Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

09 July, 2014

Hilang Berganti.

Assalamualaikum.wkt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih bernafas, bernyawa dan punya jiwa. Hari ini saya kembali menulis. Sudah lama tidak menulis buat saya malas sedangkan hati dan fikiran ni terus berkata-kata sendiri. Ternyata hari-hari yang berlalu meninggalkan banyak pengalaman buat saya. Bukan semua orang mengerti hati dan perasaan kita. Hanya Allah SWT yang tahu. Terima kasih kepada teman yang ada kerana menyokong saya selama ini. Jasa mu tidak pernah saya lupakan. Kalau ada peluang biarlah saya membalasnya, kalau tidak saya serah hanya pada Tuhan.