluas-luasnya. Nasihat ini baik, tapi saya juga belum merasa sebegitu putus asa mencari jodoh.
Menyusul semua saran kawan dan orang tua lain supaya saya tidak terlalu memilih supaya tidak terus sendiri.

Bagaimana kalau sendiri itu adalah keputusan saya secara sedar?
Buat saya, menjadi single bukan kutukan yang harus ditakuti dan harus segera disudahi. Hidup ini indah meskipun sendirian, sesuka hati. Pilihan di depan mata bisa diputuskan tanpa terlalu banyak kompromi. Hidup tidak menjadi anomali hanya kerana sendiri. Semua biasa saja.

Kalau suatu hari saya memutuskan untuk berpasangan dan berbagi hidup dengan dia untuk selamanya, maka akan jadi keputusan saya secara sedar. Bukan dikejar deadline usia atau bukan kerana tuntutan sosial dan keluarga.

Malam di Fun Fair, Kuala Selangor.