Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

06 November, 2009

Sukar Untuk Dibicarakan Tentang Dia - SULIT

Berkali-kali saya memikirkan perkara ini. Saya tahu sejak berjumpa, dia sememangnya telah berubah. Barangkali berada di dalam itu membuatkan dia bertambah matang. Pergaulan bersama-sama teman baru serta mungkin juga banyak perkara yang dipelajari membuatkan dia serius sahaja. Aneh juga di dalam hati saya, sukarnya untuk membuat dia tersenyum. Teringat arwah abah saya pun begitu juga dulu. Jarang-jarang saya melihat mukanya. Kalau melihat pun hanya seimbas lalu kemudian saya menundukkan muka dan terus berlalu. Saya bukan ada buat salah pun, tetapi perasaan takut kepada arwah abah dulu membuatkan saya begitu. Saya percaya dia pun begitu dengan ayahnya (arwah datuk) dulu. Berbalik kepada teman saya itu. Saya percaya dari riak mukanya menyimpan banyak rahsia yang disembunyikan dari saya. Ternyata dengan kebijaksanaan, saya berjaya merungkai rahsia itu. Saya tidak bisa bercerita tentang itu, saya sedih, kasihan dan geram.

Pernah juga dia melahirkan perasaan kekesalan. Tetapi sudah rezeki dia ditempatkan di situ. Saya pun tidak pernah berjanji untuk begitu hampir dengannya. Semuanya kebetulan dan takdir membawanya ke situ. Dia selalu mengadu kepada saya hal-hal yang berlaku sehariannya. Mata-mata yang memandang seakan serong kepadanya. Saya selalu memberi sokongan agar teman saya itu meneruskan kehidupan. Masa akan menentukankan segalanya. Kekecewaan dan keperitan yang di alami akan menjadi kenangan. Kuatkan semangat!!

Dia melarang saya untuk berbicara di sini. Dia tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan kerana ini akan memalukan dirinya sendiri. Namun bagi saya perkara inilah yang perlu diketahui oleh orang ramai. Wajarkah saya yang mengetahui kebenaran tentang itu dan terus mendiamkan diri. Saya menulis ini pun bukan kerana inginkan nama. Saya berani kerana benar. Sebagai contoh kita menangis kerana kekejaman yang dilakukan oleh Israel kepada rakyat Palestin. Tetapi apa kurangnnya saudara anda sendiri ditindas, diperalatkan, dibuli, diperolok-olokkan oleh orang yang mempunyai status senior, berjawatan dan berpangkat besar. Masih wujudkah penindasan emosi yang sebegini di Negara Malaysia yang indah, permai, aman dan damai ini?

Saya percaya perkara itu terlalu serius untuk diperkatakan. Ramai yang tidak mahu masuk campur kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Ramai yang tidak mampu bersuara. Harapan saya agar perikemanusian akan terus terpelihara. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bantu-membantu kembali diamalkan oleh masyarakat kita. Doa saya juga agar teman saya itu bertugas dengan penuh tanggungjawab. Senyumlah
wahai teman.. masih ada yang sayang.
(Gambar Hiasan Semata-mata)