30 March, 2009

Sembang Kosong. (Kembali Menulis)

Selamat Sejahtera. Bertemu kembali. Hampir sebulan saya tidak menulis di sini. Sekadar meletakkan gambar2 yang menjadi kenangan manis mahupun pahit suatu masa dulu. Jangan marah kepada yang gambarnya terpangpang di sini ya. Terutamanya Zureen yang saya kenali. Di mana anda sekarang ya? Semua sudah tahu saya agak sibuk kebelakang ini. Cuaca yang tidak menentu buat badan saya yang lemah ini turut hanyut dan tersadai dipukul gelora gelombang. Macam-macam ubat telah ditelan namun sakit susah juga mahu hilang. Hinggalah hampir dua minggu saya kembali bersemangat untuk bekerja dan terus bekerja.
Tiada yang istimewa.. Cuma panggilan dari teman lama dari Kampung Lalang, Kuala Kubu Bharu. lama benar saya tidak berjumpa dengannya. Hampir empat tahun lamanya. Ya saya sempat bersembang-sembang dengannya yang kini bekerja di Rawang. Entahla bila saya punya masa untuk ketemu dengannya. Tahziah di atas pemergian abang kandungnya. Semoga terus tabah.
Semalam dan hari ini saya dihubungi oleh teman sekolah lama dulu. Ini semua tidak dirancang oleh saya. Mungkin kebetulan.. Seorang teman namanya Cik Rohani yang bekerja di Ijok. Seorang lagi namanya Mohd Fairus (Teman sekampung juga) yang sekarang bekerja di Bandar Damansara. Khabarnya ingin merancang membuat Perjumpaan Teman Lama Sekolah dulu. Seingat saya sekali sahaja saya pernah hadir dulu. Itupun di Pantai Remis. Menu santapan pada perjumpaan itu adalah Ikan Bakar.Emm.. Beberapa tahun kemudian saya terus sahaja menyepi walaupun saya tahu mereka inginkan saya turut serta berkali-kali. Sampai kerumah saya dijemputnya. Maaf banyak2 dan terima kasih kerana kalian masih terus mengingati saya.Kali ini mahu ke mana ya?? Buat Fairus selalu la melawat saya di blog ini.
Buat teman-teman lain jangan marah kerana saya sekadar bersembang kosong di sini. Saya mendoakan kalian semua sihat sejahtera. Wasalam.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...