10 March, 2009

Terima Kasih Buat Semua.











Salam. Hampir dua tiga minggu ini saya sekadar melihat-lihat ruang sempit saya ini. Menghantar gambar-gambar teman-teman saya (Juniur dan Seniur) di FSP, UiTM, Shah Alam. Maaf kepada semua kerana saya mengambil dan meletakkan di sini tanpa izin dan pengetahuan kalian. Terima kasih kerana gambar-gambar kalian menjadi mengubat kerinduan. Biar tidak berjumpa, tetapi di dalam hati sentiasa diingati. Saya percaya gambar-gambar ini juga yang menjadi ingatan/ kenangan buat yang mengenali/ dan bekas-bekas pelajar seangkatan saya ini.

Buat masa ini saya masih bekerja seperti biasa di Bandar Puncak Alam ini. Sesekali saya teringat seorang teman yang lama saya tidak jumpa.Tiada panggilan telefon mahupun pesanan ringkas. Saya faham kedudukan anda sekarang. Tolong jangan lupakan saya di sini. Semoga enam bulan yang akan datang kita dapat berjumpa lagi..Buat teman-teman baru saya di Institut Kraf Negara, Rawang, hubungila saya di sini. Kalau saya ke sana, saya akan beritahu kalian. Sekian, selamat sejahtera semua.

Opss, sebelum terlupa. Terima kasih kepada Cikgu Muhamad (Che Mat) kerana menghadiahkan saya Butang Baju Melayu (bermata mutiara) yang baru pulang dari Sabah.Terima kasih banyak2. Assalamualikum.

No comments:

Jangan Prasangka & Salam Lebaran 1 Syawal 1446H.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semuanya sentiasa sihat walau di mana jua berada. Kadang-kadang, tanpa sedar kita terlal...