02 June, 2011

Hanya Pada Mu.

Alhamdulilah.. Bertemu kembali. Berkali-kali niat saya ingin menulis kembali di sini. Terlalu lama rasanya saya berdiam diri terus. Bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi ketika ingin mula menulis saya selalu terhenti dengan gangguan kerja. Buka dan sekadar hanya melihat teman-teman yang singgah lalu di sini. Sekadar menghantar gambar-gambar dan lirik-lirik lagu sebagai tanda yang ruang sempit ini saya kunjungi dan dikemaskini walaupun saya tidak berbicara.


Jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd Zulfahmee Ismail, Pegawai Kebudayaan dan Perlancongan, Majlis Bandaraya Shah Alam kerana menjemput saya membuat persembahan di Malam Puisi Riong MBSA- Berita Harian pada 06-05-2011, di laman Budaya Shah Alam, Selangor. Maaf kerana baru sekarang saya berkesempatan mengucapkannya secara rasmi. Terima kasih juga kepada adik Amal (tingkatan 3) dari SMK Kepong, Frim, Selangor yang mengiringi saya pada malam itu dengan petikan gitar akustiknya.


Berbicara sekitar dua minggu lepas, Hati saya benar-benar teruji. Barangkali teman-teman juga mengerti. Catatan saya terdahulu, hanya sempat memaparkan gambar arwah. Bibir saya terkunci rapat, lidah saya kelu membisu. Pemergian seorang teman baik saya menyebabkan saya kesedihan dan kemurungan. Saya bukanlah seorang yang sukar untuk menerima kenyataan yang kematian itu adalah pasti. Tetapi pemergiannya mengejutkan. Semalaman juga saya berdoa, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Kerana janji, sesungguhnya arwah sahabat saya sehingga ke akhirnya. Alhamdulilah, saya lega kerana niat untuk ziarah ke pusara arwah tertunai juga walaupun selepas genap seminggu arwah meninggal dunia. Terlalu sebak dada dan pilu hati saya dipusaranya. Merenung kembali, berkawan dengan arwah, meningalkan kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin saya lupakan sehingga ke akhir hayat.


Al-Fatihah..



















No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...