Salam. Bertemu kembali. Hari yang saya nantikan akhirnya tiba. Rancangan yang dibuat lewat minggu lepas untuk berjumpa dengan pelajar cemerlang ini akhirnya tertunai juga hari ini. Walaupun pada paginya saya sempat menghadiri 2 mesyuarat agung secara serentak di SMKA, Kuala Selangor namun bergegas saya ke Puncak Alam bila teringat janji yang harus saya tepati ini. Bukan mudah untuk menulis tentang seseorang yang saya sendiri belum mengenali dan berjumpa ini. Di kesempatan yang ada dapatlah saya mengenali pelajar berkenaan yang saya tidak menyangka masing2 mempunyai potensi yang hebat. Masing-masing mempunyai kemahiran dan cara mereka yang tersendiri. Entahla bagaimana mereka pula melihat saya yang tidak sudah2 bercerita dan terus bercerita. Emm.. barangkali pertemuan inilah sedikit sebanyak membolehkan saya bermula untuk bercerita dan memulakan penulisan saya. Terima kasih kepada Cikgu Norhayati Salleh dan pelajar2 ini yang bekerjasama seterusnya membantu saya melaksanakan tugasan ini. Nantikan saya dalam masa yang terdekat. Salam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga Tetap Kuat!
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...
-
Kesempatan yang panjang setelah siangnya saya menghabiskan masa di FRIM, Kepong dan Selayang Mall sampai lewat petang. Tidak dirancang pun u...
-
Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Saya kembali setelah sekian lama. Drama yang berlaku di Bulan Jun 2024 sangatlah menguji jiwa, h...
-
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...
No comments:
Post a Comment