25 December, 2018

Di Hujung Disember.

Punya mata tapi tidak melihat. Punya telinga namun tidak mendengar. Punya hati namun tidak cuba memahami.

Selamat Malam Dunia..!

19 December, 2018

Suka Duka Hujung Tahun 2018.

Assalamualaikum.wkt dan Salam Hormat.

Masa berlalu begitu pantas. Setiap hari berlalu dengan segala pengajaran. Ada suka, ada duka yang mengiringi hati dan lubuk jiwa saya. Alhamdulillah..sehingga ketika ini Allah SWT masih mengizinkan saya bernafas dan memberikan kesihatan yang baik. Saya mengharap kalian begitu juga.

Hujung tahun ini terlalu penat dan lelah, menjalani hari yang ada. Melangsaikan tanggungjawab yang telah direncanakan. Masih belum sempat bercuti. Maaf pada Mak di kampung, saya sudah jarang dan lama tidak pulang. Terima kasih kepada semua yang bersama-sama saya selama ini. Terima kasih kepada rakan serumah yang tetap bertahan sehingga akhirnya selamat berbahagia hendaknya.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya, serasa keluarga bagi saya yang merantau ini (biarlah di dalam hati sahaja), Boss yang memberi kepercayaan dan sokongan, anak-anak Kebudayaan KAG yang bersusah senang bersama beraktiviti dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan pujian dan bayaran. Saya percaya semua itu akan datang dengan sendirinya. Tanpa kalian semua siapalah saya yang serba kekurangan ini. Saya cuma manusia biasa yang serba tidak sempurna. Kalianla yang memberi semangat dan kekuatan untuk saya lebih kuat meniti hari-hari yang mendatang. 

Anak - Anak Kebudayaan KAG
Sampai Jumpa Lagi.

Alhamdulillah, terima kasih di atas Anugerah Pentadbir Terbaik 2018, UiTM Cawangan Melaka.

22 September, 2018

Redha.

Oleh kerana di akhirnya pandangan manusia terhadap kita adalah berdasarkan apa yang mereka fikir dan rasa,  maka tak perlu berlelah berlebih lebihan untuk tampak baik di mata manusia kerana redha manusia adalah tujuan yang tak pernah dapat kita capai.Cukuplah dengan redha Allah.

08 September, 2018

Janji.

Jika perjuangan itu mudah,
Pasti ramai yg akan turut serta.
Jika perjuangan itu menjanjikan kesenangan, Pasti ramai yang tertarik dan terpesona.
Tapi hakikatnya perjuangan bukan mudah.
Jatuh, bangun, sakit perit, pedihnya,
Umpama manis, pahit, masam, yang tidak terhingga,
Jika kita rebah, BANGKITLAH!
Jika terluka, INGATLAH JANJINYA  

06 September, 2018

Tuhan Kasih.

Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

27 August, 2018

Hei! Sila Baca!


Assalamualaikum.wkt
Hei kamu! Sila baca ini.
Orang kata pengalaman selalu mendewasakan kita. Umur muda atau tua juga belum tentu mematangkan akal fikiran. Kelebihan dan keistimewaan yang Allah s.wt jadikan manusia ini berbeza-beza. Tentu sahaja, lahir dengan kelemahan juga. Semakin hari usia kita meningkat, barangkali banyak juga yang telah kita lalui. Cabaran, dugaan, jatuh bangun, perit getir dan onak duri. Ketika ini juga, setelah semuanya berlalu banyak hal menjadi pengajaran berguna buat saya dan kita semua.

Semasa awal remaja, bukan hal yang saya rancang! Menjadi seorang yang matang, bermisai, berkumis dan berjanggut. Walaupun tidaklah setebal mana. Cuba untuk menjadi lebih dewasa dalam segala hal. Menjadi serba tahu dan serba boleh mencuba. Saya kira bukan hanya saya sahaja, tentu yang lain-lain juga. Penampilan yang matang itu mungkin akan senang diterima oleh semua orang dan dalam banyak hal dapat menghalalkan tindakan dan lebih bebas. Ternyata pada usia muda itu, saya mengejar untuk menjadi lebih dewasa! Bonus apabila lahir dengan fizikal yang bertubuh besar. Tiada ada apa-apa yang salah pun tentang itu.  

Setelah beberapa tahun berlalu. Semuanya berubah. Rambut yang hitam telah mula putih beruban. Ada teman yang lain sudah mulai botak. Setiap hari misai dan janggut harus dicukur. Rambut yang putih setiap minggu harus dihitamkan. Agar nampak lebih kemas dan cantik dan langsung hati lebih bermotivasi. Semangat menjalani hari-hari yang mendatang. Kalau lah boleh, masa itu dihentikan agar usia kita tidak berganjak sedikit pun. Tanpa kedut di muka, uban di rambut atau lemak di perut. Tentu sahaja bahagia. Tidak perlu memikirkan gaya atau stail. Tidak stress memikirkan banyak hal. Alangkah ruginya semasa remaja kita berkejar-kejar untuk cepat dewasa. Apabila dewasa kita cuba menyembunyikan usia kita. Bertanya tentang umur juga menjadi sesuatu yang sangat sensitif. Ada juga yang selalu mengatakan ada apa dengan umur? Hati tetap muda.  Benar, pentingnya adalah hati manusia itu sendiri yang harus sedar. Kesedaran yang sebenarnya hidup kita ini hanya persinggahan dan sementara. Jalani hidup kalian dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi.



16 July, 2018

Jom Kita Liburan.


Banyak cara menyembuhkan patah hati akibat putus cinta. Tapi tahukah Anda berjalan-jalan dapat menjadi salah satu alternatif  yang menyenangkan...?

Jika jalan-jalan memang merupakan hobi Anda, mengapa tak mencubanya untuk mengurangi patah hati kerana kehilangan cinta...?

Ini bukan cara untuk melarikan diri dari kenyataan, tetapi lebih kepada cara menemukan diri Anda kembali serta membangkitkan kepercayaan diri.

Tujuan
Tempat tujuan bergantung dari banyak hal, termasuk anggaran Bajet. Fikirkan sebaik-baiknya mana yang paling Anda suka. Jangan pergi ke tempat yang menyimpan kenangan khusus dengan si mantan. Lebih baik pilih tujuan yang banyak menawarkan kegiatan menyenangkan dan berkempatan bertemu teman baharu.
 
Ajak teman.
Anda boleh memilih untuk menghabiskan liburan sendirian atau menambah ceria suasana dengan kehadiran sahabat. Kehadirannya boleh membantu meningkatkan suasana hati Anda atau boleh mengingatkan Anda ketika merancang melakukan hal-hal berbahaya.

Tampil Menarik (Segak/ Menawan)
Ini penting! Jangan mengabaikan penampilan Anda saat berlibur. Tampil cantik bukan bererti ingin memukau orang lain tapi untuk meningkatkan kepercayaan diri sendiri. Dengan penampilan yang menarik, Anda lebih percaya diri dan boleh meningkatkan mood menjadi lebih baik.
 
Pilihan Aktiviti.
Ingat-ingat kembali apa hobi lama Anda. Fotografi, memasak, melukis, atau berenang? Pilih tempat liburan yang membolehkan Anda menyalurkan kembali hobi tersebut. Mungkin saja dulu Anda terlalu sibuk dengan kekasih sehingga tak punya banyak waktu untuk meneruskan hobi.

Ikuti kelas masak tradisional di tempat tujuan atau cuba menjelajahi berbagai pilihan kuliner menarik di tempat berlibur. Temukan kembali potensi dan kepercayaan diri Anda lewat kegiatan dan hobi yang lama terpendam.

Lakukan banyak kegiatan fizikal seperti olahraga atau berjalan kaki. Hindari terlalu banyak duduk diam dan merenung. Kegiatan ini hanya akan membuat Anda mengingat kembali luka lama dengan si dia. Kegiatan fizikal yang menyenangkan boleh meningkatkan mood dan mengurangi stres.

 
Berteman.
Ingat batasan Anda dengan si teman baharu, jangan terlalu banyak memberikan informasi pribadi pada awal-awal pertemuan. Ajak sahabat Anda agar ada teman yang selalu mengingatkan.

Memiliki teman baharu boleh membuka wawasan dan pengetahuan. Boleh jadi Anda juga terinspirasi oleh cerita perjalanan atau pandangannya tentang hidup. Teman baharu biasanya juga memiliki cara pandang berbeza tentang diri Anda yang belum tentu Anda sedari. Siapa tahu Anda menemukan potensi diri terpendam dari perbincangan dengan si teman baharu.

 Stops dan Releks.
Ini adalah saatnya Anda berlibur dan bersenang-senang. Jika memungkinkan, lepaskanlah diri Anda dari segala hal yang mengingatkan Anda pada si dia. Tak perlu membuka Twitter atau membaca halaman Facebook. Seboleh-boleh mungkin, fokus pada diri Anda dan keinginan untuk pulih dari kisah cinta yang buruk. Jika memungkinkan, matikan telepon dan lepaskan diri Anda dari rutin atau pesanan yang menganggu perhatian dan fikiran.

 Sukarelawan.
Jika binggung ingin liburan ke mana, menjadi sukarelawan di daerah tertentu mungkin boleh menjadi pilihan. Di Internet, cari kegiatan yang sesuai dengan minat Anda. Membantu orang lain boleh membuat Anda merasa berguna dan meningkatkan kepercayaan diri.
Anda boleh merasa dunia tidak hanya berputar dan masih banyak orang yang memerlukan kehadiran Anda.
Semangat!



09 July, 2018

Kembara Budaya Nusantara 2018 (21 Februari 2018 - 24 Februari 2018) Hari Kedua.

 Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI) Bandung, Indonesia
Fakultas Seni Pertunjukan
Ucapan dari Dr. Heri Herdini, M.Hum,
Dekan Fakultas Seni Pertunjukan, ISBI Bandung, Indonesia.
 
Setinggi-Tinggi Penghargaan di atas sambutan dan silaturahim dari ISBI, Bandung, Indonesia.

Kembara Budaya Nusantara 2018 (21 Februari 2018 - 24 Februari 2018) Hari Pertama

Institut Kesenian Jakarta (IKJ) Indonesia.

 
Ingatan Tulus Ikhlas dan Penghargaan
Wakil Dekan III
Bapak Hestu Wredayanto, M.Sn
Institut Kesenian Jakarta, Indonesia.

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...