Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

09 July, 2014

Hilang Berganti.

Assalamualaikum.wkt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih bernafas, bernyawa dan punya jiwa. Hari ini saya kembali menulis. Sudah lama tidak menulis buat saya malas sedangkan hati dan fikiran ni terus berkata-kata sendiri. Ternyata hari-hari yang berlalu meninggalkan banyak pengalaman buat saya. Bukan semua orang mengerti hati dan perasaan kita. Hanya Allah SWT yang tahu. Terima kasih kepada teman yang ada kerana menyokong saya selama ini. Jasa mu tidak pernah saya lupakan. Kalau ada peluang biarlah saya membalasnya, kalau tidak saya serah hanya pada Tuhan. 

  

18 June, 2014

Sendiri Itu Lebih Baik (Menjadi Lebih Sempurna).

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI kerana saya masih berjiwa dan bernyawa. Hari demi hari banyak juga lah yang berlaku. Sesungguhnya saya ini serba sederhana dan lemah.

Jika ingin bersahabat, jangan terlalu mencari sahabat yang sempurna..
Tetapi carilah seseorang yang boleh membuatkan kamu menjadi sempurna..
Bila kamu bersahabat dengannya….

Jika ingin mencari pasangan..
Jangan terlau mengharapkan yang soleh dan solehah…
Tetapi menjadilah soleh dan solehah yang terlebih dahulu...

Sesungguhnya, kita semua di dunia ini tidak sempurna, tetapi kita akan menjadi sempurna apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap dari kalian tentu sahaja  menginginkan yang sempurna..tetapi kita harus sedar bahawa, kita semua ini tidak sempurna kerana hanya ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan itu.

Berusaha lah untuk menjadi yang sempurna pandangan ALLAH kerana Dia sentiasa berada di samping kita di kala suka dan duka. Mengenai kawan yang mengambil kesempatan di atas ketidaksempurnaan kita, ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.