Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Pertemuan Bersama Pelajar Cemerlang UPSR Tahun 2007 -SKPA (2)

Salam. Bertemu kembali. Hari yang saya nantikan akhirnya tiba. Rancangan yang dibuat lewat minggu lepas untuk berjumpa dengan pelajar cemerlang ini akhirnya tertunai juga hari ini. Walaupun pada paginya saya sempat menghadiri 2 mesyuarat agung secara serentak di SMKA, Kuala Selangor namun bergegas saya ke Puncak Alam bila teringat janji yang harus saya tepati ini. Bukan mudah untuk menulis tentang seseorang yang saya sendiri belum mengenali dan berjumpa ini. Di kesempatan yang ada dapatlah saya mengenali pelajar berkenaan yang saya tidak menyangka masing2 mempunyai potensi yang hebat. Masing-masing mempunyai kemahiran dan cara mereka yang tersendiri. Entahla bagaimana mereka pula melihat saya yang tidak sudah2 bercerita dan terus bercerita. Emm.. barangkali pertemuan inilah sedikit sebanyak membolehkan saya bermula untuk bercerita dan memulakan penulisan saya. Terima kasih kepada Cikgu Norhayati Salleh dan pelajar2 ini yang bekerjasama seterusnya membantu saya melaksanakan tugasan ini…

Antara Mesyuarat Agung Tahunan 2008 dan Mesyuarat Agung Tahunan Keptan kali ke 13.

[Jong-Jong Inai] Program Kecemerlangan Anak-Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan 2008

Salam. Bertemu sekali lagi pada hari ini. Petang tadi sempat saya menghadirkan diri ke mesyuarat program tersebut,walaupun saya sedang bercuti. Ya.. kerana mesyuarat tersebut telah dirancang awal sebelum saya sakit. Menjadi orang yang dibawah ini harus menurut perintah. Ada yang SMS awal memberitahu saya perlu hadiri mesyuarat jam 3 nanti. Terima kasih banyak2 kerana mengingati saya. Perlu juga saya hadir untuk mengetahui apakah kehendak program. Sebagai penulis teks/ skrip saya perlu menulis bagi memenuhi kehendak mereka. Emm.. ternyata semunya menyebelahi saya. Saya bebas untuk merencanakan mengikut kemahuan saya selagi saya tidak melepasi batasan. Bagaimana saya harus bermula?Gementar di dalam hati saya untuk memenuhi tanggungjawab ini. Kadang2 berkobar2 juga, sampai di dalam bilik air mencurah2 idea. Entahla, mungkin disitulah tempat saya berfikir dengan lebih tenang. Maaf, saya terlalu jujur dan agak lucah dengarnya. Tetapi inilah kenyataannya. Saya perlu bersedia sehingga perjum…

Selamat Datang, Jemput Masuk..

Salam. Saya meneruskan penulisan pada kesempatan yang ada ini. Saya bercuti hari ini kerana atas nasihat doktor saya perlu berehat. Nah.. sempat juga saya menulis2 sambil melihat2 paparan2 yang terdahulu. Semuanya istimewa.. Buat saya berkali2 dan selalu terus untuk kembali menjengah lagi. Sedikit pun tidak terasa bosan. Kepada yang baru hadir ke dalam ruang sempit yang saya langsungkankan ke seluruh dunia ini, saya ucapkan selamat datang. Datang la selalu dan datang kembali ya. Tertanya2 kepada saya mengapa gambarnya terlalu banyak hampir2 keseluruhannya paparan. Bagi saya dengan gambar2 ini menciptakan seribu macam makna dan pengertian yang harus difahami. Bukan mudah untuk diucapkan dengan kata2. Namun saya tidak akan membiarkan kalian berfikiran keterlaluan dan bukan2. Nikmatilah.. boleh jadi kalian senang dan terpesona.Semuanya terlalu istimewa.. menjadi kenangan yang terindah. Kepada En. Alias Demyati, terima kasih kerana melawat saya di pejabat tempoh hari. Maaf saya tidak punya…

Minum MILO, Jadi Sihat dan Kuat..

Liril Lagu Pilihan [1]

AGNES MONIKA - MATAHARIKU

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu Kini kau pergi dari hidupku Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati Sejenak luluh bergeming menjauh pergi Tak ada lagi cahaya suci Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati Sejenak luluh bergeming menjauh pergi Tak ada lagi cahaya suci Semua nada beranjak aku terdiam sepi [Gambar Sekadar Hiasan]
Bangbang Ariwan- LebuAmirul- Felda Mempaga.

Wahai Pemanas Baran, Pergilah Melancong.Kiriman dari seorang teman.. (Bersiar-siar di Genting Hingland)

Salam bertemu kembali. Hari yang meletihkan. Semalam terjadi satu hal dalam sejarah. Manusia yang bermacam perangai, bukan mudah sebagai orang biasa untuk menanganinya. Entahla bagaimana untuk difahami, hati2 yang begini. Semua manusia mempunyai hati. Di mana kah letaknya hati perut dan timbang rasa anda? Alhamdulillah saya dikurniakan dengan sifat yang penyabar. Sesekali bertemu dengan orang yang panas baran buat saya takut dan selalu ingat Tuhan. Percayalah tiada siapapun yang suka dan mahu berjumpa dengan orang yang suka marah2. Besabarlah.. Ambil masa untuk bertenang agar semuanya berjalan dengan lancar. Bagaimana saya harus maafkan anda Mejar Zulkifli Ab. Latif? Semoga Tuhan kasihkan anda. Entah bila masanya saya dapat bersiar2 sepertinya seorang teman itu. Minggu lepas sempat juga teman itu mengirimkan saya beberapa rakamannya di Bukit Tinggi. Cemburunya saya.. Pernah beberapa kali merancang untuk ke sana. Tetapi entah bilala saya punya masa. Kepada teman, semoga anda dan teman2…

Kenangan di waktu kecil..

Semuanya telah berubah..Pantai Jeram..Kuala Selangor.

Salam Aman Untuk Malaysia

Saya kembali di sini. Untuk pertama kalinya saya tergerak untuk meluahkan isi hati saya mengenai isu yang menjadi2 di dalam negara. Antara kekalahan Barisan Nasional, Kemenangan Barisan Keadilan Rakyat, Antara Kenaikan harga minyak, dan pemberian gaji sebulan dua kali. Saya bukanlah terlalu kental dan terlalu gagah untuk mempeduli apa pun yang berlaku di sekeliling saya . Lebih2 lagi ianya memberi kesan yang sangat hebat dan perubahan2 inilah yang menentukan perjalanan hidup saya yang berliku2 ini. Saya percaya begitu juga kalian di luar sana. Melihat2 blog2 yang ada di pasaran terlalu banyak pandangan, kritikan secara langsung mahupun secara sindiran. Masing2 mempunyai masalah yang tersendiri dan persoalan yang sama. Saya hanya bisa memandang. Suara saya hanya untuk saya. Bagi saya walau apa yang berlaku sakali pun, saya mengharapkan ’Malaysia Aman’ Cukuplah penderitaan yang terdahulu. Janganlah menjadi manusia yang lupa asal usul dan sejarah. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Selag…

Dia datang lagi..

Salam.. Bercerita tentang seorang teman yang meninggalkan Puncak Alam ini tanpa memberitahu saya lewat 2 minggu lepas. Rupanya2 dia sempat datang dan bertemu saya juga. Walaupun singkat sempat juga menonton bola Euro sampai lewat malam. Petang itu saya makan2, sembang2 di sebuah cafe yang baru dibuka di Shah Alam 2. Datang Puncak Alam jangan lupa singgahla ke rumah saya.. Kalau kalian juga berada di sekitar sini datang dan rasailah keseronokan dan keselesean menjamu selera sambil melayari internet (ada kemudahan WiFi). Saya masih kurang sihat, entah mengapa sampai sekarang saya masih belum sembuh. Barangkali inilah ujian saya, bersusah2 untuk berjaya. Hujung minggu ini saya tetap di kampung. Lama benar saya tidak berkunjung ke Jeti Kuala Selangor..

Hari yang yang Indah..

Salam.. Saya kembali menjengguk ke ruang sempit ini berkali2. Dengan harapan adalah sesiapa yang meninggalkan jejak agar saya faham boleh juga berkongsi pendapat dan akhirnya saya tahu siapa anda yang berkunjung ke halaman saya ini. Saya mengharapkan pelajar2 saya berpuas hati dengan paparan2 saya terdahulu. Semoga hari yang istimewa itu akan diingati selalu. Seperti juga saya ya. Jangan la lupakan saya ya. Selamat kembali ke sekolah kepada Che Mat yang berkunjung ke Sarawak baru2 ini.. Jangan lupa Ole2nya ya.. Kenapa sepi tanpa berita? Nantilah saya melawat anda di Sertik itu ya. Berkenaan dengan 1 Jun yang baru lepas.. Saya tidak punya masa untuk berbuat apa pun. Pada 31-05-2008 saya masih bersusah payah bertugas di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Selesai terus pulang ke Tanjung Malim. Keadaan saya yang keletihan terpaksa menolak untuk makan kenduri di sebuah rumah teman yang saya sayangi. Maaf... Semuanya tidak seperti dirancang. Terima kasih Ayahanda Azmi kerana bersusah payah men…

Sampai Jumpa Lagi..

Balik dari Kem kembali kerja di Puncak Alam. Agak sepi 2-3 hari ini. Teman yang selalu bertandang ke rumah tidak menunjukkkan muka pun. Barangkali banyak perkara2 yang terjadi di sini yang saya terlepas. Selepas disiasat rupa2nya teman itu telah berhenti kerja dan kembali ke kampung.. (Taiping) Erm.. Tidak sempat untuk bertemu mengucap selamat.. Takpelah, Jagala diri baik2, Kalau ada masa datangla melawat saya di sini. Hahaha.. Sempat juga bergambar di sebuah restauran makanan laut di Bandar Puncak Alam ini. Kejutan..

Geng Bas Sekolah. (Tanjung Malim)

Apa Khabar Orang Sarawak??

Petang tadi saya menerima pesanan ringkas dari seorang teman yang berada di Sarawak kerana bercuti. Ermm.. Dengarnya sedang bergembira.. Eloklah anda meluangkan masa yang ada bersama keluarga yang tercinta. Terlalu gembira katanya sebelum ke sana. Bermalam di rumah seorang teman di Selayang. Mesti banyak cerita yang hendak dikongsi bersama. Saya akan menanti kepulangan anda ahad depan ya. Jangan lupa ole2nya,kamik nak ikan masin terubuk.. Kepada En. Tarmizi yang berada di JPS tu, berjaya memasuki ruang ni?? Emm.. semoga berjaya ya. Terima kasih kerana masih mengingati saya. Kepada pelajar2 ku yang berada di mana saja berada saya mendoakan kesejahteraan anda semua.Salam dan jumpa lagi..

Berehat Tengahari Di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. [Part 2]