Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Temui Teman Lama.

Assalamualaikum semua. Jumpa saya lagi.

Terima kasih Facebook kerana saya telah temui teman lama saya di USM sekitar tahun 1999. Pernah dulu saya siarkan gambarnya.

Catatan saya yang terdahulu :http://zachatta.blogspot.com/2009/03/teman-lama-yang-lama-menghilang-tahun.html











Masa merubah segalanya.

Siapakah Teman? - Ikhsan : econpolic.blogspot.com

Bagaimana harus saya melupakan dirimu? :'( Semakin hari semakin terasa kehilangan mu..

Saya Tidak Pernah Diajar Mencarut.

Salam buat teman-teman semua walau di mana jua kalian berada. Alhamdulilah.. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana ketika ini saya di dalam keadaan sihat walafiat dan semakin bersemangat setelah hampir 4 bulan saya bermastautin di Bandaraya Melaka Warisan Dunia ini. Yang telah meninggal pergi, akan terus saya doakan dan kenangi sampai akhir usia. Sepanjang tempoh ini, saya berkenalan dengan ramai orang. Dari kenalan di tempat kerja, pelajar sehinggalah teman sekitar taman. Masing-masing dengan kepelbagaian rasa dan perangai. Saya sebagai orang baru dan merantau ini, cuba untuk berkawan dengan semua orang. Saya manusia yang sederhana dan suka berbuat baik. Maaf kalau kalian akan menganggap saya sekadar memuji diri sendiri. Percaya atau tidak, itulah saya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi mengata orang tidak tentu pasal. Ibu dan arwah bapa saya tidak pernah mengajar saya bercakap kasar atau bermulut celupar. Sukar …

Kurniaan Dalam Samaran

Kiambang hanyut ke muara Perahu pulang ke penambang Lambat laun kan bersua Biarpun di gulung gelombang
Dugaan yang tak di sangka Perpisahan yang dipaksa Kurniaan yang dalam samaran Itu yang ku harapkan
Berpijak pada bumi nyata Bak meniti jambatan bara Jalan yang mana harus kami lalui Jalan lurus mereka halangi
Kita dibiar terapung Di awangan cinta Diperbudak-budakkan saja Bagaikan boneka cinta
Kerana kebangsawanan Dan sandiwara mereka Dua hati menjadi beku Rela dilempar ke gurun debu Walau apa hadapi bersama Demi cinta...oh... Cinta kita.

Hanya Pada Mu.

Alhamdulilah.. Bertemu kembali. Berkali-kali niat saya ingin menulis kembali di sini. Terlalu lama rasanya saya berdiam diri terus. Bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi ketika ingin mula menulis saya selalu terhenti dengan gangguan kerja. Buka dan sekadar hanya melihat teman-teman yang singgah lalu di sini. Sekadar menghantar gambar-gambar dan lirik-lirik lagu sebagai tanda yang ruang sempit ini saya kunjungi dan dikemaskini walaupun saya tidak berbicara.


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd Zulfahmee Ismail, Pegawai Kebudayaan dan Perlancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menjemput saya membuat persembahan di Malam Puisi Riong MBSA- Berita Harian pada 06-05-2011, di laman Budaya Shah Alam, Selangor. Maaf kerana baru sekarang saya berkesempatan mengucapkannya secara rasmi. Terima kasih juga kepada adik Amal (tingkatan 3) dari SMK Kepong, Frim, Selangor yang mengiringi saya pada malam itu dengan petikan gitar akustiknya.

Berbicara sekitar dua minggu lepas, Hati…