28 February, 2011

Mengenali Lotus Notes 8.5 (Kursus ICT di UiTM di Kampus Bandaraya Melaka)

Salam. Pagi ini saya menghadiri Kursus ICT di UiTM Kampus Bandaya Melaka. Akibat silap informasi kenderaan yang sepatutnya membawa saya dari Kampus Alor Gajah telah pergi meninggalkan saya suku jam lebih awal. Barangkali inilah cabaran dan dugaan awal yang harus saya terima di sini. Tanpa melengahkan masa saya terus ke kampus Bandaraya Melaka dengan menaiki Teksi dalam keadaan yang saya sendiri tidak tahu di mana kampus ini berada. Mungkin ada hikmahnya ini terjadi, kerana saya berkenalan dengan pakcik pemandu yang sangat baik. (tanggapan awal) Elok benar saya yang baru seminggu dua di sini mengenali orang tempatan yang tahu serba serbi di sini. Pakcik itu bersedia membantu saya sekiranya menghadapi apa2 masalah temasuklah sekiranya menghadapi kerosakan di rumah. Alhamdulillah saya sampai juga walaupun kelas telah bermula.
Terfkir juga, sekiranya saya tidak dapat ke Kampus Bandaraya Melaka, saya nekad akan naik ke pejabat. Munkin nasib juga saya ketinggalan. Tetapi berkat kesungguhan saya, serta betapa pentingnya kursus ini buat saya yang baru bertugas di sini.
Lotus Notes 8.5 aplikasi yang harus dimuaturun ke dalam sebuah kumputer bagi seseorang individu/ staf mengguna pakai sistem email di UiTM. Walaubagaimana pun sistem ini dapat di akses terus dengan mengunjungi laman sesawang http://melaka.uitm.edu.my/ di mana juga berada.
Sistem ini agak mudah, namun peserta kursus yang terdiri daripada pelbagai jawatan ini bergantung kepada ketinggian ilmu pengetahuan masing2. Alhamdulillah, saya tidak ada masalah di dalam memepelajari sistem ini. Terima kasih kepada Puan Rohayu binti Haji Ramli, Pegawai Teknologi Maklumat, Unit Teknologi Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, UiTM kampus Alor Gajah, Melaka. Terima kasih. Wassalam.

27 February, 2011

Minggu Pecah Belon (Kelakar Bukan..?)

Alhamdulillah.. Walaupun kadang-kadang saya dihimpit oleh kesibukan bertugas namun sempat juga saya menulis di sini. Memang benar sepanjang minggu lalu, pelbagai program di sini berlangsung. Tinggal lagi saya mahu hadir atau tidak. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang menjemput saya dengan kad yang hadir di pejabat saya.
Minggu ini saya masih belum menyelesaikan tugasan Pecah Belon. Kelakar bunyinya tetapi tetapi tindakannya sangat bermakna. Dalam bahasa yang indah 'Minggu Suai kenal dengan orang-orang besar dan berpangkat besar di sini. Rasionalnya, kerana dengan ini dapat saya mengenali orang-orang di sekeliling saya. Barangkali ada di antara mereka yang saya akan bekerjasama di dalam menjalankan tanggungjawab saya. Barangkali di sini jugalah saya mengenal siapa yang berkuasa, sikap dan personaliti mereka. Insyallah, saya akan selalu menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, cermat, baik dan menurut perintah. Sudah sebati di dalam diri saya, saya perlu menurut perintah, walaupun saya punya pandangan secara peribadi dan kewajaran. Saya tidak mahu membesar-besarkan hal yang remeh-temeh ini.
Saya menilai seseorang itu bukan kerana paras rupa atau sifat luaranya semata-mata. Ianya hanyalah sesuatu yang tidak kekal dan boleh berubah pada bila-bila masa dengan ketentuan yang maha Esa. Saya menilai seseorang itu dengan hati budi kerana itulah yang abadi. Maaf saya hanya manusia biasa, barangkali kalian yang berpangkat besar dan punya kuasa juga. Tetapi saya percaya di sisi Tuhan, kita manusia sama. Yang membezakan antara manusia dengan manusia yang lain adalah amalan dan kebaikan selama hidupnya.

22 February, 2011

Salam dari jauh. (Bisikan Ayat-Ayat Cinta)

Salam. Akhirnya saya di sini. Baru sehari dua saya bertugas tetapi banyak acara2 besar yang berlangsung, menyebabkan saya agak sibuk. Persekitaran dan suasana kerja yang memang sangat berbeza. Semuanya menjadi menguat semangat kepada saya untuk bangkit lebih berani. Kerja2 begini telah saya tinggalkan lebih 10 tahun yang lalu. Walau ada sekalipun cuma di dalam kelas di dalam kem2 PLKN dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara sejak Tahun 2005 sehingga sekarang.

Sesungguhnya saya telah bersedia. Cuma kadang2 bertemu dengan orang2 besar dan berpangkat di sini menyebabkan saya cangung. Barangkali kerana saya terlalu baru dan masih belum dapat mengerti sikap dan kemahuan orang2 besar ini. Saya masih ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk pagi ini. Ya, staf baru yang masih belum dikenali. Saya faham tugas kalian, dan saya tidak pernah mengalanginya. Bersabarlah ya.

Dalam 2-3 minggu ini saya akan menghadiri beberapa majlis. Akan saya kongsi bersama-sama kalian sedikit masa nanti. Pada Minggu Aspirasi Komunikasi Islam 2, oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media : Antaranya 'Hembusan Ayat-Ayat Cinta'. Pada pandangan saya perkataan 'hembusan' itu agak keterlaluan pada tanggapan makna disebaliknya. Saya lebih suka perkataan 'Bisikan'. Kewajarannya adalah sebagai contoh, hembusan jampi serapah, manakala bisikan ayat-ayat cinta lebih menyentuh hati dan perasaan. Ayat-ayat cinta juga tidak dilafazkan secara keterlaluan. Ianya akan menyebabkan orang lain geli hati, menyampah dan menganggap orang yang melafazkannya gila. Jadi wajarlah saya memetik perkataan Bisikan Ayat-Ayat Cinta.

Tunggu ya.

17 February, 2011

Pulanglah

Saujana luas terbentang,
Dedaun menghijau dan melambai,
Sejuknya mata yang memandang,
Di kampung indah pandangan,

Kicauan burung keringan,
Damainya meresap dalam jiwa,
Walau masih di rantauan,
Resah rindu tetap ku rasa..

Anak Punai terbang tinggi,
Terjatuh pula di tengah laman,
Hatiku sepi menanti,
Rindu mengenangkan kawan yang berada di seberang

Kelopak usiaku,
semakin melayu
Ku pendam di kalbu bilakan bertemu,
Terdengar sorakkan
dengan kawan lama yang sama usia
indahnya..

Keindahan kemakmuran Darul Takzim
menjadi sejarah,
dengan usaha kepimpinannya
kini Johor telah berubah..

Universiti Tekologi MARA Kampus Alor Gajah, Melaka.

Alhamdulillah, akhirnya saya telah tiba di sini. 16-02-2011 saya mula bertugas di tempat serba baru dan tanggungjawab baru. Bukan mudah saya membuat keputusan meninggalkan kerja lama, namun inilah keputusan yang harus saya buat demi masa hadapan.
Selamat berkenalan kepada semua warga UiTM, Kampus Alor Gajah, Melaka. Terimalah kehadiran saya ini dengan sokongan dan tunjuk ajar. Maaf,sekiranya saya yang serba baru ini terlalu banyak bertanya dan semoga kita dapat berkerjasama dalam menjalankan amanah yang diberikan.

11 February, 2011

Selamat Tinggal SK Puncak Alam (2)

Salam.
Akhirnya, masa yang dijanjikan telah tiba juga. Mulai 15-02-2011 secara rasminya saya tidak lagi bertugas dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2). Terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-Guru serta teman-teman staf di SKPA2 yang selama saya berkhidmat ini, memberi tunjuk ajar, pengalaman, sokongan dan kerjasama yang baik.
Walaupun sedih saya terpaksa membuat keputusan yang sewajarnya demi masa hadapan. Saya doakan semoga kalian sihat sejahtera dan menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan, kegemilangan SKPA2. Saya memohon ribuan maaf, halal di dunia dan akhirat, sekiranya terdapat salah dan silap sewaktu saya menjalankan tugas di SKPA2 sama ada di dalam sedar atau pun tidak.

Saya akan bertugas di Bah. Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA, Kampus Alor Gajah, Melaka. Saya percaya, sekiranya umur panjang, dapat kita berjumpa lagi di suasana yang berbeza. Sekian, jumpa lagi.

02 February, 2011

Selamat Tahun Baharu Cina 2011!!

ANTARA BARU DAN BAHARU : YANG MANA YANG BETUL?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan

Kedua-dua ejaan baru dan baharu (kata sifat) boleh digunakan jika merujuk pada "new", contohnya rumah baharu atau rumah baru, manakala baru (kata bantu) tidak boleh digantikan dengan baharu, contohnya baru-baru ini dia mengalami sakit kepala atau dia baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur.


Pantun (1 Malaysia)

Terbang di awan si rama-rama,
Hinggap tempua di dahan jambu,
1 Negara, 1 Malaysia,
Seia sekata rakyat bersatu.

Pedagang seberang membawa kelapa,
Menebang jati di hutan hulu,
Pelbagai kaum, 1 bangsa,
1 Malaysia bersayu padu.

Dari Utara menuju selatan,
Singgah bermalam di rumah nyonya,
Hormat menghormati sesama insan,
Walau berbeza fahaman dan agama.

Ambil santan kelapa puan,
Ambil lada di atas para,
Rakyat didahulukan, pencapaikan diutamakan,
Menjadi teras 1 Malaysia.

Pergi ke laut menjala tenggiri,
Dapat pula ikan gelama,
Negara Malaysia aman harmoni,
Terkenal masyhur di antarabangsa.

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...