Gabungan kisah Wanita yang menampilkan episod luka wanita di dalam beberapa naskah hebat karya Dato' Seri A. Samad Said, Sasterawan Negara. Antaranya dari karya Salina, Lantai T.Pinkie, Di Mana Bulan Selalu Retak, Sungai Mengalir Lesu..
Namaku Tengku Seindah Kuno... . Lantai ini lantai rasa Tempat kasut kasut bercerita Bunyinya kedengaran Suaranya ke kayangan Engkau bahagia Pinkie Kaki menari Engkau bahagia Pinkie Lantai berbunyi Engkau bahagia Pinkie Engkau bahagia Pinkie Lantai sembunyi gementar hati.
Perang meninggalkan kesan
yang tragis, dukacita, hiba, bahkan bahana tersebut mengubah warna kehidupan
seseorang. Salina, kata penulis SN A. Samad Said, wataknya sengaja dibiarkan
begitu, pelacur yang tidak melawan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik kerana
begitulah realiti. Dalam hidup tidak akan sebelah pihak sahaja, pasti akan ada
putih dan hitam, siang dan malam, syurga dan neraka. Apa yang paling penting
dibawa penulis, watak Salina merupakan figur yang akan sering dipersalahkan,
dihina, dicerca, dipulau, sedangkan sebab dan akibat perwatakan seseorang itu
tidak diambil pandang. Yang nampak bahagian depannya sahaja, buruknya sahaja.
Sejarah lampau, baiknya, dilupakan seolah-olah tidak pernah wujud. Tetapi orang
tidak akan tahu, itulah bahana perang. Bukan setakat mengorbankan nyawa dan
harta, bahkan lebih daripada itu.