30 March, 2009

Sembang Kosong. (Kembali Menulis)

Selamat Sejahtera. Bertemu kembali. Hampir sebulan saya tidak menulis di sini. Sekadar meletakkan gambar2 yang menjadi kenangan manis mahupun pahit suatu masa dulu. Jangan marah kepada yang gambarnya terpangpang di sini ya. Terutamanya Zureen yang saya kenali. Di mana anda sekarang ya? Semua sudah tahu saya agak sibuk kebelakang ini. Cuaca yang tidak menentu buat badan saya yang lemah ini turut hanyut dan tersadai dipukul gelora gelombang. Macam-macam ubat telah ditelan namun sakit susah juga mahu hilang. Hinggalah hampir dua minggu saya kembali bersemangat untuk bekerja dan terus bekerja.
Tiada yang istimewa.. Cuma panggilan dari teman lama dari Kampung Lalang, Kuala Kubu Bharu. lama benar saya tidak berjumpa dengannya. Hampir empat tahun lamanya. Ya saya sempat bersembang-sembang dengannya yang kini bekerja di Rawang. Entahla bila saya punya masa untuk ketemu dengannya. Tahziah di atas pemergian abang kandungnya. Semoga terus tabah.
Semalam dan hari ini saya dihubungi oleh teman sekolah lama dulu. Ini semua tidak dirancang oleh saya. Mungkin kebetulan.. Seorang teman namanya Cik Rohani yang bekerja di Ijok. Seorang lagi namanya Mohd Fairus (Teman sekampung juga) yang sekarang bekerja di Bandar Damansara. Khabarnya ingin merancang membuat Perjumpaan Teman Lama Sekolah dulu. Seingat saya sekali sahaja saya pernah hadir dulu. Itupun di Pantai Remis. Menu santapan pada perjumpaan itu adalah Ikan Bakar.Emm.. Beberapa tahun kemudian saya terus sahaja menyepi walaupun saya tahu mereka inginkan saya turut serta berkali-kali. Sampai kerumah saya dijemputnya. Maaf banyak2 dan terima kasih kerana kalian masih terus mengingati saya.Kali ini mahu ke mana ya?? Buat Fairus selalu la melawat saya di blog ini.
Buat teman-teman lain jangan marah kerana saya sekadar bersembang kosong di sini. Saya mendoakan kalian semua sihat sejahtera. Wasalam.

19 March, 2009

Selamat Ulang Tahun Hari Lahir 20-03-2009!!

(Buat Teman yang berada di kem latihan di perbatasan, Negeri Sembilan)
Semoga Panjang Umur, murah rezeki..


Selamat Ulang Tahun Sayang.

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

AFUNDI AKIM (ihsan astro ria)





















10 March, 2009

Terima Kasih Buat Semua.











Salam. Hampir dua tiga minggu ini saya sekadar melihat-lihat ruang sempit saya ini. Menghantar gambar-gambar teman-teman saya (Juniur dan Seniur) di FSP, UiTM, Shah Alam. Maaf kepada semua kerana saya mengambil dan meletakkan di sini tanpa izin dan pengetahuan kalian. Terima kasih kerana gambar-gambar kalian menjadi mengubat kerinduan. Biar tidak berjumpa, tetapi di dalam hati sentiasa diingati. Saya percaya gambar-gambar ini juga yang menjadi ingatan/ kenangan buat yang mengenali/ dan bekas-bekas pelajar seangkatan saya ini.

Buat masa ini saya masih bekerja seperti biasa di Bandar Puncak Alam ini. Sesekali saya teringat seorang teman yang lama saya tidak jumpa.Tiada panggilan telefon mahupun pesanan ringkas. Saya faham kedudukan anda sekarang. Tolong jangan lupakan saya di sini. Semoga enam bulan yang akan datang kita dapat berjumpa lagi..Buat teman-teman baru saya di Institut Kraf Negara, Rawang, hubungila saya di sini. Kalau saya ke sana, saya akan beritahu kalian. Sekian, selamat sejahtera semua.

Opss, sebelum terlupa. Terima kasih kepada Cikgu Zamri Mohamad kerana menghadiahkan saya Butang Baju Melayu (bermata mutiara)yang baru pulang dari Sabah.Terima kasih banyak2. Assalamualikum.

02 March, 2009

Taklimat Kenaikan Pangkat dan Elaun Tanggung Kerja. Dewan INPENS Kuala Selangor.

Selamat Sejahtera. Awal bulan Mac ini saya telah diarahkan bersama2 untuk menghadiri Taklimat Kenaikan Pangkat (KPM) dan Elaun Tanggung Kerja. Bertempat di Dewan Inspens Kuala Selangor. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini walaupun Kuala Selangor adalah tempat bermain saya sejak lama dulu. Seawal jam 7.45 pagi saya telah hadir melihat sekitar Kolej ini. Agak sepi namun hampir jam 8.00 mula hadir sekumpulan demi sekumpulan pelajarnya. Saya yang peramah ini tidak sukar untuk mengajak bersembang2. Biasala hadir di tempat baru, macam soalan timbul untuk dijawab. Sempat juga saya merakam detik2 mereka melepak sewaktu menunggu kelas bermula. Ya saya juga menunggu sebelum semuanya hadir untuk taklimat itu. Tiada yang lebih utama daripada ilmu dan pengetahuan baru. Saya tahu taklimat sebegini selalu diadakan. Cuma panggilah saya selalu. Terima kasih.




























Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...