11 February, 2011

Selamat Tinggal SK Puncak Alam (2)

Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman!

Akhirnya, masa yang dijanjikan telah tiba juga. Mulai 15-02-2011 secara rasminya saya tidak lagi bertugas dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam (2). Terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-Guru serta teman-teman staf di SKPA2 yang selama saya berkhidmat ini, memberi tunjuk ajar, pengalaman, sokongan dan kerjasama yang baik.
Walaupun sedih saya terpaksa membuat keputusan yang sewajarnya demi masa hadapan. Saya doakan semoga kalian sihat sejahtera dan menjalankan tanggungjawab masing-masing demi kecemerlangan, kegemilangan SKPA2. Saya memohon ribuan maaf, halal di dunia dan akhirat, sekiranya terdapat salah dan silap sewaktu saya menjalankan tugas di SKPA2 sama ada di dalam sedar atau pun tidak.

Saya akan bertugas mulai di Bah. Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA, Kampus Alor Gajah, Melaka. Saya percaya, sekiranya umur panjang, dapat kita berjumpa lagi di suasana yang berbeza. Sekian, jumpa lagi.

No comments:

Mohon Fikir Yang Baik-Baik!

Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman. Saya bukan orang yang sempurna. Tetapi kalau satu hari nanti kalian sebut tentang...