Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

06 November, 2009

Sukar Untuk Dibicarakan Tentang Dia - SULIT

Berkali-kali saya memikirkan perkara ini. Saya tahu sejak berjumpa, dia sememangnya telah berubah. Barangkali berada di dalam itu membuatkan dia bertambah matang. Pergaulan bersama-sama teman baru serta mungkin juga banyak perkara yang dipelajari membuatkan dia serius sahaja. Aneh juga di dalam hati saya, sukarnya untuk membuat dia tersenyum. Teringat arwah abah saya pun begitu juga dulu. Jarang-jarang saya melihat mukanya. Kalau melihat pun hanya seimbas lalu kemudian saya menundukkan muka dan terus berlalu. Saya bukan ada buat salah pun, tetapi perasaan takut kepada arwah abah dulu membuatkan saya begitu. Saya percaya dia pun begitu dengan ayahnya (arwah datuk) dulu. Berbalik kepada teman saya itu. Saya percaya dari riak mukanya menyimpan banyak rahsia yang disembunyikan dari saya. Ternyata dengan kebijaksanaan, saya berjaya merungkai rahsia itu. Saya tidak bisa bercerita tentang itu, saya sedih, kasihan dan geram.

Pernah juga dia melahirkan perasaan kekesalan. Tetapi sudah rezeki dia ditempatkan di situ. Saya pun tidak pernah berjanji untuk begitu hampir dengannya. Semuanya kebetulan dan takdir membawanya ke situ. Dia selalu mengadu kepada saya hal-hal yang berlaku sehariannya. Mata-mata yang memandang seakan serong kepadanya. Saya selalu memberi sokongan agar teman saya itu meneruskan kehidupan. Masa akan menentukankan segalanya. Kekecewaan dan keperitan yang di alami akan menjadi kenangan. Kuatkan semangat!!

Dia melarang saya untuk berbicara di sini. Dia tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan kerana ini akan memalukan dirinya sendiri. Namun bagi saya perkara inilah yang perlu diketahui oleh orang ramai. Wajarkah saya yang mengetahui kebenaran tentang itu dan terus mendiamkan diri. Saya menulis ini pun bukan kerana inginkan nama. Saya berani kerana benar. Sebagai contoh kita menangis kerana kekejaman yang dilakukan oleh Israel kepada rakyat Palestin. Tetapi apa kurangnnya saudara anda sendiri ditindas, diperalatkan, dibuli, diperolok-olokkan oleh orang yang mempunyai status senior, berjawatan dan berpangkat besar. Masih wujudkah penindasan emosi yang sebegini di Negara Malaysia yang indah, permai, aman dan damai ini?

Saya percaya perkara itu terlalu serius untuk diperkatakan. Ramai yang tidak mahu masuk campur kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Ramai yang tidak mampu bersuara. Harapan saya agar perikemanusian akan terus terpelihara. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bantu-membantu kembali diamalkan oleh masyarakat kita. Doa saya juga agar teman saya itu bertugas dengan penuh tanggungjawab. Senyumlah
wahai teman.. masih ada yang sayang.
(Gambar Hiasan Semata-mata)

02 November, 2009

Firasat Kena Mengena.

Masih muda, mengorbankan kesihatan mencari harta,
Sudah tua, mengorbankan harta mencari kesihatan..

Kerana harta, orang asing menjadi seperti saudara,
Kerana harta, saudara menjadi seperti orang asing..

Orang kaya mampu membeli tilam yang baik,
tetapi tidak bisa tidur enak (stress...)
Orang miskin tidak mampu membeli tilam yang baik,
tetapi bisa tidur enak (penat menjadi kuli...)

Orang kaya punya duit buat berfoya-foya,
tetapi tidak punya waktu..
Orang miskin punya waktu buat ber foya-foya,
tetapi tidak punya duit..

Masih muda, mahu menjadi kaya biar menikmati kekayaan,
Sudah kaya, tidak punya waktu buat menikmati kekayaan.
Sekali punya waktu buat menikmati kekayaan,
Sudah mulai tua dan tidak ada tenaga..

Bersyukurlah dan nikmati apa yang ada..


Irshadi Bagas.

EXTRA = Kemuncak Anugerah 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan) - Kemenjadian Transformasi SKPA(2) Part : 04


Salam. Bertemu lagi kita di dalam ruang yang serba sempit ini. Lewat beberapa minggu yang lalu sehingga la minggu ini saya hanya mampu menghantar gambar-gambar buat tatapan kalian. Bukan saya tidak mahu bercerita namun tidak punya banyak masa yang terluang untuk saya menulis. Selepas pulang dari berkursus di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang saya kembali ke pejabat. Menguruskan dan menyelesaikan tugasan yang tertangguh hampir seminggu. Pemantauan, Penilaian dan Penghakiman 3K pula. Semua warga SKPA(2) bertungkus lumus menyediakan yang terbaik pada hari yang dinantikan itu. Termasuklah saya.Kadang-Kadang pulang lewat menyelesaikan fail-fail yang baru wujud bagi program 3K. Saya cuma pekerja biasa yang jarang sangat pendapat saya didengari. Entahla, barangkali saya tidak belajar tinggi, ilmu yang saya miliki pun tidak sebijak mana. Jika diikutkan hati, saya tidak mahu bersusah payah membantu dalam program 3K ini. Dari awal lagi saya telah menjangka masalah akan timbul, kerana semasa perbentangan jawatankuasa program saya hanya ditugaskan menjaga pasu pokok bunga di tepi tangga. Saya bukan inginkan nama cuma, pada pendapat saya tugas melantik jawatankuasa sangat penting, kerana orang tersebut bertanggungjawab sepenuhnya atas tugas yang diberikan. Seperkara lagi Program 3K bukan setakat menjaga kebersihan Tandas tetapi lebih daripada itu. Jadi perbentangan dan agihan tugas pada mesyuarat pertama 3K itu sangat tidak memuaskan. Guru-guru kebanyakkan diagihkan menjaga tandas. Sepatutnya pada ketika itu, telah wujud ketiga-tiga kumpulan jawatankuasa bagi Unit Kebersihan, Unit Kesihatan dan Unit Keselamatan. Tidaklah menjadi masalah di akhir-akhir hari penilaian. Sambutan dan Pelancaran 3K yang dicadangkan di dalam mesyuarat pun gagal dilaksanakan.Semoga ini menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita semua. Penilaian (Post-mortem)sangat membantu di dalam memastikan kesempurnaan. Saya sangat menitik berat kesempurnaan dan selalu melakukan tanggungjawab dengan terbaik.
Semuanya telah berlalu semoga, SKPA(2) berjaya! Lewat minggu lepas juga seorang staf (Kak Shamsiah) di SKPA(2) mengerjakan haji di Mekkah. Bertambah la kerja saya kerana memangku tugasannya selama 44 hari. Semoga Kak Sham mendapat haji yang mambrur.. Amin.
Dalam seminggu dua ini juga saya dilawati Along (Asrul Bin Abu Seman). Datang dengan hajat yang dari awal saya telah ketahui. Sengaja saya membiarkan diri saya bertemu dengannya kerana hampir 5 tahun juga saya tidak berjumpa dengannya. Dia kelihatan hebat dan bergaya, sentiasa bercerita tentang syarikatnya yang semakin maju. Barkali-kali mengajak saya ke pejabatnya bersebelahan dengan KLCC. Tetapi saya tetap tidak punya masa.Nantila saya akan fikirkan.
Ketika ini saya mengambil cuti rehat. Hujan dan kadang-kadang panas buat suhu badan saya tidak menentu. Alhamdulilah, semuanya akan kembali seperti biasa. Sampai bertemu lagi. Rindunya dengan Cikgu Che Mat yang telah seminggu ke Jepun. Dua bulan di sana, jagan lupa teman-teman di sini. Jangan lupa ole-ole dari Jepun ya. Selamat belajar di atas kapal laut..Selamat pergi dan selamat kembali.. Wasalam.